Pergi ke kandungan

Despicable Me

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Despicable Me
Poster keluaran tayangan
PengarahPierre Coffin
Chris Renaud
Lakon layarCinco Paul
Ken Daurio
Cerita olehSergio Pablos
Dihasilkan olehChris Meledandri
John Cohen
Janet Healy
DibintangiFaiq Luqman
Jason Segel
Miranda Cosgrove
Russell Brand
Kristen Wiig
Will Arnett
Danny McBride
Jemaine Clement
Jack McBrayer
Julie Andrews
Disunting olehGregory Perler
Pam Ziegenhagen
Muzik olehPharrell Williams
Heitor Pereira
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Family Entertainment
Tarikh tayangan
  • 9 Julai 2011 (2011-07-09) (Amerika
    Syarikat)
Masa tayangan
95 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$69 juta[1]
Pecah panggung$543,113,985[1]

Despicable Me ialah filem animasi komedi jenayah 3D keluarga Amerika Syarikat 2011 dari Universal Pictures dan Illumination Entertainment yang ditayangkan pada 9 Julai, 2011 di Amerika Syarikat. Merupakan karya sulung Illumination, ia diarahkan oleh Pierre Coffin dan Chris Renaud, berdasarkan dari cerita asal oleh Sergio Pablos.

Pelakon suara

[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan dan prekuel

[sunting | sunting sumber]

Kesinambungannya, berjudul Despicable Me 2, dikeluarkan pada 3 Julai 2013 di Amerika Syarikat.[2] Ia diterbitkan oleh pasukan sama yang turut terbabit dalan filem pertama bersama pengarah Pierre Coffin dan Chris Renaud dan penulis Cinco Paul dan Ken Daurio. Steve Carell, Russell Brand, dan Miranda Cosgrove menjayakan kembali watak mereka; Kristen Wiig dan Ken Jeong kembali tetapi melakonkan watak baru (Lucy Wilde dan Floyd Eagle-san).[3] Barisan pelakon baru termasuk Benjamin Bratt sebagai Eduardo, musuh Gru, dan Steve Coogan sebagai Silas Ramsbottom.[4]

Kesinambungan ketiganya berjudul Despicable Me 3, dikeluarkan pada 30 Jun 2017 di Amerika Syarikat. Seperti pendahulunya, Carell, Wiig, dan Cosgrove menjayakan kembali peranan mereka untuk filem ketiga, dengan Trey Parker dari South Park sebagai penjahat gaya 80-an baru, Balthazar Bratt, sementara Carell, yang juga melakonkan suara watak Gru, juga menjayakan watak sebagai saudara kembar Gru, Dru.

Sebuah filem keempat dalam francais ini sedang dalam pembangunan.[5]

Treler pertama untuk filem itu dikeluarkan pada 28 Januari 2024, semasa playoff NFL 2023–24.[6]

Sekuel ketiga, Despicable Me 4, telah dikeluarkan pada tahun 2024.

Filem cereka terbitan turunan bertajuk Minions, menampilkan Minion sebagai watak utama, dikeluarkan pada 10 Julai 2015. Ditulis oleh Brian Lynch, filem ini diarahkan oleh Pierre Coffin dan Kyle Balda, dan diterbitkan oleh Chris Meledandri dan Janet Healy. Filem ini, berlatarkan pada 1960-an, berfokus pada Minion sebelum mereka bertemu Gru, di mana mereka bersaing untuk mendapatkan hak untuk menjadi penjahat minion yang bercita-cita, Scarlet Overkill, lakonan suara oleh Sandra Bullock. Filem prekuel kedua berjudul Minions: The Rise of Gru, yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020.

Sekuel kepada Minions: The Rise of Gru dijadualkan dikeluarkan pada 30 Jun 2027.

  1. ^ a b "Despicable Me". Box Office Mojo. Dicapai pada 2013-06-28.
  2. ^ Kit, Borys (May 1, 2012). "Steve Coogan Joining Voice Cast for 'Despicable Me 2' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2012. Dicapai pada November 28, 2020.
  3. ^ Ford, Rebecca. "'Despicable Me 2' Cast on the Crowded Cartoon Summer". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2013. Dicapai pada November 28, 2020.
  4. ^ Child, Ben (March 22, 2013). "Despicable Me 2: evil genius or just plain bad?". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2013. Dicapai pada March 24, 2013.
  5. ^ Sakoui, Anousha; Palmeri, Christopher (September 12, 2017). "In Dismal Summer, 'Despicable Me 3' Producer Delivers $1 Billion". Bloomberg Businessweek. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2017. Dicapai pada September 28, 2017.
  6. ^ "Despicable Me 4 Treler dikeluarkan". ComicBook.com. Januari 28, 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]