Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini
Penampilan
Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini ialah Darjah Kebesaran Negeri Perak yang utama bagi kebaktian dan bertujuan bagi menghargai perkhidmatan-perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya. Darjah ini mempunyai empat peringkat.
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M)
- Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M)
- Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M)
- Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M)
Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.