Darah Muda (filem 1977)
Darah Muda | |
---|---|
Pengarah | Maman Firmansjah |
Penulis | Rhoma Irama |
Dihasilkan oleh | Jackson Arief |
Dibintangi | Rhoma Irama Yati Octavia Ucok Harahap |
Sinematografi | Sjamsuddin |
Disunting oleh | Muryadi |
Muzik oleh | Rhoma Irama |
Masa tayangan | 101 minit |
Negara | Indonesia |
Darah Muda adalah filem Indonesia yang dihasilkan pada tahun 1977 dengan diarahkan oleh Maman Firmansjah.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Plot filem menceritakan tentang Rhoma dan Ricky, yang bukan sahaja berbeza dalam selera muzik mereka, tetapi juga sikap hidupnya. Yang satu mengembangkan muzik dangdut dan sikap soleh, sementara yang lain muzik rock dan pergaulan bebas. Ricky yang merupakan jaguh tinju turut menyertai kumpulan Apache dan terus menjadi penyanyi. Dia tidak tahan apabila mendengar kumpulan muzik Rhoma berjaya di Jakarta.
Ani yang tadinya penyanyi kumpulan Apache mula berubah. Dia lebih menyukai Rhoma, di samping mula berhenti mabuk. Sementara itu, Rhoma dan Ani, yang disukai Ricky, mula berpacaran dan bertunang.
Maka konflik di antara dua kumpulan meruncing. Rhoma kemudian dianiaya. Tangannya dibelasah agar tidak boleh lagi bermain gitar. Dalam keadaan luka, Rhoma pergi ke tempat datuknya di kampung terpencil. Datuknya bukan hanya pandai merawat luka, tetapi juga adalah guru seni mempertahankan diri. Di situ, lukanya sembuh dan diberi ilmu silat. Sebagai penutup proses mendalamkan ilmu mempertahankan diri itu, Rhoma perlu berendam di dalam ramuan batu kapur dengan hanya menampakkan kepala sahaja.
Selepas "turun gunung", ketika Rhoma mempunyai persembahan ke Surabaya, terjadilah tragedi itu, Ani yang sedang menemani ibu Rhoma di rumah diperkosa Ricky. Rhoma yang baru tiba dari Surabaya terus menuju ke tempat Ricky. Semasa bertarung dengan Ricky, keluarlah jurus pamungkas yang dipelajari daripada datuknya. Kali ini Ricky pula yang terkapar. Kini, giliran tangan Ricky yang diremukkan Rhoma.[1].
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Album ini mengandungi 5 buah lagu baru yang dicipta oleh Rhoma Irama, berduet bersama Rita Sugiarto.
Darah Muda | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1977 | |||
Dirakamkan pada | Yukawi | |||
Tempat | Indonesia | |||
Genre | Dangdut | |||
Bahasa | Bahasa Indonesia | |||
Syarikat | Naviri | |||
Pengarah | Maman Firmansjah (en) | |||
Kronologi Rhoma Irama | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Bil. | Judul | Penyanyi |
---|---|---|
1 | Berdendang | - Rhoma Irama & Rita Sugiarto |
2 | Darah Muda | - Rhoma Irama |
3 | Kerinduan | - Rhoma Irama & Rita Sugiarto |
4 | Darah Muda | - Instrumen Kredit |
5 | Perjalanan | - Instrumen |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Laman Darah Muda[pautan mati kekal], diakses pada 26 Desember 2009
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Indonesia) Resensi@Perfilmanjibis.pnri[pautan mati kekal]