Delta Nil
Koordinat: 30°54′N 31°7′E / 30.900°N 31.117°E
Delta Nil (Arab: دلتا النيل Delta an-Nīl) terletak di muara sungai Nil yang mengalir keluar ke Laut Tengah di Hilir Mesir.[1] Delta ini merupakan antara delta terbesar menjangkau jauh hilir dari Kaherah[2] meliputi kota Iskandariah di sebelah barat ke Port Said di sebelah timur sebanyak 240 kilometer sepanjang pesisiran[3] dan 160 km (99 bt) dari utara hingga selatan.
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian penting di negara Mesir.[3] Sebanyak 39 juta orang menghuni kawasan delta ini dengan kepadatan mencecah lebih 1,000 orang per kilometer persegi; Iskandariah kota terbesar dengan kependudukan seramai 4.5 juta orang diikuti Shubra El Kheima, Port Said, El Mahalla El Kubra, Mansoura, Tanta, dan Zagazig.[4]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Aliran
[sunting | sunting sumber]Catatan pada zaman purba seperti yang dilakukan Ptolemaeus menunjukkan delta ini pernah mempunyai 7 cabang atau alur delta bersejarah iaitu:[5]
- alur Pelusium,
- alur Tanit,
- alur Mendes,
- alur Phatnitik (Phatmetik),[6]
- alur Sebennytos,
- alur Bolbitine,
- alur Kanopos (juga alur Herakleotik[7] dan alur Agathodaemon[8])
Hanya cabang-cabang Phatnitik (kini alur Damietta) dan Bolbitine (kini Rasyid)[9] sahaja yang tertinggal dengan terkawalnya pembanjiran tahunan berikutan pembinaan empangan Aswan pada tahun 1950-an.
Flora dan fauna
[sunting | sunting sumber]Bunga teratai tumbuh di bahagian utara manakala rumput papirus tumbuh di bahagian selatan delta.[10]
Delta ini merupakan habitat semula jadi pelbagai jenis burung unggas termasuk burung bangau, burung kosa dan ibis. Terdapat juga pelbagai jenis katak, penyu, kura-kura dan biawak yang menghuni di situ. Ia pernah menjadi habitat utama buaya Nil dan badak air pada zaman-zaman bersejarah.
Petempatan
[sunting | sunting sumber]Delta ini menempatkan banyak kota-kota besar:
Large cities located in the Nile Delta:
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dumont, Henri J. (2009-05-06). The Nile: Origin, Environments, Limnology and Human Use (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 88. ISBN 978-1-4020-9726-3.
- ^ Zeidan, Bakenaz. (2006). The Nile Delta in a global vision. Sharm El-Sheikh., diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-10, dicapai pada 2021-06-02
- ^ a b Negm, Abdelazim M. (2017-05-25). The Nile Delta (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 36. ISBN 978-3-319-56124-0.
- ^ City Population website, citing Central Agency for Public Mobilisation and Statistics Egypt (web), accessed 11 April 1908.
- ^ John Cooper (30 September 2014). The Medieval Nile: Route, Navigation, and Landscape in Islamic Egypt. The American University in Cairo Press. m/s. 76. ISBN 978-977-416-614-3.
- ^ Wilson, Ian. The Exodus Enigma (1985), page 46. London: Weidenfeld & Nicolson.
- ^ e.g. at Callisthenes Alexander 1.31.
- ^ e.g. in Ptolemy, Geography.
- ^ Hayes, W. 'Most Ancient Egypt', p. 87, Journal of Near Eastern Studies, 23 (1964), 73–114.
- ^ "Cyperus papyrus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Dicapai pada 14 September 2018.