Pergi ke kandungan

Hujung atap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Cucur atap)

Hujung atap
Batang pokok hujung atap
dari Simpang Renggiang, Belitung Timur
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
B. frutescens
Nama binomial
Baeckea frutescens
Sinonim[1][2]
  • Baeckea chinensis Gaertn.
  • B. cumingiana Schauer
  • B. ericoides Schltdl.
  • B. frutescens var. brachyphylla Merr. & L.M.Perry
  • B. stenophylla F.Muell.
  • B. sumatrana Blume
  • Cedrela rosmarinus Lour.
  • Drosodendron rosmarinus (Lour.) M.Roem.
  • Neuhofia rosmarinifolia Stokes

Hujung atap, hujan atap, junjung atap, cucur atap, berungis, tutur atap, timur tasik, cina maki, rempah gunung atau da eng[3] (nama botani: Baeckea frutescens)[4][5]:3, 30[6] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Myrtaceae[7][8] yang terdapat di hutan tropika Asia Tenggara, New Guinea dan utara Australia.[9]

Pokok ini ditemukan tumbuh di puncak gunung, rabung kuarza dan pantai berpasir. Tidak banyak penerbitan mengenai manfaat pokok berungis.[10]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama hujung atap (Jawi: هوجوڠ اتڤ) digunakan di Semenanjung Melayu, Pulau Bangka, Pulau Belitung, Kalimantan dan Sumatera.[7]:28[11][12][6]:386

Nama cucur atap (Jawi: چوچور اتڤ) digunakan di Semenanjung Melayu.[6][7]:28 Nama tutur atap (Jawi: توتور اتڤ) digunakan di Pulau Bangka.[6]:386

Nama berungis (Jawi: بروڠيس) digunakan di Sabah.[5]

Nama-nama setempat lain dalam rantau Nusantara antaranya:[11][12]

Pokoknya jenis renek yang tumbuh tinggi sehingga 6 m dan dengan diameter 11 cm.[1][7]:68 Kulit kayunya keras dan berwarna merah tua.[12]

Sehelai daunnya yang tunggal berbentuk tirus dan halus seperti jarum lurus dengan ukuran 0.55-1.5 sentimeter panjang dan 0.4-0.5 mm lebar.[14][7]:68 Daun-daunnya disusun saling bertentangan pada setiap ruas batang.

Daun-daun yang diramas mengeluarkan bau yang wangi seperti lavender kerana mengandungi minyak-minyak pati pinena, g-terpinena, p-sinmonena, limonena, linalol, dan sebagainya; ia juga mengandung zat glikosida yang berbau seperti damar. Fenol dan baekeol telah diasingkan dari tumbuhan ini.[12]

Hipatiumnya mengerucut songsang hingga menghentak panjang 1.5-2.2 mm, dan licin.[14]

Bunga dan buah

[sunting | sunting sumber]

Pokok hujung atap berbunga di hujung batang pokok daun sepanjang tahun. Kuntum-kuntum bunganya kecil dengan kelopak bulat berwarna putih atau merah muda berukuran 3 mm dengan kelenjar minyak. Benang sari 7-13 jumlahnya, dan dikelompokkan dalam 1-3 hipatium. Tangkai sari panjangnya 0.3-0.8 mm. Putik bunga mempunyai kepala berbentuk bonggol melebar.[14]

Buah pokok ditemui pada bulan Jun hingga bulan Oktober, Februari dan April. Sebiji buahnya berukuran 3 mm dengan warna hijau, merah atau perang.[1] Biji benihnya berukuran ± 5 mm dan berwarna perang, ia bercambah selepas 52-66 hari kemudian.[14]

Kayu hujung atap digunakan untuk membuat pagar.[1] Disebutkan bahawa kayunya berwarna merah tua, luar biasa keras dan padat, berat, dan sangat tahan lama.[6]

Pokok hujung atap digemari menjadi bonsai kerana batang dan bunganya yang kecil.[15]:5

Dalam perubatan

[sunting | sunting sumber]

Berungis digunakan dalam perubatan tradisi yang direkodkan menyembuhkan pelbagai keadaan kesihatan. Dalam pengubatan tradisional, baik di Malaysia mahupun Indonesia, air daunnya diminu untuk menyegarkan badan ibu yang baru sahaja melahirkan, melawas kencing dan menggalakkan pengguguran. Daun-daun hujung atap yang dilumat dan dicampur dengan air berkhasiat untuk menyembuhkan pegal-pegal, ia juga boleh dijadikan ubat yang digosok pada seluruh tubuh badan.[12]

Bunganya digunakan secara tradisional untuk merawat masalah nafsu makan.[16] Di Lembah Baliem pedalaman Papua Pergunungan, ia dijadikan ubat disapu untuk mengubat demam, sakit perut, dan menghalau nyamuk.[14] Bahan mentah dari tumbuhan ini secara farmakognosi dikenali sebagai Baeckea Folium (Daun Jungrahab) dan, setidaknya pada masa lalu, dimasukkan sebagai salah satu simplisia yang wajib tersedia dalam ubatan sedia jual farmasi.[17]

Ekstrak etanol hujung atap menunjukkan sifat sitotoksik melawan sel leukemia. Tiga flavonoid yang ditemukan dari daun hujung atap, yakni BF-4, BF-5, dan BF-6 menunjukkan aktiviti sitosik yang kuat melawan sel leukemia. Hujung atap juga diketahui berpotensi membasmi Streptococcus mutans yang menyebabkan karies. Ekstrak hujung atap menunjukkan aktiviti anti-inhibisi yang kuat terhadap parasit malaria (Plasmodium falciparum) namun tidak terhadap dengan babesial (Babesia gibsoni).[16]

Seduhan daun tumbuhan yang disebut jung rahab ini menunjukkan pengaruh yang berarti terhadap daur birahi, jumlah ketidakhamilan, jumlah anak, dan cacat fisik terhadap anak yang dilahirkan. Seduhan daun jung rahab secara oral pada dosis 45, 90, dan 180 mg/kg berat badan tidak menunjukkan pengaruh yang berarti terhadap daur berahi dan tidak mengakibatkan adanya cacat fisik pada anak yang dilahirkan. Seduhan daun jung rahap pada dosis 90 mg/kg b.b menunjukkan persentase ketidakhamilan paling besar (60%) dan pengurangan jumlah anak yang berarti.[18]

Semua ekstrak metanol ujung atap tidak menunjukkan aktivitas anti bakteri terhadap Escherichia coli, Morganella morgani, Serratia marcescens, Salmonella typhii, dan Listeria monocytogens. Namun, walaupun hujung atap tidak menunjukkan sifat antibakterial, sebatian p-cymene yang terkandung pada ujung atap diketahui bersifat anti-bakteria di mana sel normal tidak diganggu. Itu menandakan bahwa ujung atap baik sebagai obat dalam, karena obat dalam yang baik tidak mengganggu pertumbuhan sel normal.[19] Dikatakan pula, 50 persen sel leukemia mati d ekstrak metanol ujung atap ini. Sehingga, ekstrak metanol ujung atap mungkin bisa dikomersialkan sebagai anti-leukemia.[19]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d "Baeckea frutescens L., Sp. Pl. (1753)". Asian Plant. Dicapai pada 24 Jun 2013.
  2. ^ "Baeckea frutescens L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 19 Mei 2023.
  3. ^ Baeckea frutescens
  4. ^ "Baeckea frutescens". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ a b "Preferred Check-list of Sabah Trees" (PDF). Sandakan, Sabah: Jabatan Perhutanan Sabah. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Oktober 2014. Dicapai pada 15 November 2014.
  6. ^ a b c d e f Heyne, Karel (1917). De nuttige planten van Nederlandsch-Indië (dalam bahasa Belanda). 3. Batavia: Ruygrok & Co. m/s. 386–387.
  7. ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2004). Tumbuhan liar: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 20, 68–69. ISBN 9789676116301 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  8. ^ "Index of Scientific Names of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names" (PDF). Persatuan Pengujian Biji Benih Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Julai 2021. line feed character in |title= at position 68 (bantuan)
  9. ^ Fern, Ken (2014). "Baeckea frutescens". Tropical Plants Database. Useful Tropical Plants Database. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  10. ^ Navanesan, Suerialoasan; Abdul Wahab, Norhanom; Manickam, Sugumaran; Sim, Kae Shin (December 2015). "Evaluation of selected biological capacities of Baeckea frutescens". BMC Complementary and Alternative Medicine. 15 (1). doi:10.1186/s12906-015-0712-6.
  11. ^ a b c "Jung Rahab (Baeckea frutescens)". Sentra Informasi IPTEK. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2011. Dicapai pada 24 Julai 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ a b c d e Dharma, A.P. (1985). Indonesian Medicinal Plants (dalam bahasa Inggeris). Jakarta, Indonesia: Balai Pustaka. m/s. 203. ISBN 979-407-032-7.
  13. ^ Sutrisno, R.B. (1974). Ihtisar Farmakognosi. Jakarta: Pharmascience Pacific. m/s. 132
  14. ^ a b c d e f Sunarti, Siti (2011). "Jungrahab (Baeckea frutescens L.): Satu-satunya Tumbuhan Obat dari Marga Baeckea di Indonesia dan Koleksinya di Herbarium Bogoriense" (PDF). Majalah Obat Tradisional. 13 (46): 8–13. ISSN 1410-5918.
  15. ^ Tan Cheng Li (3 Mei 2016). "Unique plants in a scanty forest" (PDF). Star2. The Star. m/s. 4-5. Dicapai pada 19 Mei 2023 – melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
  16. ^ a b "Baeckea frutescens L." Glob in Med. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  17. ^ Sutrisno, R.B. op cit.: 47
  18. ^ Indrawati, Tisnamihardja; Soegiarso, N.C.; Ranti, Anna Setiadi (1981). "Pengaruh Daun Jung Rahab (Baeckea frutescens L.) terhadap Sistem Reproduksi". Penelitian Obat Bahan Alam - Sekolah Farmasi ITB. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 27 Juni 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  19. ^ a b Ahmad, Norlily Sharni; Ghani, Mohd. Noor A.; Ali, Abdul Manaf; Johari, Syed Ahmad Tajudin Tuan; Harun, Mohd. Hazlan (2012). "High Performance Liquid Chromatography (HPLC) Profiling Analysis and Bioactivity of Baeckea frutescens L.(Myrtaceae)". Journal of Plant Studies. Canadian Center of Science and Education. 1 (2): 101–108. ISSN 1927-047X.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]