Pergi ke kandungan

Dewi Demokrasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewi Demokrasi

Dewi Demokrasi (Cina: 民主女神; pinyin: mínzhǔ nǚshén), dikenali juga sebagai Dewi Demokrasi dan Kebebasan, adalah sebuah patung sebesar 10 meter (30 kaki) yang dicipta semasa peristiwa bantahan untuk demokrasi di Dataran Tiananmen pada 1989.

Patung ini telah dibina dalam hanya empat hari dengan menggunakan stirofom dan bubur kertas terbal dan rangka besi oleh pelajar-pelajar dari Akademi Pusat Seni Halus China. Pelajar-pelajar ini berhasrat untuk membina sebuah patung yang tinggi supaya kerajaan mendapatinya sukar untuk dimusnahkan. Menurut mereka, kerajaan China harus akhirnya terpaksa membiarkan patung ini berdiri atau untuk memusnahkannya - sebuah perbuatan yang akan mendapat kritikan yang keras oleh dunia.

Ramai pemerhati mengatakan bahawa patung ini mirip dengan Patung Liberty yang terdapat di New York. Namun, salah seorang pengukir, Tsao Tsing-yuan, mengatakan bahawa para pelajar telah memutuskan untuk tidak mendasarkan rekabentuk patung mereka dengan Tugu Liberty kerana prihatin bahawa ia tidak akan menjadi tulen dan "juga tampak terlalu pro-Amerika". Menurut Tsao lagi, rekabentuk patung ini mendapat pengaruh besar dari hasil-hasil seni pengukir dari Rusia, Vera Mukhina, yang mengikuti falsafah realisme sosialis (Tsao 1994, 141-2).

Pada 30 Mei 1989, patung Dewi Demokrasi ini dinaikkan di Dataran Tiananmen dan diletakkan bertentangan dengan potret besar Mao Zedong yang terdapat di Pagar Tiananmen. Namun, patung ini berjaya dimusnahkan oleh Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat pada 4 Jun.


Beberapa replika patung ini telah didirikan bagi memperingati peristiwa yang berlaku pada 1989. Ini termasuk:

  • Sebuah ukiran gangsa yang dimulakan pada 1989, dan didedikasikan pada 1994 oleh Thomas Marsh, yang mengetuai sekumpulan sukarelawan. Ia seberat 600 paun (272 kg) dan berdiri di Portsmouth Square, di kawasan Chinatown di San Francisco.
  • Sebuah replika keemasan di ruang tiba di Pusat Pelajar Universiti York di Toronto, Ontario.
  • Anugerah Democracy Award [1] Diarkibkan 2007-06-15 di Wayback Machine yang diberikan oleh National Endowment for Democracy ialah sebuah replika kecil Dewi Demokrasi.
  • Tsao Tsing-yuan. "The Birth of the Goddess of Democracy." In Popular Protest and Political Culture in Modern China. Edited by Jeffrey N. Wasserstrom and Elizabeth J. Perry, 140-7. Boulder, Col.: Westview Press, 1994.