Dewan Pelajar
Penampilan
![]() | |
Kategori | Kanak-kanak |
---|---|
Kekerapan | Bulanan |
Penerbit | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
Isu pertama | Januari 1967 |
Syarikat | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Laman web | dwnpelajar |
Dewan Pelajar merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak Januari 1967. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan kanak-kanak. Majalah ini juga mengandungi 80 halaman bercetak. [1]
Kandungan
[sunting | sunting sumber]Majalah ini merupakan majalah khusus untuk menyebarluaskan ilmu untuk kanak-kanak dalam pelbagai bidang dengan tujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam bahasa Malaysia. Majalah ini juga menyediakan ruang untuk mengembangkan bakat serta daya kreativiti kanak-kanak dalam bidang penulisan.
Butiran
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.
- Semenanjung Malaysia : RM 3.00
- Sabah/Sarawak : RM 3.50
- Singapura : S$2.70
- Brunei Darussalam : B$2.70
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2012-06-24.