Pergi ke kandungan

Cinta Kucing Parsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Kucing Parsi
Genre
Ditulis olehRosmadewi Zin
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifNorley Aimi Nadia Shaari
Arjunasukma Yie
PenerbitArisz Ab Rahman
PenyuntingAfiq Mohd Mudi
Adham Jamaluddin
Tempoh siaran120 minit (termasuk iklan)
Syarikat penerbitan
Mache Allstar United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9 (Skrin Di 9)
Siaran asalIsnin, 30 Januari 2017, 8.30 malam

Cinta Kucing Parsi adalah telefilem komedi Malaysia 2017 bersempena dengan Tahun Baru Cina arahan Zamri Zakaria dan terbitan Mache Allstar United Sdn Bhd. Telefilem ini mula disiarkan pada hari Isnin, 30 Januari 2017, jam 8.30 malam.[1][2]

Mengisahkan kehidupan dua sahabat, Alex dan Ikmal yang hidup menganggur. Dek kerana tidak ada kerja, banyak masa dibuang begitu sahaja. Pada satu hari, oleh kerana tidak mempunyai duit, Alex dan kawan baiknya, Ikmal ingin merompak sebuah kedai tetapi mereka gagal. Mereka berdua melarikan diri dengan manaiki motor, Apabila sudah panik melarikan diri, Alex terlanggar seorang gadis yang bernama Sharon. Nasib baik semua tidak cedera parah. Pada masa yang sama, Alex telah jatuh cinta dengan wanita tersebut. Demi memenangi hati wanita itu, Alex mula berubah perangai. Ikmal turut memberikan sokongan kepada temannya untuk menjayakan misinya dalam memenangi hati Sharon.[3]

Ulang siar

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Februari 2019, telefilem ini telah diulang siar di TV3, jam 2.00 petang.

  1. ^ "Cinta Kucing Parsi (TV9)". MyInfotaip. 30 Januari 2017.
  2. ^ "Cinta Kucing Parsi kisah masyarakat majmuk". Kosmo!. 29 Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-04. Dicapai pada 2019-02-04.
  3. ^ "Telemovie Cinta Kucing Parsi". klapbod.com.