Diari Mat Despatch
Penampilan
| |
Pengkarya | Bahruddin Bekri |
---|---|
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbit | PTS Media Group |
Tahun terbit | 2010–2014 |
Diari Mat Despatch ialah siri novel yang diterbitkan di Malaysia. Ia ditulis oleh Bahruddin Bekri. Siri diari ini mempunyai enam buah diterbitkan di bawah PTS Publishing House.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Novel ini mengisahkan mengenai catatan diari yang ditulis oleh Rayyan yang merupakan Mat Despatch di bandaraya Kuala Lumpur. Rayyan ingin memohon kerja di sebuah syarikat penerbitan sebagai seorang editor, dan diari ini ditulis oleh Rayyan atas tujuan untuk memperbaiki bahasa Melayu supaya diterima menjadi editor buku di syarikat itu. Kemudian, diari tersebut berubah menjadi catatn hidup bagi melegakan perasaannya dan membuatkannya tenang.
Siri novel
[sunting | sunting sumber]Novel tunggal
[sunting | sunting sumber]- Diari Mat Despatch, diterbitkan pada 14 Mac 2010
- Diari Mat Despatch Lelaki Baik, diterbitkan pada 20 Disember 2010
- Diari Mat Despatch Hati Emak, diterbitkan pada 30 April 2011
- Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati, diterbitkan pada 19 Disember 2011
- Diari Mat Despatch: Naluri Ayah, diterbitkan pada 18 September 2012
- Diari Mat Despatch: Haru-Biru, diterbitkan pada 5 Februari 2014
Trilogi
[sunting | sunting sumber]- Bahruddin Bekri (2014). Trilogi Mat Despatch. PTS Publishing House. ISBN 978-967-401-288-5. Trilogi ini menggabungkan tiga buah novel terdahulu iaitu: Diari Mat Despatch (2010), Diari Mat Despatch: Lelaki Baik (2010) dan Diari Mat Despatch: Hati Emak (2011)