Daydream (EP DAY6)
Daydream | ||||
---|---|---|---|---|
EP oleh | ||||
Dilancarkan pada | 30 Mac 2016 (lihat sejarah pelancaran) | |||
Dirakamkan pada | 2016 | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | Pop rock, hip hop, elektronik[1] | |||
Panjang | 21:49 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | ||||
Penerbit | J. Y. Park "The Asiansoul" | |||
Penyusun |
| |||
Ulasan profesional | ||||
Kronologi album DAY6 | ||||
| ||||
Single daripada Daydream | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Daydream (digayakan sebagai DAYDREAM) ialah album mini kedua bagi kumpulan muzik rock Korea Selatan, DAY6. Ia juga merupakan album pertama dengan lima ahli DAY6 yang tinggal selepas salah seorang ahli, Junhyeok keluar daripada kumpulan tersebut.[6] Ia dilancarkan pada 30 Mac 2016 oleh JYP Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Album mini ini terdiri daripada enam buah lagu dan runut "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" (놓아 놓아 놓아) dipilih sebagai runut tajuk.
Pada hari pertama pelancaran, Daydream berjaya menduduki tangga pertama dalam carta iTunes di beberapa negara seperti Taiwan, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. Album mini ini turut dipilih sebagai salah satu daripada sepuluh album K-pop terbaik dalam carta Billboard.[7]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Mac 2016, DAY6 melalui laman media sosial rasmi mereka mendedahkan pratonton album mini Daydream dan gambar teaser berkumpulan serta mengumumkan bahawa album itu akan dilancarkan pada 30 Mac 2016.[8][9] Keesokan harinya, gambar teaser yang menampilkan setiap ahli DAY6 yang diambil secara dekat pula didedahkan, di mana gambar teaser tersebut diambil di tepi laut.[nota 1] Pada 27 Mac 2016, video muzik teaser untuk runut tajuk "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" dipertontonkan melalui akaun YouTube rasmi JYP Entertainment.[6] Beberapa video pendek dan gambar latihan bagi lagu-lagu daripada album mini ini didedahkan melalui laman Instagram,[11][nota 2] sebelum video latihan secara langsung ditayangkan melalui V Live.[13] Pada 30 Mac 2016, video muzik penuh bagi lagu "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" dilancarkan, bersama dengan penjualan secara dalam talian dan versi fizikal album itu.[14][15]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]※ Lagu yang digelapkan merupakan lagu utama bagi album itu.
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "First Time" (Kali Pertama) | Sungjin, Jae, Young K, Wonpil, Dowoon | Hong Ji-sang, Lee Woo-min, Sungjin, Jae, Young K, Wonpil, Dowoon | Hong Ji-sang, Lee Woo-min | 3:21 | |||||
2. | "Blood" (Darah) | Jae, Young K | 220, Andrew Choi, Jae, Young K | 220 | 3:30 | |||||
3. | "놓아 놓아 놓아" (Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan) | Young K, Wonpil | Hong Ji-sang, Lee Woo-min, Young K, Wonpil | Hong Ji-sang, Lee Woo-min | 3:51 | |||||
4. | "Sing Me" (Nyanyikan Aku) | Young K, Wonpil | Nuplay, Neil Nallas, Walter Pok, Sungjin, Jae, Young K, Wonpil, Dowoon | Nuplay | 3:35 | |||||
5. | "바래" (Hajat) | Frants, Sungjin, Young K, Wonpil | Frants, Sungjin, Young K, Wonpil | Frants | 4:06 | |||||
6. | "Hunt" (Buru) | Frants, Young K, Wonpil | Frants, Young K, Wonpil | Frants | 3:26 | |||||
Jumlah masa: 21:49 |
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta album
[sunting | sunting sumber]Negara | Carta (2016) | Kedudukan tertinggi | Jumlah jualan | Rujukan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Korea Selatan | Gaon | Carta mingguan | Minggu 14 | 4 | 13,000+ | [16] |
Carta bulanan | Mac | 15 | [17] | |||
Amerika Syarikat | Billboard | Carta album dunia | 16 April 2016 | 6 | — | [18] |
Sejarah pelancaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Pengedar | Rujukan |
---|---|---|---|---|
Korea Selatan | 30 Mac 2016 | Muat turun digital | Genie Music, KT Music | [19] |
Seluruh dunia | [20] | |||
Korea Selatan | CD | [21] | ||
Seluruh dunia | 1 April 2016 | [22] | ||
Jepun | 31 Mac 2016 | JYP Entertainment | [23] | |
Taiwan | 26 April 2016 | CD+DVD (versi eksklusif Taiwan) | Universal Music Taiwan | [24] |
Catatan petikan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (Inggeris) "DISCOGRAPHY > DAYDREAM". JYP Entertainment. 30 Mac 2016. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui day6.jype.com.
- ^ (Inggeris) eric_r_wirsing (1 April 2016). "[Album & MV Review] DAY6 - Daydream". allkpop. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui allkpop.com.
- ^ (Korea) "앨범 정보 > DAYDREAM". Melon. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui melon.com.
- ^ (Korea) "DAYDREAM". ollehmusic. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui ollehmusic.com.
- ^ a b (Inggeris) "DAY6 releases MV teaser for "Letting Go(놓아 놓아 놓아)"". Kpop Vitamin. 28 Mac 2016. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui kpopvn.com.
- ^ (Inggeris) Jeff Benjamin; Jessica Oak (22 Disember 2016). "10 Best K-Pop Albums of 2016: Critic's Picks". Billboard. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui billboard.com.
- ^ (Inggeris) alim17 (22 Mac 2016). "DAY6 joins battle of the bands against CNBLUE with own teaser release". allkpop. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui allkpop.com.
- ^ (Cina) "DAY6新輯預告照公開 夢幻神秘引期待". ALLTHATSTAR. 23 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui allthatstar.com.
- ^ (Korea) Kwak Kyung-min (25 Mac 2016). "DAY6, 'DAYDREAM' 2차 티저 공개..몽환적 눈빛 '감성+아련'". HEI Hankyung. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui hei.hankyung.com.
- ^ (Inggeris) jubilantj (28 Mac 2016). "DAY6 release the album spoilers for 'Daydream'!". allkpop. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui allkpop.com.
- ^ (Korea) Yu Byung-chul (29 Mac 2016). "DAY6, 합주실 라이브 통해 새 미니앨범 `DAYDREAM` 수록곡 선공개". Wow TV. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui wowtv.co.kr.
- ^ (Korea) Yoon Gi-baek (30 Mac 2016). "데이식스, 풀밴드 사운드에 폭풍 라이브 '실력파답네'". The Daily Sports World. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui sportsworldi.com. (lihat video latihan tersebut di sini)
- ^ (Korea) Kim Eun-ae (30 Mac 2016). "DAY6 '놓아 놓아 놓아' 음악적 역량 또 한번 뽐냈다..멤버들 전곡작업 참여". Sports Today. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui stoo.asiae.co.kr.
- ^ (Korea) "데이식스 (DAY6) - 미니앨범 2집 : DAYDREAM". YES24. 30 Mac 2016. Dicapai pada 2017-01-14 – melalui yes24.com.
- ^ (Korea) "2016년 14주차 Album Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 2017-01-16 – melalui gaonchart.co.kr.
- ^ (Korea) "2016년 03월 Album Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 2017-01-16 – melalui gaonchart.co.kr.
- ^ (Inggeris) "World Albums". Billboard. 16 April 2016. Dicapai pada 2017-01-16 – melalui billboard.com.
- ^ (Korea) "DAYDREAM / DAY6 - genie". genie. Dicapai pada 2017-01-16 – melalui genie.co.kr.
- ^ "DAYDREAM". iTunes. Dicapai pada 2017-01-17 – melalui itunes.apple.com.
- ^ (Korea) "음반정보: 데이식스(Day6) – Daydream: 미니 앨범 2집". Sistem Maklumat Hanteo. Dicapai pada 2017-01-16 – melalui hanteo.com.
- ^ (Inggeris) "DAY6 Mini Album Vol. 2 - Daydream". YESASIA. Dicapai pada 2017-01-16 – melalui yesasia.com.
- ^ (Jepun) "DAY6 - DAYDREAM (2st Mini Album) CD + Photo Booklet + Event Card [韓国盤]". Amazon Jepun. Dicapai pada 2017-01-16 – melalui amazon.co.jp.
- ^ (Cina) "DAYDREAM台灣獨占盤". Universal Music Taiwan. Dicapai pada 2017-01-16 – melalui umusic.com.tw.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Video muzik "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" di YouTube
- Daydream di Last.fm
- Laman muzik: Spotify • iTunes/Apple Music