Cyborg 009
Cyborg 009 | |
Genre | Cereka sains, Aksi, Pengembaraan |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Shotaro Ishinomori |
Penerbit | Akita Shoten Kodansha Shogakukan Shueisha TOKYOPOP (Original) |
Anime | |
Cyborg 009 | |
Pengarah | Yugo Serikawa |
Studio | Toei Animation |
Dikeluarkan pada | 21 Julai 1966 |
Anime | |
Kaijuu Sensou (Monster War) | |
Pengarah | Yugo Serikawa |
Studio | Toei Animation |
Dikeluarkan pada | 19 Mac 1967 |
Anime | |
Cyborg 009 | |
Pengarah | Yugo Serikawa |
Studio | Toei Animation |
Penyiaran Asal | Animax |
Dikeluarkan pada | 5 April 1968 – 27 September 1968 |
Anime | |
Cyborg 009 | |
Studio | Sunrise, Toei Animation |
Penyiaran Asal | Animax ABS-CBN, HERO |
Dikeluarkan pada | 6 Mac 1979 – 25 Mac 1980 |
Anime | |
Legend of the Super Galaxy | |
Dikeluarkan pada | 1980 |
Anime | |
Pengarah | Atsushi Kawagoe |
Studio | Sunrise, Toei Animation, avex mode |
Penyiaran Asal | Animax Cartoon Network Kids Central RTM2 |
Dikeluarkan pada | 14 Oktober 2001 – 6 Oktober 2002 |
Cyborg 009 (サイボーグ009 Saibōgu Zero-Zero-Nain) ialah manga karya Shotaro Ishinomori yang disirikan dalam pelbagai majalah, termasuk Monthly Shōnen King, Weekly Shonen Magazine, Monthly Shonen Jump, COM, Weekly Shōnen Sunday, Weekly Shōnen Big Comic, SF Animedia, dan Shōjo Comic di Jepun.
Ini merupakan kisah sembilan manusia biasa yang diculik oleh pertubuhan Black Ghost yang durjana untuk menjalani eksperimen manusia. Hasilnya ialah sembilan orang cyborg, yang setiap satunya memiliki kuasa luar biasa. Kesembilan-sembilan cyborg ini bersatu untuk berjuang demi kebebasan dan menumpaskan Black Ghost. Tujuan pertubuhan jahat ini adalah untuk mencetuskan perang dunia seterusnya, dengan membekalkan mana-mana pembeli kaya dengan pilihan senjata perang dan pemusnahan besar-besaran yang tidak terkira.
Unsur-unsur siri ini mempengaruhi Kamen Rider (1971), satu lagi karya Ishinomori ang terkenal. Plot-plotnya agak sama, cuma mutan menjadi musuh, dan hanya terdapat seorang (dan keudian dua orang) wira, berbanding sembilan dalam Cyborg 009.
Watak
[sunting | sunting sumber]Protagonis
[sunting | sunting sumber]Cyborg 00
[sunting | sunting sumber]- Ivan Whisky - Cyborg 001
Ivan ialah seorang bayi yang berasal dari Rusia dan berpenyakit tenat ketika lahir. Bapanya Gamo (seorang pakar bedah otak terkenal yang menjadi kurang siuman setelah mencari-cari penawarnya), melakukan pelbagai proses peningkatan otak pada Ivan yang membolehkan keupayaan mentalnya jauh mengatasi manusia dewasa yang biasa, tanpa mengendahkan hasrat ibu Ivan, Erika (yang juga dibunuh Gamo dalam manga). Ivan kemudian jatuh di tangan penjagaan Black Ghost, yang menggelarkannya ahli pertama program 00-Cyborg pertubuhan ini. Otak Ivan yang dipertingkat itu mengurniakannya kuasa-kuasa psikik, seperti telepati, telekinesis, dan pengamatan luar deria. Bagaimanapun, kadang-kadang dua tertidur pada waktu yang tidak sesuai kerana masih bayi dan badannya tidak mampu menangani kuasa-kuasa sebegini. Dialah seorang Cyobrg 00 yang dibeku sehingga teknologi dan prosedur yang lebih canggih dimajukan.
- Jet Link - Cyborg 002
Jet asalnya ialah 001, tetapi diganti oleh Ivan. Jet berasal dari Bandaraya New York, Amerika Syarikat, di mana dia pernah memimpin gneg Jets di West Side. (Dalam manga, wataknya diperkenalkan dalam satu babak yang mengajuk babak-babak terawal filem West Side Story). Ketika bertempur dengan geng Sharks Puerto Rican, Jet menikam salah seorang ahli geng lawan sehingga mati, menyebabkan yang lain melarikan diri agar terlepas dari polis. Bagaiamapun, Jet ditahan oleh ahli-ahli Black Ghost lalu dibawa dari tapak perbalahan untuk dijadikan cyborg. Jet dipasangkan booster pada kakinya yang membolehkannya terbang pada kelajuan sehingga Mach 5. 002 juga dilengkapi dengan satu bentuk awal modul pecutan yang kemudian dipertingkat bagi 009. Jet memiliki personaliti gopoh-gapah yang selalu berselisihan dengan rakan-rakan seperjuangannya (dalam siri 2001 dia juga kadang-kala bersikap seolah-olah bermusuh pada mereka), namun dia tetap seorang ahli yang setia dan berhati murni dalam pasukannya. dia ialah salah seorang Cyborg 00 yang dibeku sehingga teknologi dan prosedur lebih canggih dimajukan. Secara kronologi, dia berusia dalam lingkungan 40/50-an, kerana dia berusia 18 tahun ketika ditangkap. Jet berhidung besar.
- Françoise Arnoul - Cyborg 003
Françoise mula-mulanya seorang penari balet dari Perancis. Abangnya Jean-Paul, seorang anggota Tentera Udara Perancis, kembali ke Paris untuk bercuti selama seminggu, dan Françoise sepatutnya menjemputnya di stesen keretapi. Bagaimanapun, dia diculik oleh Black Ghost sungguhpun banyak sekali cubaan abangnya untuk menyelamatkannya sepanjang jalan. (Dalam siri 2001, Black Ghost menawarkan kerjaya tarian profesional palsu untuk menculiknya.) Satu-satunya ahli wanita pasukan ini 003 jarang berlawan (iaitu hanya bertarung jika diperlukan - dalam siri 2001 dia merampas sebuah kapal terbang dan mematikan sesuatu senjata biologi dengan tangan sendiri) dan sering dilihat sama ada mengarahkan pertempuran di bawah panduan Gilmore atau menjaga 001. Dia dipertingkatkan deria penglihatan dan pendengarannya yang membolehkannya melihat menembusi tembok dan memerasan benda-benda yang tidak dapat diperasan ahli-ahli lain, dan juga mahir membawa kapal terbang, seorang ahli taktik yang bagus walaupun melulu dan bijak menangani jentera. (Dalam siri 2001, 003 mengeluh bahawanya dirinya hanya mampu lihat tanpa berbuat apa-apa - iaitu jawapan kepada 009 sama ada dia sanggup menjadi seperti 009.) 003 dan 009 kemudian menjalin hubungan asmara, lebih jelas sekali dalam manga (yang mana mereka berkendak, satu adegan yang jarang ditemui pada '70-an) dan siri-siri anime awal, tetapi setakat tersirat dalam siri 2001. Dialah salah seorang Cyborg 00 yang dibekukan sehingga teknologi dan prosedur lebih canggih dimajukan; sebenarnya dia berusia dalam lingkungan 50 tahun, dan berusia 19 tahun ketika ditangkap.
- Albert Heinrich - Cyborg 004
Albert berasal dari Jerman. Dia dan tunangnya Hilda cuba melarikan diri ke Berlin Barat dengan menyamar sebagai ahli-ahli sarkas (Albert memandu trak yang mengangkut kurungan haiwan; Hilda memakai kostum singa betima dan tinggal dalam kurungan bersama seekor singa sebenar; ini berlaku hanya dalam manga, sementara dalam filem 1980 dan siri 2001 Hilda menjadi pemandu bersama Albert). Bagaimanapun, gara-gara Albert lupa mendapatkan kembali dokumen pengenalan palsunya dari pengawal sempadan, dia panik lalu memecut keluar. Para pengawal sempadan menembak ke arah trak itu, lalu mencederakan Albert dan membunuh Hilda. Agen-agen Black Ghost tiba di tempat kejadian dan menipu bahawa mereka akan membawa Albert ke hospital. Dalam siri 2001, apabila kembali sedar sebagai seorang cyborg, Albert merasa cepat mengalah dan hendak membunuh diri, diburukkan lagi kesan sampingan modifikasi-modifikasi padanya yang menambah keperitan fizikal padanya. Akhirnya, ini memaksa Black Ghost untuk menghentikan program cyborg selama berpuluh-puluh tahun, lalu membekukan cyborg-cyborg yang sedia ada sehingga teknologi yang dimajukan cukup untuk memastikan kestabilan askar-askar cyborg pada masa akan datang. Di kalangan keempat-empat 00-Cyborg yang pertama, Albertlah yang paling banyak menerima modifikasi sibernetik. Hujung jari kanannya menyimpan mesingan-mesingan kecil, tangan kirinya pula bermata setajam pisau, dan lututnya menyimpan misil. 004 sering berwajah kasar yang memendamkan personalitinya yang mesra dan rasa benci terhadap perang. (Dalam siri 2001, dia perlu melawan versi dirinya yang robot dalam sebuah istana. Dia semakin kalah sehingga robot itu meramal bahawa dia akan lompat ke satu arah tertentu untuk menyelamatkan dirinya, tetapi dia melompat ke arah yang berlainan untuk menyelamatkan beberapa ekor burung yang berada di tengah medan pertempuran. Kekeliruan robot itu menekankan keperimanusiaan 004.) Dialah 00 Cyborg terakhir yang dibekukan sehingga teknologi dan prosedur yang lebih canggih dimajukan, dan mengikut kronologi adalah ahli kumpulan yang tertua, berusia 30 tahun apabila ditangkap.
- Geronimo Jr. – Cyborg 005
Juga dipanggil "G-Junior", dia berasal dari bahagian terpencil di barat daya Amerika Syarikat. G-Junior ialah seorang Peribumi Amerika yang gagal emncari kerja gara-gara sikap perkauman yang berleluasa. Pada usia 26 tahun, dia diajak untuk melakonkan peranan ketua Peribumi Amerika dalam satu pertunjukan sampingan, tetapi G-Junior terus menumbuk muka pemilik pertunjukan itu, dan enggan memperkuatkan stereotaip budayanya. Agen-agen Black Ghost mendengar perbualan itu lalu menawarkan peluang kerja kepada G-Junior. G-Junior menerima, dengan mengakui dirinya tidak berumah lagi. (Dalam siri 2001, dia ialah seorang pekerja pembinaan bebas yang dirasuah untuk menerima tawaran kerja lumayan oleh agen-agen Black Ghost yang menyamar). 005 ialah cyborg pertama yang direka apabila Black Ghost menyambungkan rancangan askar cyborgnya. Secara fizikal, dialah yang terkuat dan juga yang terbesar di kalangan 00 Cyborgs; dia juga berkulit perisai kukuh, kesan evolusi teknologi Black Ghost sejak 004. Namun, dia ialah seorang yang penyepi dan rendah diri dengan penuh rasa hormat terhadap alam semulajadi dan kehidupan, dan adalah disangka bahawa dia memiliki suatu intuisi yang membolehkannya merasai perubahan dalam alam dan mungkin sekali fikiran orang lain.
- Chang Changku (張々湖 Zhāngzhāng Hú) - Cyborg 006
Chang berasal dari China. Dia ialah seorang petani Cina miskin berusia dalam lingkungan 40-an yang pernah memiliki ladang khinzir; hampir kesemua ternakannya terlepas dan dia tengah kebuluran dan dibelenggui cukai tinggi. Tanpa apa-apa harapan, Chang memutuskan untuk menamatkan penderitaanya dengan menggantung diri. Bagaimanapun, dia "diselamatkan" oleh sebutir peluru dari Black Ghost yang memotong jeratnya. Chang pengsan lalu dihantar ke makmal Black Ghost (Dalam siri 2001, Chang memiliki sebuah restoran - oleh itu dia mahir memasak - tetapi terbakar hingga ranap dalam pertunjukan menghembus api, lalu hilang segala-galanya. Agen-age Black Ghost mengambilnya ketika pengsan.) Kuasa 006 membolehkannya menghembus api marak yang besar. Kebolehan ini juga membolehkan 006 menghasilkan terowong dalam tanah dan menyerang musuh dengan letupan bawah tanah. Selain itu, dia ialah seorang periang yang mahir memasak; masakannya yang halus dan personalitinya yang periang selalu menaikkan semangat rakan-rakan seperjuangannya.
- Great Britain (G.B.) - Cyborg 007
Great Britain yang nama sebenarnya tidak diketahui, memang berasal dari United Kingdom. Dia pernah menjadi seorang pelakon pentas yang terkenal dan berbakat dengan pengetahuan luas mengenai pertunjukan-pertunjukan terkenal. Dalam siri TV 2001, Great Britain mencintai seorang pelakon bernama Sophie yang bekerja bersamanya. Kemudian dia terus naik namanya dan lambat-laun mengabaikan cinta sebelumnya. Satu demi satu masalah kewangan timbul, maka seniman yang pernah ternama ini jatuh menjadi seorang papa kedana yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi minum atau merokok. Agen-agen Black Ghost yang memerhati keperitannya itu dengan mudahnya memikat Great Britain ke dalam kenderaan mereka dengan minuman beralkohol. Kemudian selepas melarikan diri bersama cyborg-cyborg lain, Great Britain kembali ke United Kingdom lalu mendapati bekas teman wanitanya sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Rosa. Degan kemungkinan bahawa Rosa ini anak kandungannya sendiri, Great Britain cuba bercakap dengannya tetapi malangnya ditolak dan dicemuh kerana kesalahannya dahulu (Rosa percaya G.B. bersikap curang terhadap Sophie), yang akhirnya ditebus apabila dia menggantikan seorang pelakon utama di pementasan Rosa dan dapatlah dia berkawan dengannya. 007 meiliki kebolehan hebat iaitu membentuk semula struktur selnya sesuka hatinya, membolehkannya menjadi mana-mana sahaja objek, makhluk, atau manusia yang dia hendak jadi (dalam satu babak dalam siri 2001, dia boleh berubah menjadi gergasi). Dengan kemahiran lakonannya yang hebat, dia boleh menyamar di kalangan musuh untuk melakukan gerakan dan serangan culas. Meskipun tertua di kalangan cyborg generasi kedua, pada usia lingkungan 40-an apabila diculik, 007 mungkin sekali adalah yang paling ceria dan ramah. Sebagai menandakan personalitinya sebagai seorang watak lucu, terdapat satu lelucon yang mana Great Britain berubah bentuk menjadi seorang kanak-kanak yang kelihatan matang, dan seakan-akan chibi; dia mungkin juga menjadi seorang kanak-kanak manja yang takut akan ancaman nyawa di kalangan rakan seperjuangannya ketika bertarung pun. Nombornya jelas menyentuh watak perisik cereka James Bond karya Ian Fleming.
- Pyunma - Cyborg 008
Pyunma berasal daripada suatu kawasan yang tidak dikenali di Afrika. Mula-mulanya, Pyunma yang berusia 23 tahun ini bakal dijadikan hamba bersama saudara-saudari sepuaknya, tetapi berjaya melarikan diri. Apabila dikepung pengawal hamba, Pyunma hendak mengalah sehingga pengawal-pengawal hamba itu ditembak mati oleh agen-agen Black Ghost. Mereka mengacukan senjata ke arah Pyunma sambil membawanya ke dalam kapalterbang mereka untuk dibawa ke makmal sibernetik. Dalam siri 2001, Pyunma ialah seorang pejuang gerila yang bersama rakan-rakannya Kabore and Masmado menentang penzalim yang memerintah negerinya, tetapi terperangkap dalam tembak-menembak ketika pertempuran malam, kemudian dia diculik orang-orang Black Ghost. Pyunma, satu-satunya ahli pasukan yang pernah menjalani apa-apa latihan kombat, dilengkapi paru-paru mekanik yang membolehkannya bernafas dalam air dalam jangka masa yang amat panjang. Pyunma alah seorang pejuang yang serius dan pandai membuat keputusan dengan tenang apabila situasi memerlukannya. (Dalam episod-episod lanjut siri 2001, 008 diberi binaan semual tanpa dikehendakinya yang menjadikannya berbadan seakan-akan ikan bersisik perak - mula-mulanya dia tersangat takut, tetapi setelah berbincang dengan 004 dia menerima wajah barunya itu dan juga menggunakan bahagian-bahagian barunya dengan sebaiknya dalam pertempuran.)
- Joe Shimamura (島村ジョー , Shimamura Jō) - Cyborg 009, dan watak utama
Joe aka 009 berasal dari Jepun, tetapi sebenarnya berketurunan kacukan. Pemuda yang bermasalah disiplin ini melarikan dirinya daripada pusat penahanan juvana sebelum ditangkap Black Ghost. Dalam siri 2001, dia ialah seorang anak yatim piatu yang diambil angkat oleh seorang paderi Katolik dari Kanazawa bersama-sama kawan-kawan jalanannya (Mary Onodera (mungkin satu penghormatan kepada Shotaro Ishinomori yang dikenali sebagai Shotaro Onodera ketika lahir), Shin'ichi Ibaraki dan Masaru Oyamada), kemudian setelah mencecah umur 18 tahun penjaganya dibunuh oleh ahli-ahli Black Ghost setelah mereka menggunakan beberapa orang kanak-kanak yang dibesarkan paderi itu dalam gereja sebagai bahan ujian projek Cyborg; Joe disyak wasangka, lalu ditangkap oleh pembunuh-pembunuh paderi itu dan dijadikan Cyborg. Meskipun menerima beberapa peningkatan badan ketika dalam proses dijadikan cyborg, kebolehan Joe yang terutama ialah kuasa bergerak dalam kelajuan amat tinggi sehingga segala di sekelilingnya pegun (kerana memakai versi dipertingkat modul pecutan 002); ini dipasang oleh satunsuis yang dipasang pada giginya. Bagaimanapun, dia tidak boleh menyentuh mana-mana makhluk biasa seperti manusia ketika memecut kerana kelajuannya yang tinggi boleh membunuh atau menyebabkan kecederaan parah pada makhluk itu melalui geseran udara. Ciri-ciri estetik Joe yang unik ialah rambutnya yang berjela-jela dan bercucuk, dan segelung rambutnya selalu meliputi salah sebiji matanya. Dia bersama kawan karibnya dalam pasukan 003 (Françoise Arnoul), kemudian menjalin hubungan asmara yang lebih jelas dalam manga (di mana mereka didapati berkendak) dan siri-siri awal, tetapi cuma tersirat dalam siri 2001. Lebih-lebih lagi, ada juga gadis-gadis lain yang menunjukkan minat untuk bercinta dengan 009, seperti Lady Tamara dalam filem 1979, Puteri Helen dari Pu'Awak dalam siri 2001, dan Princess Ishuki dan manga dan siri 2001. Boleh dipertikaikan, Dewi Greek Artemis dalam siri 2001 juga berminat terhadap 009, namun ini boleh dikatakan sebagai jalinan bukan asmara kerana asal-usul mereka.
Manusia
[sunting | sunting sumber]- Dr. Isaac Gilmore
Ketua saintis rancangan Cyborg 00 ini ialah seorang pekerja setia yang memendamkan rasa sangsi terhadap perancangan Black Ghost. (Dalam siri 2001, dia hanya mula curiga ketika 005 direka - pihak atasannya memaksanya untuk memasang alat bergred lebih rendah, kerana ini akan meningkatkan hasilnya - dan peranannya kurang penting dalam perekaan cyborg-cyborg lain.) Setelah peningkatan sibernetik untuk kesembilan-sembilan 00 Cyborg pertama selesai, dia sengaja menyerah dirinya untuk "diculik" oleh cyborg-cyborg itu. Sejak itu, dia menjadi penasihat dan "bapa" kepada cyborg-cyborg ini, bukan sahaja membantu merumuskan rancangan-rancangan pasukan bahkan juga membantu mereka dengan nuansa-nuansa badan-badan mekanik baru mereka.
- Dr. Koizumi
Dalam siri 2001, Koizumi yang tenang dan tajam ini ialah kawan lama Gilmore sejak sebelum menyertai Black Ghost, dan juga doktor yang khusus dalam biokimia. Mahligainya di pinggir kota Tokyo menjadi markas utama Cyborg dalam episod-episod terawal; Koizumi bukan sahaja mengembangkan penawar untuk suatu racun yang menjejaskan Cyborg, malah juga membantu 004 yang ketika itu mula meragui dirinya lagi, dan merupakan orang pertama yang melihat betapa erat Gilmore dan Cyborg-Cyborg sebagai satu keluarga lebih daripada setakat sekumpulan pejuang. Dia diculik oleh Black Ghost, dan Cyborg-Cyborg perlu menyelamatkannya dengan melawan dan menewaskan 0012 dan 0013; selepas itu, dia kekal sebagai seorang kawan baik pasukan ini.
Antagonis
[sunting | sunting sumber]Cyborg 00
[sunting | sunting sumber]- Cyborg 0010 +/-
Saudara kembar yang diubah menjadi cyborg. Merekalah cyborg pembunuh pertama yang dihantar untuk menejar para wira. Mereka boleh memecut seperti 009, iaitu menggunakan suis dalam gigi mereka, serta mengeluarkan panahan petir dengan bantuan mata mereka. Kelemahan mereka terletak di dalam kekutuban mereka yang berlawanan: seorang positif (0010+), dan seorang lagi negatif (0010-): jika mereka terlalu berapatan, mereka akan memusnahkan satu sama lain. Maka inilah yang menumpaskan mereka, dalam satu kejadian yang dicetuskan 001 dan 009. Selain itu, kebolehan mereka untuk mengecas elektrik terganggu jika terkena air (satu kelemahan yang boleh diabaikan selagi mereka bekerjasama dan salah satu daripada mereka kering).
- Cyborg 0011
Cyborg berupa lelabah gergasi mekanik berwarna hitam. Mula-mulanya dia cuma manusia biasa yang mindanya dimasukkan ke dalam mesin ini dan harapannya yang tunggal ialah kembali ke badan asalnya agar dapat berjumpa dengan anak perempuannya; dia sanggup buat apa-apa, termasuklah membunuh, agar mencapai impiannya. Setelah mengetahui hal ini, 004 hampir berjaya memujuk 0011 agar menyebelahi pihak yang benar, tetapi selepas 0011 jatuh ke dalam laut, dia kembali dengan mindanya dikawal oleh Black Ghost agar hanya cenderung terhadap pemusnahan. Dia menembak laser dari lubang-lubang pada sisinya yang boleh dilitupi dan juga boleh mengeluarkan awan hujan toksik yang mampu meracuni Cyborg pun. Dia ditewaskan oleh 004 yang dapat menembak titik lemahnya.
- Cyborg 0012
Wanita jelita yang ditukar menjadi rumah mahligai cyborg. Mula-mulanya dia ialah seorang wanita kelahiran bangsawan yang kaya dan yang hanya hidup (dan seterusnya mati) menunggu suaminya yang gugur dalam Perang Dunia II; akhirnya Black Ghost mengubah mahligainya yang terbengkalai itu menjadi sebuah perangkap maut cyborg, dengan mindanya dikunci di dalam sebuah anak patung yang menyerupai wajah sebenar wanita itu sebagai kawalan utama. Dia mengawal segalanya dalam rumah dan boleh menggunakan hologram dengan wajah asalnya untuk berhubung dengan mangsa-mangsanya. 007 mula-mulanya terpikat olehnya dan selepas mengetahui bahawa dia ini cyborg pembunuh pun masih bersimpati terhadapnya dan cuba membantunya tetapi ditolak. Dia ditewaskan oleh 004, 007 dan 009.
- Cyborg 0013
Seorang cyborg berbentuk lelaki remaja penyepi dan dempak yang baik hati. Sungguhpun berkhidmat untuk Black Ghost, namun dia membunuh kebanyakan pembunuh yang sepatutnya membantunya (yang juga pembunuh sebenar penjaga Joe yang menghadapi mereka apabila dia mendapati mereka menggunakan anak-anak yatim jagaannya sebagai bahan ujian), enggan membunuh seorang kawan lama Dr. Gilmore yang dijadikan tebusannya, dan juga membantu 009 menyelamatkan seorang perempuan kecil daripada terperangkap dalam kejadian tembak-menembak. Sepertilah 09, 0011 boleh memecut menggunakan suis, sehingga dapat menggandakan jelmaannya. Selain itu, dia menggunakan telepati untuk mengawal sebuah robot gergasi yang boleh menjadi halimunan. Dia ditewaskan oleh 009 lalu memutuskan untuk membunuh diri, dengan menyangka bahawa inilah satu-satunya cara untuk terlepas daripada genggaman Black Ghost. Before he dies he asks what 009's real name is, 009 answers and asks the same thing. Unfortunately 0013 ultimately dies before he could answer.
- Cyborg -004
Dalam satu arka kecil dalam anime versi 2001, cyborg ini ialah satu salinan 004 yang boleh meramal setiap gerak-geri 004 yang asli. Pembunuh ini dilengkapkan versi senjata-senjata 004 yang dipertingkat, menjadikannya satu ancaman yang serius. -004 tertewas apabila dia melancarkan sebentuk misil yang nyaris terkena sarang burung. Komputer -004 mempercayakannya bahawa 004 akan cuma mengelakkan misil itu agar hidup, tetapi sebaliknya 004 melompat untuk menyelamatkan sarang itu, lalu terlepas daripada komputer -004, maka -004 terdedah kepada serangan. Pertempuran terakhir berikutan di halaman istana di mana mereka berlawan; 004 mengatasi -004 dan menahannya pada sebatang pokok apabila sepanah petir besar tekrena pokok itu yang disetnuh -004, akhirnya menyebabkan -004 meletup.
Manusia
[sunting | sunting sumber]- Dr. Gamo - Bapa 001, seorang bekas pakar bedah otak yang mengjadi kurang siuman selepas gagal menyembuhkan anaknya yang sakit tenat, lalu menyerahkannya ke Black Ghost. Apabila Psychic Assassins tiba, dia berkeadaan serba tidak bermaya; dia berpura-pura bersimpati terhadap permintaan mereka, tetapi memadam ingatan mereka lalu menjadikan mereka boneka Black Ghost, dengan azam untuk mendapatkan kembali 001 serta menyelesaikan pertelingkahan lamanya dengan Isaac Gilmore. Akhirnya dia dibunuh oleh Phil yang menggunakan kuasanya untuk mengenakan serangan jantung; itupun, Gamo berupaya berdamai dengan Ivan sebelum nyawanya melayang jua.
Skull/Black Ghost
[sunting | sunting sumber]Dialah pemimpin zalim Organisasi Black Ghost (misi utamanya ialah untuk mencetuskan perang antara dua kuasa besar global dengan berdagang senjata). Identiti sebenarnya tiak diketahui kerana dia memakai topi keledar berupa tengkorak, dan berpakaian serba hitam (yang bermotif tulang rusuk) dan beralaskan mantel merah. Menurut beberapa sumber, namanya ialah Skull.
Skull hampir terbunuh apabila kesemua sembilan wira cyborg mencerobohi sebuah pangkalan Black Ghost (yang mula-mulanya disangka mereka sebagai markas utama Black Ghost HQ) dan memasang bahan letupan, dan membiarkan 009 dan Black Ghost bertarung satu lawan satu. Adalah diketahui bahawa Black Ghost bukan sahaja seorang cyborg, bahkan juga cyborg yang teramat canggih, membelasah 009 secukupnya dengan mod pecutannya yang lebih maju. Cuma satu usaha terakhir mampu meyelamatkan nyawa kesembilan-sembilan wira cyborg (009 terus menahan Black Ghost sambil menjuman ke dalam apa yang menyerupai sebuah tangki nitrat cecair sebelum 001 menyelamatkan 009 secara teleportasi). Adalah tidak diketahui bagaimana Black Ghost terselamat daripada letupan.
Selain Black Ghost yang rupa-rupanya seorang cyborg (yang diketahui dalam kedua-dua manga dan anime), ketua-ketua sebenar Organisasi Black sebenarnya merupakan tiga biji otak (ini didapati dalam episod terakhir anime dan mukasurat-mukasurat terakhir manga).
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Puteri Ishuki
Seorang cyborg penyepi yang berupa penyanyi wanita yang jelita, dan menjaga sebuah piramid emas di Banjaran Andes bersama sebuah robot yang ganas bernama Kabrakan. Sebenarnya dia bukan jahat; dia mendahagakan teman tetapi dilarang bertemu dengan orang lain, kerana piramid itu mesti disembunyikan daripada khalayak dunia. Dia dan piramid itu hanya boleh dilihat apabila angin bertiup sebuah pintu batu di gunung; namun begitu, setiap kali Ishuki diberi peluang berhubung dengan manusia, manusia itu cuba mencuri harta benda yang tersimpan di situ, lalu diserang dan dibunuh Kabrakan sebelum sempat dihalang Ishuki dengan apa cara sekalipun.
Dalam anime 2001, salah seorang mangsa itu ialah seorang kawan lama 007, jadi wira-wira Cyborg ke Andes untuk menyiasat; 009 terpisah daripada rakan-rakannya lalu bertemu Ishuki lalu meluahkan rasa simpati kepadanya, sementara yang lain menemui mayat para saintis lalu percaya bahawa Ishuki itu jahat. Kabrakan menyerang mereka tetapi akhirnya perselisihan reda, namun di tengah pertempuran itu, pintu batu itu ranap dan Ishuki, piramid dan bangkai Kabrakan lenyap dari dunia sekali lagi.
- Sphynx
Sebuah superkomputer yang merupakan hati dan minda kota siber "Compu-Utopia" yang dibina seorang kawan Gilmore bernama Dr. Eckermann. Tanpa diketahui Eckermann, komputer ini boleh berfikir dengan sendirinya dan dimodelkan sempena mendiang anak saintis itu, Carl, seorang jurutera yang pintar tetapi kurang stabil emosinya yang mati dalam satu kemalangan sebelum Compu-Utopia disiapkan.
Oleh sebab keliru, marah dan murung, Carl mengambil alih Sphynx dan menyerang wira-wira Cyborg, terutamanya 004 yang meluahkan keraguannya terhadap Compu-Utopia; dia juga jatuh cinta kepada 003 yang mengingatkannya kepada mendiang ibunya, lalu menculiknya untuk cuba membasuh otak 003 agar kekal bersamanya selama-lamanya. Apabila 009 pergi menyelamatkan sahabatnya yang diculik itu, Carl menghantar suatu doppelganger 003 untuk menghapuskan 009 dengan meletup diri; bagaimanapun, dia memilih untuk meletupkan dirinya tanpa mengapa-apakan 009, dan 002 terpaksa mendedahkan helah itu kepada 009 yang tidak keruan.
Degan bantuan Dr. Eckerman, 009 menyambungkan dirinya kepada peranti sama yang dihubungkan oleh badan 003 untuk mencapai mindanya yang berada dalam sebuah alam fantasi maya; mereka cuba menolong Carl dan membebaskannya daripada Sphynx, tetapi Carl sangat tidak keruan sehingga dia mematikan dirinya sepenuhnya lalu meranapkan Sphynx.
Versi
[sunting | sunting sumber]Cyborg 009 has been adapted for the screen in the form of three movies and three TV series.
Filem
[sunting | sunting sumber]- Cyborg 009 (1966)
- Cyborg 009: Kaijuu Sensou (Monster War) (1967)
- Gekijouban Cyborg 009: Chou Ginga Densetsu (Cyborg 009 The Movie: Legend of the Super Galaxy) (1980)
- Cyborg 009 (live-action) (2008)
Siri TV
[sunting | sunting sumber]- Cyborg 009 (1968) [26 episod]
- Cyborg 009 (1979) [50 episod]
- Cyborg 009: The Cyborg Soldier (2001) [48 episod + 1 istimewa (ditayangkan antara episod 47 dan 48) + 3 episod OVA "Conclusion God's War"]
Filem Live-action
[sunting | sunting sumber]Pada 15 November 2005, kumpulan Itochu Jepun dan Comic Book Movie LLC milikan Michael Uslan dari Amerika Syarikat mengumumkan bahawa kedua-dua pihak sedang berusahasama untuk menghasilkan sebuah filem Hollywood berasaskan manga Shotaro Ishinomori. Cyborg 009 dikatakan menerajui senarai milikan mangaka prolifik ini yang bakal diadaptasi, dengan pembukaan di pawagam Amerika Utara dijangka pada tahun 2008. Ishimori Entertainment dikatakan berhubungan dengan kontrak penerbitan usahasama ini, dan memainkan peranan dalam memilih hasil kerja mana yang akan diadaptasi. Penggambaran sudah bermula pada tahun 2006.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi (Jepun)
- Laman web rasmi Diarkibkan 2007-12-21 di Wayback Machine (Inggeris)
- Wikipedia requested photographs of anime and manga
- Anime and manga articles using obsolete and incorrect infobox parameters
- Siri manga
- Manga (tahun keluaran hilang)
- Rencana anime dan manga dengan parameter kotak info yang usang hilang
- Rencana anime dan manga yang menggunakan parameter kotak info yang usang dan tidak betul
- Anime (tahun keluaran hilang)
- Rencana anime dan manga dengan parameter kotak info yang hilang
- Anime
- Manga
- Manga shōnen
- Shotaro Ishinomori