Pergi ke kandungan

Demokrasi gender

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Acara Kebanggaan Dunia, London 2012

Demokrasi gender ialah idea normatif yang berkaitan dengan pengarusperdanaan gender. Ia bermatlamat untuk mencapai keadaan yang berdemokrasi antara lelaki dan wanita dalam masyarakat secara keseluruhan, khususnya dalam syarikat, birokrasi, dan organisasi lain. Antara benda lain, ini juga dapat direalisasikan melalui latihan gender untuk meningkatkan kesedaran tentang ketidaksamaan yang sedia ada dan membangunkan kaedah untuk mendemokrasikan hubungan antara gender. Istilah demokrasi gender pertama kali dicipta dan dikembangkan oleh ahli sosiologi Jerman Halina Bedkowski. [1] [2]

Sejarah istilah

[sunting | sunting sumber]
Sebuah papan tanda jalan yang menandakan Johanna-Dohnal-Platz di Vienna. Pada tahun 1993, istilah "Geschlechterdemokratie" (demokrasi gender) muncul pada tajuk penerbitan yang disunting oleh Johanna Dohnal - yang pertama

Menurut Halina Bendkowski, beliau telah membangunkan istilah dan konsep demokrasi gender pada awal 1990-an semasa "perjalanan penyelidikan ke Amerika Syarikat yang telah ditugaskan oleh Menteri Wanita Austria, Johanna Dohal, yang bertujuan untuk mengenal pasti projek inovatif yang menentang keganasan rumah tangga. " [3] Selepas itu, pada tahun 1993, istilah itu telah dimunculkan dalam tajuk penerbitan yang disunting oleh Kementerian Pendidikan dan Hal Ehwal Wanita Persekutuan Austria, "Test the West: Geschlechterdemokratie und Gewalt" (Uji Barat: Demokrasi gender dan Keganasan). [4]

Pelopor demokrasi gender enggan memberikan definisi tetap dan statik bagi istilah tersebut. Bedkowski menyatakan bahawa, "Sebaik sahaja istilah ditakrifkan dalam kamus dan digunakan semula oleh ahli teori lain, ia akan menghilangkan sebahagian besar daya hidupnya. Memang benar, istilah ini masih hidup - dan ini benar terutamanya untuk istilah yang telah dibangunkan semasa konflik politik sebenar." [5] Pada tahun 1999, Gunda Werner yang menggariskan prinsip asas demokrasi gender untuk Yayasan Heinrich Böll telah menjelaskan bahawa, "Demokrasi gender tidak mempunyai prinsip teori atau praktikal yang sedia dibuat. Ia adalah gerakan penerokaan untuk mencari pandangan dan model baharu." [6] Walaupun bagaimanapun, terdapat beberapa asas demokrasi gender yang boleh ditakrifkan:

  • Demokrasi gender adalah prinsip normatif, iaitu postulat beretika dan moral yang mutlak.
  • Demokrasi gender berpendapat bahawa prinsip demokrasi tidak seharusnya terhad kepada bidang politik tetapi sama-sama dipakaikan di tempat kerja dan kehidupan peribadi. [7]

Matlamat dan kaedah

[sunting | sunting sumber]

Demokrasi gender bertujuan untuk mencapai penyertaan sama rata wanita dan lelaki dalam politik, dunia korporat, dan dalam semua bahagian masyarakat dengan mereformasi dan menghapuskan struktur tidak demokratik dan semua bentuk kuasa yang berasaskan penindasan dan keganasan. Pendekatan ini adalah berdasarkan definisi luas demokrasi - yang menuntut hak dan peluang yang sama untuk orang ramai dalam semua kepelbagaian mereka. Oleh kerana terdapat sejumlah besar identiti gender, demokrasi gender menolak dikotomi lelaki // perempuan, dengan alasan bahawa setiap manusia - perempuan, lelaki, atau lain-lain - mesti mempunyai hak dan keupayaan untuk menentukan gaya hidup sendiri mereka, jenis perhubungan dengan cara yang melangkaui tanggapan stereotaip dan sebarang jenis esensialisme tentang lelaki dan wanita. [8]

Demokrasi gender menyiasat dan mempersoalkan struktur dan kandungan sistem demokrasi yang dibangunkan oleh lelaki untuk mengubahnya dengan cara yang memperuntukkan kesaksamaan gender. Alat utama untuk melaksanakan demokrasi gender ialah apa yang dipanggil "traings gender" yang bertujuan untuk mempersoalkan peranan gender tradisional, menganalisis rangka kerja sosial dan membangunkan kaedah yang menyediakan kesaksamaan gender yang lebih besar dalam organisasi.

Demokrasi gender dalam organisasi

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah beberapa contoh bagi organisasi yang telah menjadikan demokrasi gender sebahagian daripada struktur institusi mereka:

  • Statut Yayasan Heinrich Böll mentakrifkan demokrasi gender sebagai "tugas bersama" [9]
  • Kesatuan sekerja Jerman ver.di telah mentakrifkan "realisasi demokrasi gender" sebagai salah satu matlamatnya. [10]
  • Statut parti politik Jerman The Left mengandungi perenggan bertajuk "demokrasi gender". [11]

Kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]
  • Johanna Dohnal (ed. ): Uji Barat: Geschlechterdemokratie und Gewalt (jilid 1 "Gewalt gegen Frauen, Frauen gegen Gewalt"), Bundesministerin für Frauenangelegenheiten, Vienna 1993,ISBN 978-3-901-19209-8
  • Heinrich-Böll-Stiftung (ed. ): Geschlechterdemokratie wagen!, Königstein/Taunus, 2002.
  • Heinrich-Böll-Stiftung: Schriften zur Geschlechterdemokratie (14 jilid)
  • Walter Hollstein: Geschlechterdemokratie. Männer und Frauen: Besser miteinander leben. Wiesbaden 2004,ISBN 978-3-8100-3978-1
  • Annette Jünemann: Geschlechterdemokratie für die Arabische Welt. Die EU-Förderpolitik zwischen Staatsfeminismus und Islamismus, Wiesbaden 2014,ISBN 978-3-658-04941-6
  • Helga Lukoschat: Das Konzept der Geschlechterdemokratie und seine Umsetzung in Organisationen, dalam: Gleichstellungsstelle der Landeshauptstadt Stuttgart (ed. ): Chancen und Risiken der Verwaltungsreform für Frauen, Stuttgart 1998, hlm. 6–13.
  • Ministerium für Arbeit, Frauen, Gesundheit und Soziales: Gender Mainstreaming in Sachsen-Anhalt, Magdeburg 2001
  • Birgit Sauer: Staat, Demokratie und Geschlecht – aktuelle Debatten . PDF, gender…politik…»dalam talian«, 2003.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jenseits von EMMA. Oder: Wie werden das Wissen und die Diskussionen des Feminismus Diarkibkan 2016-12-01 di Wayback Machine, UTOPIE kreativ. No. 158, Dezember 2003, pp. 1144–1146.
  2. ^ Jeffrey J. Anderson, Eric Langenbacher, From the Bonn to the Berlin Republic ISBN 978-0-85745-221-4 - see p. 228 (footnote 23)
  3. ^ Jenseits von EMMA. Oder: Wie werden das Wissen und die Diskussionen des Feminismus Diarkibkan 2016-12-01 di Wayback Machine, UTOPIE kreativ. No. 158, Dezember 2003, pp. 1144–1146. The original German quotation reads: "...im Auftrag der österreichischen Frauenministerin Johanna Dohnal in den USA nach innovativen Projekten gegen häusliche Gewalt recherchierte"
  4. ^ Test the West: Geschlechterdemokratie und Gewalt (vol. 1 of "Gewalt gegen Frauen, Frauen gegen Gewalt"), ed. by Johanna Dohnal, Bundesministerin für Frauenangelegenheiten, Wien 1993
  5. ^ Jenseits von EMMA. Oder: Wie werden das Wissen und die Diskussionen des Feminismus Diarkibkan 2016-12-01 di Wayback Machine, UTOPIE kreativ. No. 158, Dezember 2003, pp. 1144–1146. The original German quotation reads: "Sobald Begriffe lexikalisch erfasst und theorierecycelt sind, haben sie ihr vitales Leben schon meist hinter sich. Ja, auch Begriffe leben, besonders die, die für und in politischen Realauseinandersetzungen gewonnen worden sind."
  6. ^ Gunda Werner: Geschlechterdemokratie 2000. Zehn Thesen zur Diskussion, PDF, October 1999The original German quotation reads: "Die Geschlechterdemokratie hat weder fertige praktische noch theoretische Konzepte. Sie ist eine Suchbewegung nach neuen Orientierungen und Modellen."
  7. ^ Gender democracy as a goal and an organisational principle, Gunda Werner Institute, January 2012. See the following statement: "Gender democracy must be realised on all levels of society: on a political, social and organisational level as well as on the level of everyday interactions. On a social and personal level this also means leaving behind structural patterns of hegemonic masculinity which continue to shape career paths and hierarchies in many companies and institutions."
  8. ^ Gender democracy as a goal and an organisational principle, Gunda Werner Institute, January 2012
  9. ^ Satzung der Heinrich-Böll-Stiftung § 2(3) states: "Ein besonderes Anliegen ist ihr die Verwirklichung von Geschlechterdemokratie als ein von Abhängigkeit und Dominanz freies Verhältnis der Geschlechter. Diese Gemeinschaftsaufgabe ist sowohl für die interne Zusammenarbeit als auch für die öffentliche Tätigkeit aller Bereiche ein maßgebliches Leitbild." ('A prime objective is to make gender democracy a reality, that is, relations between the genders that are free of dependency and dominance. This joint task guides all aspects of our organizational development as well as our public activities.')
  10. ^ Satzung ver.di - Vereinte Dienstleistungsgewerkschaft Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine PDF, September 2015. § 5.3(f) states: "Zur Erreichung dieser Ziele dienen insbesondere: Verwirklichung der Geschlechterdemokratie und der gleichberechtigten Teilhabe von Frauen und Männern in Betrieb, Wirtschaft, Gesellschaft und Politik, auch unter Anwendung des Gender Mainstreaming." ('To achieve these aims, gender democracy and the equitable participation of women and men in the workplace, the business world, society, and politics has to be put into practice, including through the use of gender mainstreaming.'
  11. ^ "Bundessatzung der Partei Die Linke. § 10 Geschlechterdemokratie". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-04-06.