Dewa Nergal
Dewa Nergal (atau or Nirgal, Nirgali) merujuk kepada dewa di Babylon dengan tapak utama kult ini di Cuthah di lambangkan oleh bukit Tell-Ibrahim. Nergal disebut dalam kitab Yahudi sebagai dewa Bandar Cuth (Cuthah): "And the men of Babylon made Succoth-benoth, and the men of Cuth made Nergal" (2 Kings, 17:30). Dia merupakan putera Dewa Enlil dan Ninlil.
Ciri
[sunting | sunting sumber]Nergal sebenarnya kelihatan sebagai sebahagian dewa matahari, kadang kala dikenali sebagai Shamash, tetapi hanya mewakili fasa tertentu matahari. Digambarkan dalam mentera dan mitos sebagai dewa perang dan malapetaka (pestilence), Nergal kelihatannya mewakili matahari pada masa tengahari dan solstik musim panas yang membawa bencana, kemuncak musim panas merupakan musim maut dalam kitaran tahunan Mesopotamia.
Nergal juga merupakan dewa yang memerintah dunia bawah (netherworld)]], dan yang berdiri sebagai pemimpin dewa-dewa (pantheon) ditugaskan memimpin yang mati (dikatakan dikumpulkan dalam gua bawah tanah yang besar yang dikenali sebagai Aralu atau Irkalla). Dalam keupayaan ini dia dikaitkan dengan dewi Allatu atau Ereshkigal, sungguhpun pada satu masa Allatu mungkin telah berfungsi sebagai pasangan tunggal Aralu, memerintah secara sendirinya. Dalam sesetengah teks dewa Ninazu merupakan anak kepada Nergal dan Allatu/Ereshkigal.
Biasanya Nergal dipasangkan dengan pasangannya Laz. Ikonografi piwaian menggambarkan Nergal sebagai singa, dan tugu batu peringatan sempadan menggambarkannya dengan cokmar istiadat yang dihiasi dengan kepala singa.
Ciri-ciri garang Nergal menonjol dalam nama atau epithet seperti Lugalgira, Sharrapu ("pembakar," kemungkinannya sekadar epitet), Erra, Gibil (sungguhpun nama ini kemungkinannya lebih sesuai sebagai kepunyaan Nusku), dan Sibitti. Sedikit kekeliruan wujud dalam penulisan skrip Cuneiform antara Ninurta dan Nergal. Nergal mempunyai epithet sebagai "raja mengamuk," "yang pemarah," dan seumpamanya. Penyesuaian berdasarkan namanya – dibahagikan kepada tiga unsur seperti Ne-uru-gal (tuan rumah besar) – menggambarkan kedudukannya sebagai pemimpin dewa-dewa (pantheon) dunia bawah.
Dalam system theology-dewa-dewi Babylonian akhir, Nergal dikaitkan dengan planet Marikh. Sebagai dewa kemusnahan dan perang, Nergal pastinya kelihatan pilihan sesuai bagi planet merah, dan dia kemudiannya disamakan oleh Yunani Purba dengan samaada Heracles (Latin Herkules) separuh dewa atau dengan dewa perang Ares (Latin Marikh) – dengan itu nama planet ini kini. Dalam seni kedewaan Babylonian patung besar berkepala singa menjadi penjaga pengawal kuil dan istana kelihatannya mewakili Nergal, sebagamana patung gergasi kerbau kemungkinannya mewakili Ninurta.
Kuil utama Nergal di Cuthah mempunyai nama Meslam, dari mana dewa ini menerima gelaran Meslamtaeda atau Meslamtaea, "yang dibesarkan di Meslam". Nama Meslamtaeda/Meslamtaea sesungguhnya dapat dijumpai seawal senarai dewa dari Fara sementara nama Nergal hanya muncul pada tempoh Akkadian. Di kalangan Hurrian dan kemudiannya Hittite dia dikenali sebagai Aplu, nama yang diambil dari Akkadian Aplu Enlil, bererti "anak lelaki Enlil". Sebagai Dewa wabak, namanya dipuja semasa "tahun wabak" semasa pemerintahan Suppiluliuma, apabila penyakit ini merebak dari Mesir.
Kult Nergal tidak kelihatannya tersebar seluas seperti Ninurta, tetapi pada akhir Babylonian dan awal tempoh Parsi, sinkretisme (syncretism) kelihatannya telah menggabungkan kedua dewa, yang disebut bersama seolah-olah satu. Mentera dan pemujaan dan ukiran lain pemerintah Babylonian dan Assyria sering kali memujanya, tetapi tidak banyak kuil baginya terdapat di luar Cuthah. Sennacherib menyebut satu di Tarbisu di utara Nineveh, tetapi jelas, sungguhpun Nebuchadnezzar II (606 BCE - 586 SM), pembina kuil teragung dalam pemerintahan beraja Babylonian Baru, membayangkan operasinya di Meslam di Cuthah, dia tidak menyebut sebarang kuil bagi Nergal di Babylon. Kaitan tempatannya dengan kedudukan asalnya -- Kutha -- dan konsep yang membayangkannya sebagai dewa kematian menjadikannya sebagai digeruni dan bukannya dipuja dengan kerap. Nergal juga dikenali sebagai Ni-Marad dalam Akkadian. Sebagaimana Lugal Marad dalam Sumerian, namanya bererti "raja Marad," bandar yang namanya bererti "Pemberontakan" dalam Akkadian, yang belum dikenal pasti. Nama Ni-Marad, dalam Akkadian bererti "Tuan Marad". Ketua dewa bagi tempat ini, dengan itu, kelihatannya seperti Nergal, dari mana, dengan itu, Lugal-Marad atau Ni-Marad merupakan nama lain baginya.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=
(bantuan) Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ETCSL "A hymn to Nergal" and "A tigi to Nergal": Unicode and ASCII Diarkibkan 2009-01-14 di Wayback Machine
- Ereskigal.net – "Ereshkigal and Nergal": Assyrian version and Amarna version
- Gateway to Babylon: Nergal and Ereshkigal