Pergi ke kandungan

Command & Conquer: Red Alert 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Command & Conquer: Red Alert 2
Kulit Command & Conquer: Red Alert 2 (Windows)
Kulit CD permainan Command & Conquer: Red Alert 2 (pelantar Windows)
PembangunWestwood Pacific
PenerbitEA Games
PerekaDustin Browder Sunting ini di Wikidata
KomposerFrank Klepacki
SiriCommand & Conquer Sunting ini di Wikidata
EnjinEnjin permainan Tiberian Sun yang diubahsuai
PlatformMicrosoft Windows
PelepasanAmerika Utara 23 Oktober 2000
Eropah 27 Oktober 2000
GenreStrategi masa sebenar
ModSeorang pemain, Pemain berbilang

Command & Conquer: Red Alert 2 merupakan permainan strategi masa sebenar 2.5D yang dibangunkan oleh Westwood Studios, untuk Microsoft Windows pada tanggal 28 September 2000 [1] sebagai susulan kepada Command & Conquer: Red Alert. Red Alert 2 dikatakan bermula setelah kempen Pasukan Berikat dalam permainan pertama tamat, tetapi perkara ini bergantung pada perdebatan.

Command and Conquer:'Red Alert 2' mempunyai 2 belah pihak, Soviet dan Pihak Berikat yang mana kedua-duanya wujud dalam permainan Command & Conquer: Red Alert. Kempen pemain tunggal Red Alert 2 menstrukturkan dalam mod penamat berselang seli berbanding dengan mod cerita progresif. Kedua-dua pihak Soviet dan Berikat memiliki penutupnya berselang-seli dan peristiwa-peristiwa.

Red Alert 2 terbukti mendapat kejayaan dengan sambutan hangat para pemain, mendapat 8.4 dari GameFAQs dan 8.6 dari GameRankings [2] Red Alert 2 juga menerima sindiran dari segi Jualan, kerana hanya menjual 2.46 juta buah unit[3], berbanding The Sims: Livin Large yang menjual 2.99 juta buah Unit[4]

Seperti permainan startegi masa sebenar Command & Conquer yang lain , Command & Conquer: Red Alert 2 mengandungi dua jalan cerita yang berbeza,bergantung pada pemain itu sendiri. Kedua-duanya jalan cerita berbeza dalam beberapa cara.

Kempen Berikat

[sunting | sunting sumber]

Jalan cerita Pihak Berikat bemula dengan pasukan khas yang diketuai oleh Agen Khas Tanya telah dihantar ke Kota New York bagi menangkis serangan Soviet ke atas New York. Komander (iaitu pemain) dengan bantuan Tanya, telah berjaya menangkis serangan ini. Komander dan Tanya kemudian dihantar ke Colorado Springs bagi membebaskan Akedemi Tentera Udara dan pangkalan di sana. Sementara itu, alat kawalan minda Soviet yang dikenali sebagai Mata Arah Psikik, sebuah alat yang boleh mengawal seluruh penduduk kota telah diatur gerak ke Washington, D.C. dan berjaya mengawal minda Presiden dan beberapa para pegawai penting di kota ini, yang mana kemudian telah menyerah diri dengan segera kepada Soviets. Walau bagaimanapun, satu serangan balas telah memusnahkan Mata Arah Psikik dan membebaskan kota ini dari kawalan minda Soviet. Kerajaan Amerika dengan pantas telah mengatur kembali kedudukan mereka ke Kanada bagi melepaskan diri daripada ancamana kawalan minda Soviet.

Kempen Soviet

[sunting | sunting sumber]

Jalan cerita Soviet bermula dengan pemain sedang diberi taklimat oleh Premier Alexander Romanov untuk pergi ke Washington, D.C. dan memusnahkan Pentagon. Dengan pantas, Soviet telah melancarkan serangan mengejut ke atas Washington, D.C.. dan memusnahkan Pentagon. Satu serangan lain Soviet telah dilancarkan ke atas Florida bagi memusnahkan angkatan tentera Amerika di sana, yang mana telah mengancam serangan Soviet ke atas Pantai Timur. Meskipun komander hampir bertanggungjawab penuh ke atas kejayaan-kejayaan ini, semua penghargaan telah diberikan kepada komander tertinggi Soviet, Jeneral Vladimir. Yuri, seorang penasihat teratas Romanov, telah mencadangkan agar pemain menawan Kota New York dengan menggunakan Mata Arah Psikik, dengan itu Yuri dan "Komrad Jeneral" juga akan mendapat sedikit kemasyuran dan kemuliaan. Pada masa yang sama, Vladimir sedang merayakan kemenangan di Moscow. Pemain menuruti nasihat Yuri dan melancarkan serangan ke atas Kota New York. Selepas menawan Makmal Perang Berikat, atau kemudahan penyelidikan di Pusat Perdagangan Dunia, sebuah Mata Arah Psiki iaitu alat yang boleh mengawal minda keseluruhan penduduk kota digunakan, keseluruhan penduduk kota berada di dalam kawalan Soviet.

  1. ^ Command & Conquer: Red Alert 2 (2001) (VG) - Release dates, IMDb
  2. ^ "Command & Conquer Red Alert 2 for PC - GameFAQs".
  3. ^ "VGChartz.com - Command & Conquer Red Alert 2 for PC, Game Information".
  4. ^ "VGChartz.com - The Sims: Livin Large (PC), Game Information".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]