Pergi ke kandungan

Dialek Yorkshire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dialek Yorkshire
Bahasa Inggeris Dialek Yorkshire
Asli kepadaEngland
KawasanYorkshire
EtnikInggris Yorkshire; pelbagai macam
Bentuk awal
Dialek/loghatPelbagai pelat dalam loghat, terkongsi dan dipengaruhi oleh perkembangan geografi dan sejarah
Kod bahasa
ISO 639-3
Kedudukan Yorkshire di wilayah England
Map
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Dialek Yorkshire (juga dikenali sebagai Broad Yorkshire, Tyke, Yorkie atau Inggeris Yorkshire) ialah dialek bahasa Inggeris, atau kontinum dialek, yang dituturkan di wilayah Yorkshire di England Utara.[1] Dialek ini mempunyai akar dalam bahasa Inggeris Kuno, dan dipengaruhi oleh bahasa Viking Kuno. Dialek Yorkshire telah memudar dan menghadapi kepupusan,[2][3] tetapi organisasi seperti The Yorkshire Dialect Society dan East Riding Dialect Society wujud bagi memartabatkan penggunaannya. Dialek ini telah dipakai dalam karya sastera klasik Inggeris seperti Wuthering Heights, Nicholas Nickleby dan The Secret Garden, dan ahli-ahli bahasa telah mendokumentasikan ragam jenis dialek itu sejak abad ke-19. Pada pertengahan abad ke-20, badan tinjauan dialek Inggeris berjaya mengumpul berpuluh-puluh rakaman berharga dialek Yorkshire asli.

Buku yang ditulis dalam dialek Yorkshire

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Keane, Peter. "Tyke: It's all the Vikings' fault (sort of)". BBC Bradford and West Yorkshire. BBC. Dicapai pada 16 April 2008.
  2. ^ "Yorkshire dialect faces extinction, report says". The Northern Echo. Dicapai pada 14 May 2021.
  3. ^ "Do you speak Swardle?". BBC News. Dicapai pada 14 May 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]