Demokrasi dan hak asasi manusia
Hubungan antara demokrasi dan hak asasi manusia telah dibincangkan secara meluas oleh ahli teori politik. Sebahagian daripada isu-isu tersebut ialah kedua-dua "demokrasi" dan "hak asasi manusia" merupakan konsep yang sering dipertikaikan berdasarkan definisi dan skopnya. [1] Pandangan mereka termasuk hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada demokrasi, hak asasi manusia yang memerlukan demokrasi, dan sokongan bersama antara kedua-dua konsep.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan sarjana berpendapat bahawa hak asasi manusia muncul daripada hak kewarganegaraan yang dipegang oleh individu kerana menjadi warganegara dalam sesebuah negara, yang akhirnya dijadikan sebagai hak asasi manusia, yang dipegang oleh setiap individu. Lama kelamaan, orang ramai menggunakan bahasa hak untuk membincangkan dan mendapatkan informasi mengenai isu semasa yang lebih luas. [1] Todd Landman mengatakan bahawa, "terdapat banyak pertindihan antara demokrasi dan hak asasi manusia, kerana kedua-duanya berasaskan prinsip akauntabiliti bersama, integriti individu, perwakilan yang adil dan sama rata, inklusiviti dan penyertaan serta penyelesaian tanpa kekerasan terhadap konflik". [1]
Demokrasi sebagai hak asasi manusia
[sunting | sunting sumber]Protokol 1, Artikel 3 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia menjamin hak untuk mengundi dalam pilihan raya yang bebas dan adil . [2] Namun, tidak semua penulis menerima bahawa demokrasi adalah hak asasi manusia. [3]
Hak asasi manusia yang diperlukan untuk demokrasi
[sunting | sunting sumber]Perlindungan hak sivil dan politik yang terhad diperlukan untuk sebuah demokrasi berfungsi.
Tesis pemisah
[sunting | sunting sumber]Sesetengah penulis melihat hak asasi manusia dan demokrasi sebagai perkara yang berbeza dan asing. Walaupun mereka menyokong hak asasi manusia adalah untuk semua individu, mereka tidak bersetuju bahawa demokrasi semestinya merupakan sistem politik yang ideal untuk digunakan di seluruh dunia. [4]
Ketegangan antara hak asasi manusia dan demokrasi
[sunting | sunting sumber]Ketegangan berpotensi untuk wujud antara hak asasi manusia dan demokrasi. Hal ini kerana dalam demokrasi, polisi yang popular tidak semestinya akan melindungi hak asasi manusia, terutamanya individu yang bukan warganegara. [5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Landman 2013.
- ^ Zysset, Alain (2019). "Freedom of expression, the right to vote, and proportionality at the European Court of Human Rights: An internal critique". International Journal of Constitutional Law. 17 (1): 230–251. doi:10.1093/icon/moz002.
- ^ Cohen, Joshua (2006). "Is There a Human Right to Democracy?". Dalam Sypnowich, Christine (penyunting). The Egalitarian Conscience: Essays in Honour of G. A. Cohen (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-928168-8.
- ^ Langlois, Anthony J. (2003). "Human Rights without Democracy - A Critique of the Separationist Thesis". Human Rights Quarterly. 25 (4): 990–1019. doi:10.1353/hrq.2003.0047.
- ^ Teraya, Koji (2007). "For the Rights of Nobodies: The Globalising Tension between Human Rights and Democracy". Victoria University of Wellington Law Review. 38 (2): 299. doi:10.26686/vuwlr.v38i2.5528.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Landman, Todd (2013). Human Rights and Democracy - The Precarious Triumph of Ideals (dalam bahasa English). Bloomsbury Academic. doi:10.5040/9781472544643. ISBN 978-1-84966-346-5.CS1 maint: unrecognized language (link)
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Besson, Samantha (2011). "Human rights and democracy in a global context: decoupling and recoupling". Ethics & Global Politics. 4 (1): 19–50. doi:10.3402/egp.v4i1.6348.
- Davenport, Christian; Armstrong, David A. (2004). "Democracy and the Violation of Human Rights: A Statistical Analysis from 1976 to 1996". American Journal of Political Science. 48 (3): 538–554. doi:10.1111/j.0092-5853.2004.00086.x.
- De Mesquita, Bruce Bueno; Cherif, Feryal Marie; Downs, George W.; Smith, Alastair (2005). "Thinking Inside the Box: A Closer Look at Democracy and Human Rights". International Studies Quarterly. 49 (3): 439–458. doi:10.1111/j.1468-2478.2005.00372.x.
- Donnelly, Jack (1999). "Human Rights, Democracy, and Development". Human Rights Quarterly. 21 (3): 608–632. doi:10.1353/hrq.1999.0039. ISSN 0275-0392. JSTOR 762667.
- Erman, Eva (2005). Human Rights and Democracy: Discourse Theory and Global Rights Institutions (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-351-92959-2.
- Evans, Tony (2001). "If democracy, then human rights?". Third World Quarterly. 22 (4): 623–642. doi:10.1080/01436590120071812.
- Goodhart, Michael (2008). "Human Rights and Global Democracy". Ethics & International Affairs. 22 (4): 395–420. doi:10.1111/j.1747-7093.2008.00177.x.
- Hunt, Murray; Hooper, Hayley; Yowell, Paul, penyunting (2015). Parliaments and Human Rights: Redressing the Democratic Deficit (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Publishing. ISBN 978-1-78225-437-9.
- McGinnis, John O.; Somin, Ilya (2008–2009). "Democracy and International Human Rights Law". Notre Dame Law Review. 84: 1739.
- Perry, Michael J. (2003). "Protecting Human Rights in a Democracy: What Role for the Courts". Wake Forest Law Review. 38: 635. SSRN 380283.
- Rosenfeld, Michel (1995–1996). "Can Rights, Democracy, and Justice be Reconciled through Discourse Theory - Reflections on Habermas's Proceduralist Paradigm of Law". Cardozo Law Review. 17: 791.
- Schwarz, Rolf (2004). "The paradox of sovereignty, regime type and human rights compliance". The International Journal of Human Rights. 8 (2): 199–215. doi:10.1080/1364298042000240861.
- Vincent, Andrew (2010). The Politics of Human Rights (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-923896-5.