Dewan Masyarakat
Kategori | Sosial, ekonomi, pendidikan & politik |
---|---|
Kekerapan | Bulanan |
Penerbit | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
Isu pertama | September 1963 |
Syarikat | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Laman web | dwnmasyarakat |
Dewan Masyarakat merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak September 1963. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan eksekutif dan profesional, pentadbir, pembuat dasar, pemimpin, usahawan, pendidik, pelajar menengah atas dan pengajian tinggi serta orang ramai. Majalah ini juga mengandungi 68 halaman bercetak. [1]
Kandungan
[sunting | sunting sumber]Majalah ini merupakan majalah khusus tentang hal-hal yang berkaitan dengan bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan politik dalam masyarakat Malaysia. Selain itu, peristiwa dan isu menarik di peringkat antarabangsa turut dipaparkan melalui kolumnis terkenal.
Butiran
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.
- Semenanjung Malaysia: RM5.50
- Sabah/Sarawak : RM6.00
- Singapura : S$5.50
- Brunei Darussalam : B$5.50
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2012-06-24.