Destinasi Ukhuwah
Destinasi Ukhuwah | |
---|---|
Genre | Drama Pengembaraan |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Duniaku Dakwahku" oleh Ayai Illusi feat. Altimet |
Lagu penutup | "Duniaku Dakwahku" oleh Ayai Illusi feat. Altimet |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 40–42 minit |
Syarikat penerbitan | Nuansa Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 |
Siaran asal | 31 Disember 2018 – 22 Januari 2019 |
Destinasi Ukhuwah ialah drama road movie bersiri Malaysia 2018. Drama ini mula bersiaran pada 31 Disember 2018, setiap Isnin hingga Khamis, 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun dan bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara menimba pengalaman sambil melakukan kerja-kerja amal. Pengembaraan empat sahabat yang merentasi Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke Thailand, melawat setiap inci tanah Islam ini dan menemui pelbagai keindahan dan kerosakannya.
Mereka bermukim di setiap negeri dan berkongsi jiwa secara bernasyid di kaki lima menyampaikan lagu-lagu ketuhanan yang telah lama 'diam' di tanah ini. Suburkan kembali lagu nasyid seperti 'Buta Mata, Pondok Kecil' dan lain-lain. Pelbagai kemaslahatan umum ditemui mereka di setiap negeri yang disinggah seperti kisah kasih terpisah, kisah khalwat & arak, misteri ahli sufi, alam bunian & jin, perkahwinan & cerai, kehancuran rumah tangga, kehebatan pancaindera serta pelbagai lagi.
Pelakon dan watak
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Amerul Affendi sebagai Suhaimi, berkelulusan dalam bidang perfileman, tapi disebabkan tiada kerja dia menjadi jurufoto pelancong.
- Fendy Bakry sebagai Hakimie, penuntut bidang agama daripada universiti timur tengah namun tidak dapat habiskan pelajaran.
- Zalif Sidek sebagai Erwan, graduan berkelulusan sains makanan namun hanya bekerja di kedai makan.[2]
- Adam Shahz sebagai Hasif, seorang lulusan kejuruteraan tetapi terpaksa menjadi nelayan kerana menggantikan ayahnya yang sakit.
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Aprena Manrose sebagai Siti
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Amerul Affendi, Fendy Bakry, Zalif Sidek dan Adam Shahz dalam drama Destinasi Ukhuwah". URTV. 27 Disember 2018.[pautan mati kekal]
- ^ "Zalif nekad urus sendiri kerjaya". Berita Harian. 5 Ogos 2017.