Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen
Penampilan
| |
Maklumat am | |
---|---|
Nama lama | Vila Sun Yat Sen |
Ditubuhkan | November 2011 |
Saiz koleksi | Artifak daripada Revolusi Xinhai dan kehidupan Sun Yat Sen |
Maklumat pentadbiran | |
Pemilik | Lembaga Warisan Negara |
Maklumat geografi | |
Negara | Singapura |
Lokasi | Balestier, Novena |
Koordinat | 1°19′41″N 103°50′49″E / 1.32806°N 103.84694°EKoordinat: 1°19′41″N 103°50′49″E / 1.32806°N 103.84694°E |
Maklumat pelawat | |
Laman sesawang | |
Ditetapkan | 28 Oktober 1994 |
sunting |
Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen (dahulunya dikenali sebagai Vila Sun Yat Sen) adalah sebuah vila gaya penjajah dua tingkat yang berada di Balestier, Singapura. Vila tersebut kini merupakan sebuah muzium bagi memperingati Sun Yat Sen (1866–1925), bapa pengasas Republik China yang melawat Singapura sebanyak sembila kali di antara tahun 1900 hingga 1911.
Terletak di 12 Tai Gin Road di Balestier, vila tersebut memenuhi kawasan seluas 3,120 meter persegi (33,600 ka2) dan ia memainkan peranan yang penting dalam Revolusi Xinhai 1911 dengan menempatkan pangkalan Tongmenghui di Nanyang (Asia Tenggara) pada awal abad ke-20.