Pergi ke kandungan

Dango

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hanamidango

Dango (団子) adalah kuih Jepun berbentuk bulat seperti bebola kecil, dan dimasak dengan cara kukus atau rebus di dalam air. Adunan dango dibuat daripada tepung beras yang diadun bersama air atau air panas. Kushidango adalah sebutan untuk sejumlah 3, 4, atau 5 biji dango yang dicucuk menjadi satu dengan cucukan (kushi) buluh. Jumlah dango dalam satu cucuk bergantung kepada daerah di Jepun.

Dango yang rasanya manis dibuat dengan menambahkan gula ke dalam adunan, sedangkan dango yang tidak manis dicelupkan ke dalam sos. Dango juga boleh dimakan dengan taburan serbuk kacang soya (kinako), dimasukkan ke dalam mitsumame (agar-agar yang dimakan bersama campuran buah dalam tin) atau mentega kacang merah yang dicairkan dengan air. Selain dari tepung beras, dango juga boleh dibuat daripada tepung gandum atau tepung millet.

Sos untuk kushidango terdiri daripada dua perasa:

  • Sos campuran kicap (sos) dengan air ditambah gula pasir, mirin, dan tepung kentang sebagai pemekat.
Sos manis-masin merupakan sos yang paling biasa untuk dango di banyak daerah Jepang.
  • Kicap
Kushidango dengan rasa kicap boleh dijumpai di Wilayah Gifu, daerah Tama di Tokyo, dan Iruma di Wilayah Saitama.

Jenis kushidango lain disajikan dengan pelbagai macam olahan atau taburan:

  • Mentega kacang merah
  • Serbuk kacang soya dan gula pasir
  • Mentega kacang soya muda
  • Mentega kacang walnut
  • Bijan dan gula pasir

Jenis dango

[sunting | sunting sumber]
Mitarashi dango
Kusadango
  • Tsukimidango (dango melihat bulan)
Sejumlah daerah di Jepun menyusun biji tsukimidango hingga membentuk piramid.
  • Hanamidango (dango sewaktu ohanami)
Kushidango dengan warna merah jambu, hijau, dan putih.
  • Yomogidango atau Kusadango
Dango yang dimakan bersama mentega kacang merah, serbuk soya, dan gula.
  • Shiratama dango (dango bebola putih)
Bulatan dango dari tepung beras yang dimasukkan ke dalam mentega kacang merah yang dicairkan, atau dimakan bersama agar-agar dan buah dalam tin.
  • Mitarashi dango
Sejumlah 3, 4 atau 5 biji dango dicucuk dengan batang buluh dan dipanggang sebelum dicelupkan ke dalam sos dari campuran sos soya dan gula. Hanya di Wilayah Gifu, mitarashi dango dicelupkan dulu ke dalam sos sebelum dipanggang.
  • Kibidango
Dango dari tepung millet seperti yang dikisahkan dalam cerita rakyat Momotaro.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]