Pergi ke kandungan

Daya van der Waals

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Daya Van der Waals)

Dalam kimia fizikal, daya van der Waals ialah hubungan yang bergantung antara atom atau molekul. Daya tarikan ini tidak terhasil apa-apa ikatan elektronik kimia tidak seperti ikatan ionik atau kovalen, serta bersifat agak lemah dan lebih mudah diganggu. Daya van der Waals cepat menghilang pada jarak yang lebih jauh antara molekul-molekul yang berhubung.

Daya van der Waals memainkan peranan penting dalam bidang pelbagai seperti kimia supramolekul, biologi struktur, sains polimer, nanoteknologi, sains permukaan dan fizik jirim termeluwap. Daya ini juga menentukan banyak sifat sebatian organik dan pepejal molekul, termasuk keterlarutan dalam bahan-bahan berkutub dan tidak berkutub.

Jika tidak ada daya lain yang wujud, titik di mana daya menjadi lebih menolak daripada menarik sebaik dua atom mendekati antara satu sama lain dipanggil jarak sentuhan van der Waals. Ia terhasil daripada awan elektron dua atom yang mendatang sehingga bersentuhan.[1] Ia boleh dijadikan petunjuk mengenai sifat daya van der Waals yang sama asal-usulnya dengan kesan Casimir yang timbul daripada interkasi kuantum dengan medan titik sifar.[2] Daya van der Waals yang terhasil boleh bersifat menarik atau menolak.[3] Ia juga kadangkalanya dikaitkan secara longgarnya untuk keseluruhan daya antara molekul.[4] Istilah ini sering merangkumi daya antara dwikutub yang diaruhkan serta-merta (daya penyebaran London, London dispersion force), kadang-kadang termasuk juga daya antara dwikutub tetap dengan dwikutub teraruh yang berpasangan (daya Debye), dan -- kurang kerapnya -- termasuk daya antara dwikutub tetap (daya Keesom).

  1. ^ Garrett, Reginald H.; Grisham, Charles M. (2016). Biochemistry (ed. sixth). University of Virginia. m/s. 12–13.
  2. ^ G. L. Klimchitskaya, V. M. Mostepanenko. 2015. Casimir and van der Waals forces: Advances and problems. https://arxiv.org/ftp/arxiv/papers/1507/1507.02393.pdf
  3. ^ van Oss, C.J.; Absolom, D.R.; Neumann, A.W. (1980). "Applications of net repulsive van der Waals forces between different particles, macro-molecules, or biological cells in liquids". Colloids and Surfaces. 1 (1): 45–56. doi:10.1016/0166-6622(80)80037-0.
  4. ^ Tschumper, Gregory S. (2008-01-01). Lipkowitz, Kenny B.; Cundari, Thomas R. (penyunting). Reviews in Computational Chemistry. John Wiley & Sons. m/s. 39–90. doi:10.1002/9780470399545.ch2. ISBN 9780470399545.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Senese, Fred (1999). "What are van der Waals forces?". Frostburg State University. Dicapai pada 1 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan) Suatu gambaran pengenalan mengenai daya van der Waals (hanya sebagai jumlah komponen yang bersifat menarik sahaja)