Company of Heroes
Penampilan
Company of Heroes | |
---|---|
Pembangun | Relic Entertainment |
Penerbit | THQ |
Pereka | Josh Mosqueira, Quinn Duffy |
Komposer | Jeremy Soule |
Siri | Company of Heroes |
Enjin | Essence Engine Havok (enjin fizikal) |
Platform | Microsoft Windows |
Pelepasan | |
Genre | Strategi masa sebenar |
Mod | Pemain tunggal, Permainan video multipemain |
Company of Heroes adalah permainan komputer strategi masa sebenar (SMS) yang dibangunkan oleh syarikat Relic Entertainment. Ia dilancarkan pada 12 September 2006 dan merupakan judul permainan pertama yang menggunakan label permainan untuk Windows (Games for Windows). Tajuk pengembangan mandirinya (standalone expansion), ''Opposing Fronts'' dilancarkan pada 25 September 2007 manakala pengembangan mandirinya yang kedua, ''Tales of Valor'' dilancarkan pada bulan April 2009.
Berlatarkan Perang Dunia Kedua, permainan ini memberikan pemain menyelesaikan tingkatan kempen dengan mengepalai dua unit ketenteraan Amerika Syarikat semasa Pertempuran Normandy dan pembebasan Perancis oleh Tentera Berikat.