David Wong Dak Wah
David Wong Dak Wah PSM; SPDK (Sabah) | |
---|---|
黄达华 | |
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak | |
Menyandang jawatan 11 Julai 2018 | |
Dicalonkan oleh | Mahathir Mohamad |
Dilantik oleh | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Richard Malanjum |
Maklumat peribadi | |
Lahir | David Wong Dak Wah 20 Ogos 1953[1] Sandakan, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara (kini Sabah)[2] |
Pasangan | Puan Sri Janet Wong Ying Kin |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti New South Wales |
Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah (lahir 20 Ogos 1953)[3] merupakan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang kelima.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Wong menghadiri Universiti New South Wales di Sydney, Australia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perdagangan pada tahun 1976 dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B.) pada tahun 1977.[4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada 29 September 2005, Wong dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching. Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Hakim di mahkamah yang sama pada 11 April 2007.
Pada 15 Januari 2009, beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Pada 8 Januari 2013, beliau dilantik sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan Malaysia, mahkamah tertinggi kedua dalam hierarki kehakiman Malaysia. Beliau memegang jawatan ini sehingga 27 April 2018. Beliau kemudian dilantik sebagai Hakim di Mahkamah Persekutuan Malaysia,[5] naik ke mahkamah tertinggi dalam hierarki. Kurang dari dua bulan kemudian, Wong telah diangkat oleh Yang di-Pertuan Agong ke jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, menggantikan Richard Malanjum yang dinaikkan ke jawatan Ketua Hakim Negara.[6] Oleh itu, beliau kini menduduki pejabat kehakiman tertinggi keempat di negara ini selepas Ketua Hakim Negara Malaysia, Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Penghargaan Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "若没修宪延长法官退休年龄‧"里察任期至明年4月"" (dalam bahasa Chinese). Sin Chew Daily. 12 July 2018. Dicapai pada 13 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "丘家绵盛赞东马大法官·"黄达华实至名归"" (dalam bahasa Chinese). Sin Chew Daily. 13 July 2018. Dicapai pada 13 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Chief Judge of the High Court in Sabah and Sarawak". Judiciary of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 13 July 2018.
- ^ "UNSW Law alumnus David Wong appointed to Malaysia's top court". UNSW Faculty of Law. 8 June 2018. Dicapai pada 13 July 2018.
- ^ "King presents letters of appointment to 14 judges". Bernama. Borneo Post. 28 April 2018. Dicapai pada 13 July 2018.
- ^ "David Wong sworn in as new Chief Judge of Sabah and Sarawak". The Star. 12 July 2018. Dicapai pada 13 July 2018.
Didahului oleh Richard Malanjum |
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak 2018–kini |
Diikuti oleh: Penyandang |