Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini
Penampilan
Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Sultan Perak | |
Jenis | Perintah |
Negara | Malaysia |
Status | Masih dikurniakan |
Sultan | Sultan Nazrin Shah |
Gred | Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini |
Singkatan darjah | DPCM |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari |
Lebih rendah | Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak |
Reben darjah kebesaran [1] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M) merupakan anugerah negeri Perak Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan telah mencapai sekurang-kurangnya Gred 54.
Darjah Pangkat Kedua ini tiada mempunyai kolar tetapi bintang adalah sama dengan Pangkat Pertama kecuali garisan pusatnya ialah 7.6 sentimeter. Lencana Darjah ini juga sama dengan Bintang Darjah kecuali saiznya adalah terlebih kecil dari lencana pangkat yang lebih tinggi. Penganugerahan peringkat kedua ini adalah terhad kepada 70 orang sahaja dan ia membawa gelaran "Dato'".
Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.