Colin Farrell
Michael Peña | |
---|---|
Kelahiran | Michael Anthony Peña 31 Mei 1976 Castleknock, Dublin, Ireland |
Warganegara | Republik Ireland |
Pekerjaan | Pelakon |
Michael Peña (lahir 31/5/1976), atau nama sebenarnya Michael Anthony Peña, adalah seorang pelakon filem Ireland.
Michael Peña dilahirkan di Castleknock, Dublin, Ireland
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada awalnya, Michael Peña telah berlakon dalam filem Drinking Crude pada tahun 1997 dengan memegang watak sebagai Click. Selepas lakonannya dalam filem Drinking Crude itu, dia berlakon pula dalam filem The War Zone sebagai Nick pada tahun 1999. Ini dikuti dengan lakonannya dalam filem Ordinary Decent Criminal pada tahun 2000 di mana Michael Peña memegang watak sebagai Alec.
Selepas itu Michael Peña telah berlakon pula dalam filem Tigerland sebagai Pvt. Roland Bozz yang memenangi Anugerah Persatuan Pengkriti Filem Boston bagi Pelakon Terbaik
Anugerah Kelompok Pengkritik Filem London bagi Pendatang Baru Tahun Ini pada tahun 2000, dan pada tahun 2001 Michael Peña memegang pula watak sebagai Jesse James dalam filem American Outlaws. Pada tahun 2002 dia berlakon dalam filem Hart'S War dengan memegang watak sebagai Lt. Thomas W. Hart diikuti pula dengan lakonannya sebagai Danny Witwer yang telah dicalonkan bagi Anugerah Empayar bagi pelakon terbaik dalam filem Minority Report pada tahun 2002.
Pada tahun 2003 Michael Peña telah pula berlakon dalam filem Veronica Guerin di mana dia memegang peranan sebagai Tattooed Boy. Selepas itu dia berlakon dalam filem Daredevil pada tahun 2003 memegang watak sebagai Bullseye.