Pergi ke kandungan

Derek Chauvin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Derek Chauvin
Kelahiran
Derek Michael Chauvin

(1976-03-19) 19 Mac 1976 (umur 48)
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanMetropolitan State University (Sarjana Muda Kesenian)
PekerjaanPegawai polis (telah dipecat)
Terkenal keranaPenglibatan dalam insiden pembunuhan George Floyd

Derek Michael Chauvin (lahir 19 Mac 1976) ialah seorang bekas pegawai polis Amerika Syarikat yang terkenal dengan pembabitannya dalam pembunuhan George Floyd di Minneapolis, Minnesota pada 25 Mei 2020. Ketika Chauvin melakukan penangkapan terhadap George Floyd, dia melutut di atas leher Floyd selama hampir sembilan minit sementara Floyd pula digari dan ditekan secara meniarap di atas permukaan jalan raya.[1] Dia dan tiga lagi pegawai polis yang membantunya akhirnya dipecat oleh Jabatan Polis Minneapolis pada keesokan harinya serta ditahan.

Pembunuhan Floyd mencetuskan beberapa siri tunjuk perasaan di kebanyakan tempat di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat sendiri. Chauvin akhirnya didakwa dengan pembunuhan darjah kedua, pembunuhan darjah ketiga dan manslaughter.[2][3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]