Cinta Fitri (Musim 7)
Cinta Fitri | |
---|---|
Bilangan episod | 109 episod (Cinta Fitri Tamat) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit (8.00 - 9.00 Malam)DIUBAH PADA (9.00 - 10.00 Malam) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Indosiar |
Siaran asal | Isnin, 17 Januari 2011 – Ahad, 8 Mei 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Fitri (Musim 6) |
Para Pelakon Sinetron Cinta Fitri Season 7
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Teuku Wisnu sebagai Farrel Emeraldi Hutama (suami Fitri)
- Shireen Sungkar sebagai Fitri Rahayu (isteri Farrel)
- Dinda Kanyadewi sebagai Sarah @ nama sebenar Mischa
- Adly Fairuz sebagai Aldo (suami Moza)
- Donita sebagai Moza (isteri Aldo)
- Iqbal Pakula sebagai Bram (suami Maya)
- Verlita Evelyn sebagai Maya Emeraldi Hutama (kakak Farrel)
- Lian Firman sebagai Hadi (suami Kayla)
- Nuri Maulida sebagai Kayla Emeraldi Hutama (adik Farrel)
- Sandy Syarief sebagai Faiz
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Irene Librawati sebagai Lia Emeraldi Hutama (Mami)
- Ochie Anggraini sebagai Pinkan
- Ayu Dyah Pasha sebagai Asifa
- Arthur Tobing sebagai Iman (ayah Aldo & Norman)
- Bemby Putuanda sebagai Norman
- Elsye Virgita sebagai Salsa
- Shenny Andrea sebagai Sherlyn
- Windy Wulandari sebagai Senny
- Meidiana Hutomo sebagai Rini (bulek @ Mak Cik Fitri)
- Cahya Rizky Zaputra sebagai Raja (nama sebenar Raffa, putera sulung Farrel-Fitri yg diculik Mischa)
- Wesley Andrew sebagai Rifky Emeraldi Hutama (putera bungsu Farrel-Fitri)
- Gaxel Anyndra Shanie sebagai Aliza (puteri Aldo-Moza)
- Didit Aditya sebagai Alif (putera sulung Bram-Maya)
- Suheil sebagai Arya (putra kedua Bram-Maya)
- Marsha Aruan sebagai Abel (puteri Hadi)
- Dea Lestari sebagai Rita Anggraeni
- Rama Michael sebagai Ferdy (suami Sarah)
- Louise Anastasya sebagai dr. Sita (permainan Mischa, muncul di eps. 33)
- Celia Nadia Agatha Thomas sebagai Nadine (putri Mischa)
- Rio Bhaskara sebagai Yuga (putera Norman)
- Djalu sebagai Bemo (Koko Wijanarko)
- Bobby Rachman sebagai Cecep
- Hendrik Beta sebagai Beta
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Ketika Fitri, Farrel dan Bram membawa Faiz ke hospital, Mischa datang untuk memperburuk keadaan. Farrel yang masih lumpuh, dengan sekuat tenaga, mencuba untuk berdiri. Usahanya berjaya. Mischa yang hairan, mulai panik melihat Farrel akan mengejarnya. Kemudian dia lari, namun di cegat oleh Bram.
Farrel dan Bram berusaha mengejar Mischa. Mischapun bersembunyi di bilik Laboraturium, namun akhirnya Farrel menemukannya. Mischa mencuba untuk menyiram air asid ke Farrel, namun yang terjadi, malah dirinya sendiri yang terkena air asid tersebut. Mischa menjerit, melompat dari tingkap dan menghilangkan diri.
Fitri dan Fareel pulang ke rumah, namun hal malang terjadi. Oma meninggal dunia. Di tengah kesedihan keluarga Hutama, Mischa, yang semakin mendendam kepada keluarga Hutama, muncul kembali. Mischa yang telah membuat dirinya sendiri menjadi cacat, merasa perlu melampiaskan kemarahannya pada Fitri dan Farrel. Maka Mischa pun membuat rancangan untuk menculik Raffa.
Keluarga Hutama sekarang sudah bersatu semula, setelah Farrel pulih dari lumpuhnya, menjadi risau, terutama kerana Mischa ternyata berjaya masuk kembali ke rumah keluarga Hutama. Meskipun keluarga Hutama sudah menghubungi pihak polis untuk melindungi keluarga Hutama dan mengejar Mischa, tapi Mischa yang sekarang begitu licik. Mischa berjaya menghindar dari di kejar polis dan secara diam-diam mengikuti Fitri. Fitri tidak mahu mengambil risiko. Fitri akhirnya menyetujui usulan Lia Hutama untuk membawa dan menyembunyikan Raffa keluar dari rumah itu.
Merancang untuk menyembunyikan Raffa pun mulai difikirkan. Fitri dan Bulik berancang membawa Raffa ke Wonogiri, kampung halaman mereka. Mischa yang ternyata diam-diam terus mengawasi keluarga Hutama, mengetahui rancangan tersebut. Ketika berada di stesyen keretapi, Bulik melihat Mischa dan beberapa anak buahnya. Bulik kemudian melaporkannya kepada Fitri, dan Fitripun menelepon Farrel. Farrel segera menuju Wonogiri.
Namun, ketika Fitri berlengah, Mischa pun berjaya merebut Raffa dari pelukan Fitri. Mischa membawa Raffa pergi. Farrel, Fitri, dan Bram mengejar Mischa. Sedar bahawa dirinya sedang dikejar, Mischa pergi ketempat tersembunyi, dan meletak Raffa sendiri di tempat tersebut. Kemudian, Mischa mulai mengalihkan perhatian Fitri dan Farrel. Dan sewaktu mengejar kereta Mischa, kereta Mischa hilang kawalan dan terjatuh ke sungai. Sehingga sebelum tenggelam, kereta Mischa sempat meledak. Bram, Farrel dan Fitri beserta polis mengadakan pencarian mayat Mischa. Namun di tengah pencarian, Fitri mahu melahirkan anak. Melihat itu, Farrel panik, dan segera membawa Fitri ke hospital.
Ditengah jalan kereta Farrel pun juga sempat rosak. Telefonnya juga tidak mendapat sinal. Setelah keretanya boleh berjalan dan dibawa ke Puskesmas, pintu terkunci dan tidak ada orang. Setelah berjaya memecahkan pintu, Farrel mendapatkan telefon di Puskesmas dan menelefon Maya dan Lia, bahawa Fitri akan melahirkan anak. Akhirnya muncullah pengurus Puskesmas, Narti untuk membantu Fitri melahirkan anak. Fitri pun akhirnya dapat melahirkan anak dengan selamatnya, sementara Fitri dibawa ke hospital.
Fitri pun mengalami masa kritikal. Lia pun menyuruh Farrel untuk mendekatkan bayi Fitri pada Fitri agar FItri segera bangun. Ternyata Fitri memang berhasil bangun dan melewati masa kritalnya. Fitri pun terharu melihat anaknya dan memberinya nama "Rifky Emeraldy Hutama".
Sementara itu, Bram mendapat khabar dari polis bahawa telah dtemukan sebuah mayat, dan hendak diotopsi serta di test DNA. Setelah hasilnya keluar, semua terkejut. Sebab mereka tidak mahu Mischa meninggal kerana Raffa masih belum diketahui keberadaannya. Namun Mischa memang ternyata sudah meninggal. Semua terkejut, terutama Fitri kerana mereka masih belum menemukan dimana Raffa disembunyikan. Fitri yang tidak percaya bernekat pergi ke makam Mischa. Fitri pun akhirnya percaya dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan.
Empat tahun kemudian...
Keluarga Hutama
Rifky telah besar sementara Raffa masih belum ditemukan. Namun Fitri tetap merasa, suatu hari nanti dapat bertemu semula dengan Raffa. Suatu hari, Fitri, Farrel, dan anak mereka Rifky, serta Mozza, Aldo, dan anak mereka Aliza, pergi bercuti ke Surabaya. Hari pertama di Surabaya, Fitri, Farrel, dan Rifky pergi membeli-belah di Mall.
Kemudian seorang anak tidak sengaja melanggar Fitri, dan meminta maaf kepada Fitri. Ternyata, anak itu adalah anaknya Mischa, yang bernama Raja. Mischa yang ternyata belum meninggal, mengubah penampilannya, lebih sedikit pendiam. Mischa kini memiliki suami baru. Di waktu Fitri membeli-belah, Fitri mendengar suara Mischa. Fitri yakin bahawa itu adalah Mischa. Dengan segera, Fitri mencari-cari Mischa. Bukannya Fitri yang menemukan Mischa, malahan Mischa yang menemukan Fitri dan segera bersembunyi.
Kerana tidak berjaya mencari Mischa, Fitri dan Farrel segera pulang ke hotel mereka. Farrel masih tetap belum percaya bahawa Mischa masih hidup. Mischa terkejut kenapa Fitri boleh ada di Surabaya segera mengikuti Fitri. Setelah sampai di hotel, Mischa masih terus mengikuti Fitri. Disana Mischa melihat Moza, Aldo, dan Aliza. Mischa juga telah mendengar bahawa urusan mereka disini adalah urusan bisnes. Mischa merasa lega mendengarnya. Namun di hotel Fitri sempat melihat Mischa sehingga yakin bahawa Mischa masihl hidup. Semua menganggapnya dengan hairan dan tak percaya. Namun Fitri tetap yakin dan terus berusaha mencari Mischa untuk bertemu dengan anaknya.
Mischa yang merasa tidak akan berjumpa Fitri, malah selalu berjumpa Fitri secara tidak sengaja. Kebetulan ini membuat Fitri, Farrel dan Rifky mengenal Raja. Rifky juga menjadi akrab dengan Raffa. Namun Mischa selalu menghindar dari Fitri. Mischa terkejut setelah tahu bahawa rekan bisnes Aldo adalah Ferdi, yang merupakan suaminya. Namun Mischa berhasil meloloskan diri dan kerana tidak tahan Mischa pergi ke Jakarta semula.
Bersamaan dengan Mischa, Fitri dan Farrel hendak pulang ke Jakarta juga. Farrel sehingga mengajak Ferdi untuk tinggal di rumah Hutama. Dengan berbagai alasan, Mischa akhirnya berjaya memujuk Ferdi untuk tetap tinggal di Hotel. Namun semakin Mischa berusaha untuk lari, mereka jadi semakin sering berjumpa. Urusan bisnes Aldo dan Ferdi yang telah gagal di Surabaya kerana Mischa kembali melanjutkan di Jakarta. Tidak mengelak lagi, Mischa berjumpa dengan Fitri. Namun Mischa yakin, bahawa Fitri tak akan mengenalnya.
Ternyata Mischa salah besar. Fitri masih tetap mengingat dengan baik, dan mengenal Sarah sebagai Mischa. Drama yang dimainkan Mischa tidak mempengaruhi Fitri. Fitri tetap yakin bahawa Sarah adalah Mischa, dan Raja adalah Raffa. Farrel sempat tidak yakin bahawa Mischa adalah Sarah. Namun, akhirnya Mischa mengaku juga. Mischa mengaku bahawa dirinya Mischa dan Raja adalah Raffa. Mischa sangat gembira kerana usahanya menjaga Raffa akan menyakitkan Fitri. Kerana Raffa menganggap dan menyayangi Mischa sebagai "ibu" nya dan bukan Fitri.
Melihat itu semua Fitri merasa sakit hati. Fitri akhirnya berusaha mendekatkan dirinya, dan keluarganya dengan Raffa, dengan alasan Raja bermain dengan Rifky. Mischa tidak kalah dan berusaha menjauhkan Raffa atau Raja dari keluarga Hutama. Namun Fitri tidak kehilangan akal. Fitri membuat seolah-olah Mischa, dan keluarganya hendak tinggal di rumah Hutama. Ferdi yang merasa Raja memang memerlukan kawan mengiyakannya.
Akhirnya untuk yang terakhir kalinya, Mischa masuk kembali ke Keluarga Hutama tetapi sebagai Sarah. Semula Lia dan Pinkan tidak percaya bahawa Sarah adalah Mischa. Namun melihat gerak-gerik Mischa yang sangat hafal seisi rumah Hutama, kerana sudah sering keluar-masuk Rumah Hutama, Pinkan dan Lia yakin bahawa Sarah adalah Mischa. Akhirnya, Keluarga Hutama berusaha untuk membongkar rahsia Mischa di depan Ferdi, serta mendekatkan kembali Raffa dengan Keluarganya.
Fitri juga tidak mahu kalah dengan Mischa, dan menyatakan bahawa suatu saat Raffa atau Raja akan memanggilnya ibu dan menyayanginya sebagai ibu. Melihat itu semua, Mischa tidak berdiamkan diri. Mischa semakin berusaha untuk membuat Fitri menderita dengan merebut perhatian anaknya. Mischa juga mengadu bahawa Raffa dan Rifky yang adalah dua saudara kandung. Mischa yang semula berusaha untuk keluar dari rumah Hutama, kini membatalkan niatnya dan ingin terus tinggal di sana, agar dapat membuat Fitri menderita dengan permainan yang telah dibuatnya. Tak mahu kalah dengan Mischa Fitri pun akhirnya ikut permainan itu.
Sementara itu, Faiz kembali ke rumah Hutama dan membuat keadaan Mischa semakin takut. Berbagai rancangan dilakukan Fitri. Misalnya, pada waktu ulang tahun Raffa, Fitri membuat Raja menjalaninya sebagai Raffa. Dengan membuat Raja menang lumba rancangan dari Fitri, dimana pemenang berhak menerima kado Raffa serta memotong kihe Raffa. Faiz menyedari bahawa Mischa akan mengganggu, Faiz mengurungnya. Akhirnya kuih pertama diberikan kepada Fitri tapi bukan Mischa, sementara kuih kedua untuk Farrel. Mereka sangat senang kerana secara tidak langsung, Raffa telah memberi mereka kuih pertama dan kedua.
Mischa sangat kesal. Ia akhirnya bermain drama agar Raffa membenci ibunya sendiri. Rancangannya berjaya menjadikan Raffa membenci Fitri dan tidak mahu lagi bermain dengan Rifki dan yang lain. Apalagi Raffa bahkan hendak kembali ke Surabaya dengan Mischa dan Ferdi. Fitri yang tidak sanggup apabila harus kehilangan anaknya untuk kali yang kedua pun memberitahukan semuanya kepada Ferdi. Tentunya Ferdi tidak percaya dan menganggap seluruh keluarga Hutama mengada-ada. Ia sempat marah dan malah hendak kembali ke Surabaya. Namun Ferdi bimbang. Melihat sikap Mischa yang pelik dan semakin sering berbohong, ia menjadi percaya sedikit. Ferdi pun akhirnya memberikan kesempatan untuk keluarga Hutama membuktikan semua ucapan mereka.
Berkali-kali gagal, akhirnya berjaya. Ferdi telah percaya sepenuhnya bahkan hendak melanggar Mischa, namun memikirkan nasib Raffa dan keluarga Hutama, ia setuju untuk bergabung dalam permainan Keluarga Hutama dalam melawan Mischa. Lambat-laun hubungan Fitri dan Raffa kembali membaik. Sementara rancangan Mischa semuanya gagal sepenuhnya dengan bantuan Ferdi. Keluarga Hutama bergembira dengan Raffa, sementara Mischa hendak dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Namun kerana kelicikannya ia berjaya melepaskan diri. Ia hendak mengajak Raffa untuk ikut bersamanya. Di waktu yang tepat, Fitri berjaya mencegah itu semua. Raffa ditempatkan dalam posisi yang memilih antara Mischa dan Fitri. Akhirnya Raffa memilih Fitri, ibu kadungnya. Harapan Fitri terwujud. Akhirnya mereka semua memberitahu Raffa keadaan yang sebenarnya, bahawa Fitrilah ibu kandungnya. Raffa menerima itu semua bahkan menanyakan kenapa baru memberitahunya sekarang.
Akhirnya, penantian keluarga Hutama selama empat tahun berbuah hasil. Impian mereka semua terwujud. Raffa kembali ke tengah Keluarga Hutama dan berkumpul bersama. Sementara Mischa ditenangkan dulu di rumah Hutama untuk kemudian dibawa ke hospital sakit jiwa. Namun Mischa bahkan berjaya melarikan diri, dan hendak mengambil semua wang dari laptop Ferdi di biliknya. Namun Ferdi masuk. Mischa sempat bercakap dengan Ferdi, dan menolaknya sehingga menimpa meja kaca. Bahkan kacanya tertusuk perut Ferdi. Farrel pun akhirnya menemukan Ferdi, mencabut kacanya dan hendak membawa Ferdi ke hospital. Semua kejadian tersebut ter-rakam di Laptop Ferdi. Mischa memanfaatkan semua itu dan menjadikannya bukti agar Farrel jatuh dalam genggaman tangannya.
Keadaan Ferdi kritikal. Bahkan Ferdi telah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum menyatakan kebenaran. Automatik rakaman yang dipegang Mischa dapat melibatkan Farrel. Untuk itu, ia mengancam Fitri untuk meninggalkan Keluarga Hutama untuk selamanya. Mahu atau tidak Fitri perlu setuju. Ia tidak sanggup apabila Keluarganya harus disiksa lagi oleh Mischa. Namun ia tidak yakin kalau Mischa akan berhenti mengacaukan semuanya. Ia tidak sanggup setelah berkorban seperti itu, keluarganya malah semakin sengsara. Ia kemudian membelokkan setir Mischa ketika Fitri hendak dihantar ke lapangan terbang menuju luar negara. Akhirnya kereta yang di naikki Fitri termasuk ke sungai. Semua keluarga Hutama yang hairan kemana perginya Fitri yang mendengar khabar kemalangan dari polis.
Semua orang menunggu dengan risau. Farrel yang tidak boleh diam pun akhirnya berenang di sungai untuk menolong Fitri. Namun Farrel hampir tenggelam, kerana kepenatan. Ketika itulah, Farrel ditolong oleh seorang doktor perempuan bernama Sita. Setelah menghubungi semua keluarga Hutama, yang kemudian memberitahu Sita bahawa mereka sedang mencari orang yang terlibat dalam kemalangan di sungai, Sita pun mengatakan bahawa di hospitalnya, ia menemukan korban yang meninggal. Setelah melakukan ujian DNA, akhirnya diketahui, bahawa DNA mayat tersebut sepadan dengan DNA Fitri. Semua keluarga menangis dan sedih. Di tempat yang sama, Fitri mengintip mereka. Ternyata Fitri selamat kerana ditolong oleh penduduk sekitar. Namun Fitri yang tidak berani muncul dihadapan mereka kerana teringat akan ancaman Mischa.
Fitri hairan mengapa hasil ujian DNA boleh sepadan. Selidik demi selidik, ternyata Sita adalah orang suruhan Mischa, yang bekerjasama dengannya untuk merebut hati Farrel dan seluruh keluarga Hutama, agar mereka dapat melupakan Fitri. Kesannya, Sita menjadi sering datang ke keluarga Hutama untuk menjalankan rancangannya dengan alasan merawat Keluarga Hutama yang telah ditinggalkan Fitri. Bahkan Mischa menyamar seperti yang dicadangkan oleh Sita untuk menjaga anak-anak, sebagai Lilik. Mischa akhirnya masuk kembali ke Keluarga Hutama sebagai Lilik, untuk mengawal keadaan di rumah Hutama.
Melihat itu semua, ia tidak kalah. Ia tidak sanggup kalau Farrel, suaminya terus digoda oleh Sita. Akhirnya ia masuk ke rumah Hutama sebagai pemandu kereta, atas permintaan pemandu kereta Hutama, Pak Diman. Fitri menyamar sebagai Ade. Sebagai Ade, Fitri berjaya menggagalkan semua rancangan busuk Mischa dan Sita, dan mengerjai mereka berdua habis-habisan. Semakin lama, persahabatan antara Ade dan Farrel semakin erat. Farrel merasa Ade benar-benar mirip dengan Fitri.
Namun, dengan alasan keracunan makanan, Sita disuruh menginap di rumah Hutama oleh Lia. Lia sangat menyayangi Sita. Apalagi setelah Sita didorong Mischa ketika Raffa dan Rifky hendak dilanggar motor untuk menimbulkan kesan menyelamatkan anak-anak. Lia semakin sayang dengan Sita dan hendak menjodohkan Farrel dengannya. Tentu saja Farrel yang masih mencintai isterinya tidak setuju. Akhirnya timbullah pertengkaran antara Farrel dengan Lia. Lia bahkan benci dengan Ade yang dianggapnya kasar dan selalu ikut campur urusan keluarganya. Lia beranggapan bahawa Adelah yang meracuni pikiran Farrel untuk membenci Sita. Lia bahkan hendak memecat Ade. Hal ini semakin memperburuk hubungan Lia dengan Farrel, kerana menurut Farrel, hanya Ade yang mampu mengerti Farrel.
Ternyata kerana perbuatan Mischa, rahim Sita luka dan ia tidak akan boleh melahirkan anak. Sita marah besar dan pada Mischa dan berniat menyingkirkan Mischa. Ternyata perihal rahim Sita hanyalah reka hiasan Mischa guna membuat Sita lebih pintar dan cepat tanggap. Kesannya, Sita semakin cepat bergerak, dan semakin gencar mendekati Farrel. Bahkan Sita terus menerus meniru gaya Fitri untuk merebut hati Farrel. Tentunya Farrel tak terpengaruh, kerana menurutnya Fitri tidak akan pernah boleh digantikan. Lia pun sama gencarnya dengan Sita. Ia terus menerus menjodohkan Farrel dengan Sita. Bahkan Lia sampai membuang barang-barang Fitri. Sikap Lia menimbulkan kehairanan semua orang, termasuk Farrel. Pertikaian antara mereka pun semakin memanas. Ade alias Fitri yang selau membela Farrel, bahkan semakin dibenci dan dikasari oleh Lia tanpa mengetahui identiti yang sebenarnya.
(DALAM PROSES PEMBETULAN AYAT)
Sambil menghalang rancangan Mischa, Fitri yang sebagai Ade, berusaha mencari bukti pembunuhan palsu tehadap Ferdi yang dipegang oleh Mischa. Usaha Fitri berhasil. Fitri berhasil mendapatkannya dari brankas Mischa. Tragisnya, setelah mendapatkan bukti itu, dan hendak memberitahu semua kenyataan, Fitri kecelakaan ketika hendak menelefon Farrel.
Hadi dan Kayla
Kayla semakin mendesak Hadi untuk segera menikahi Rita, terutama kerana keadaannya yang semakin lama semakin memburuk. Abel yang tadinya merasa keberatan, akhirnya mengetahui keadaan Kayla dan menyetujui pernikahan Hadi dengan Rita. Akhirnya Hadi dan Rita menikah didepan Kayla. Kayla yang sekarat merasa sudah siap untuk pergi. Namun yang terjadi malah sebaliknya. Kayla sembuh hal ini membuat Abel dan Hadi ber-rancang untuk menceraikan Rita. Kayla bimbang, dalam hatinya ia merasa kasihan, kerana Rita mencintai Hadi. Namun ia juga tidak sanggup apabila cintanya harus terbagi.
Akhirnya Rita memutuskan untuk meninggalkan keluarga Rita. Namun ternyata Rita hamil. Hal ini mengubah keadaan. Rita kembali ke Keluarga Kayla. Abel yang kemudian mengetahui masalah kehamilan itu, tidak sanggup kalau Rita terus tinggal di rumahnya. Namun akhirnya ia boleh menerima itu semua. Namun, konflik antara Kayla dan Rita terus berlangsung. Kayla tidak sanggup apabila, kedudukannya direbut oleh Rita.
Aldo dan Mozza
Perusahaan Aldo ternyata semakin lama semakin membaik. Keberhasilannya melampaui perusahaan-perusahaan lain, otomatis membuat keluarga Aldo jadi bergelimangan harta. Namun hal itu malah mengubah Mozza. Mozza menjadi lebih gengsian, terutama dalam hal mendidik Aliza. Ia jadi sangat memanjakan Aliza. Kerjasama antara Aldo dengan Ferdi pun membuat mereka semakin berjaya. Mozza kesal, kerana Ferdi atas keinginan Sarah tinggal di rumah Hutama, padahal Ferdi adalah kliennya.
Sementara itu, Mozza kini mulai sibuk mengurusi perusahaan Ferdy yang telah meninggal. Hal ini membuat Aliza terlantar kerana Mozza kurang memperhatikan anaknya. Namun pada akhirnya Mozza sedar atas tingkahnya selamanya ini, dan berjanji akan menjaga Aliza.
Satu tahun kemudian...
Keluarga Hutama
Setelah kemalangan itu, Fitri menjadi amnesia(hilang ingatan) dan tinggal bersama Nyak dan Babe Marzuki yang mata duitan. Oleh mereka berdua, nama Fitri diganti menjadi Saodah dengan logat betawinya. Ketika Saodah bermain dijalan, Mischa yang kebetulan berada disana, melihat Saodah. Awalnya dia berfikir itu adalah Fitri dan berusaha mencari tahu siapa perempuan yang mirip dengan Fitri tersebut. Akhirnya Mischa mengetahui bahawa perempuan itu adalah Saodah. Mischapun menawarkan pekerjaan kepada Nyak, Babe, dan Saodah dengan membayar 200 Juta. Kerana Nyak dan Babe mata duitan mereka pun setuju. Mahu tidak mahu Saodah harus mengikuti kemahuan ibu bapanya. Rancangan demi rancangan telah disusun rapi oleh Mischa. Saodah siap menjalankan rancangan pertama Mischa yaitu tinggal dirumah keluarga Hutama dengan menyamar menjadi Fitri iaitu isteri Farrel.
Farel begitu terkejut ketika melihat Saodah (Fitri) di jalan. Kemudian dia langsung membawanya pulang. Dirumah, Mami yang semakin berkeras untuk menjodohkan Farrel dengan Sita, tetapi itu semua dibatalkan oleh Mami karena melihat Saodah (Fitri) pulang. Semua keluarga gembira melihat Fitri pulang, tetapi Farel berkata bahawa Fitri amnesia. Sita menjadi terpojok kerana kepulangan isteri Farel kerumahnya. Mami merasa menyesal kerana ingin menjodohkan Sita dengan Farel. Raffa dan Rifky segera memeluk ibunya yang telah pulang. Keromantisan dan kekocakan telah mewarnai hidup Farel dan keluarganya walaupun Fitri amnesia.
Mischa melancarkan rancangan selanjutnya iaitu mengadu domba Farel dengan Bram. Mischa menyuruh Saodah untuk mengumpulkan foto dan file dari bilik kerja Farel, kerana Mischa akan mempergunakannya untuk memenangkan tender melawan Retro. Farel berfikir kalau ada penghianat dibalik semua ini. Mischa memfitnah Bram dengan menulis cek 400 Juta dari Rival perusahaan Retro. Farel terkejut kalau ternyata Bram adalah penghianat. Bram tidak terima. Rancangan ini berjaya membuat kedua belah pihak berselisih faham. Namun Saodah menyesal kerana selama ini dirinya yang membuat keluarga Hutama menjadi kacau. Dia ingin lari dari masalah ini, tapi Mischa mengancam akan memenjarakan Nyak dan Babe. Farel mencari bukti dan pergi ke kantor Rival. Ternyata Bram juga ada di sana, sedang menyelidiki masalah ini. Farel marah besar kepada Bram.
Kini, tidak hanya Farel yang membenci Bram. Namun Mami juga menyalahkan Bram. Bram berkata pada Lia bahwa dirinya memutuskan untuk pergi kerana menurutnya Lia lebih percaya pada orang yang telah memfitnah dirinya. Bram merasa jengkel, sementara Lia terkejut dengan ucapan Bram. Sementara itu, Sita datang menemui Mischa dan memberitahukan bahawa Bram sudah pergi dari rumah. Mischa hanya tersenyum mendengar ucapan Sita. Hadi terkejut ketika dirinya mendapat khabar bahawa Bram mengalami kecelakaan. Kayla dan Rita juga terkejut ketika Hadi memberitahu kemalangan tersebut. Sementara itu, di hospital, Maya dan Lia bertengkar. Maya menginginkan agar Lia tidak terus menerus menyalahkan Bram, namun Lia tetap tidak setuju.
Saodah akhirnya mulai menyayangi keluarga Hutama. Ia ingin masalah di dalam keluarga Hutama segera selesai. Suatu hari, Saodah mengikuti Mischa pergi ke mall. Kemudian dia menghubungi Farel agar datang menjemputnya. Saodah mendengar seseorang yang mengumumkan tentang barang yang kehilangan. Dan Saodahpun mendapat ide. Saodah mencuri dompet Mischa dan menaruhnya ditempat informasi. Dan ketika itu pula terdengar pengumuman bahawa ada kehilangan dompet dari seseorang bernama Mischa. Farel yang telah barada di mall, mendengarnya dan menuju tempat informasi tersebut. Dan kemudian Farel berpapasan dengan Mischa. Farel terkejut. Namun Mischa sudah terburu-buru lari. Kemudian Farel memberi tahu seisi rumah bahawa Mischa telah kembali. Mami yakin bahawa kejadian dari kekacauan ini adalah Mischa. Kemudian Mami meminta maaf kepada Bram dan Maya. Namun Maya masih belum boleh memaafkan Mami karena telah menfitnah Bram. Lambat laun, akhirnya Maya memaafkan Mami.
Mischa tidak mahu berlama-lama dengan semua kepalsuan ini. Mischa meminta Saodah untuk meminta Farel menandatangani surat dari Mischa dengan segera. Kalau Saodah menolak Mischa mengancam akan membunuh Nyak dan Babe. Saodah berjaya meminta tandatangan Farel dan segera pergi ke Hotel untuk menemui Mischa. Saodah pun terkejut ketika mendengar seluruh harta keluarga Hutama jatuh ketangan Mischa. Mischa menghalau Saodah. Nyak dan Babe meminta bagian dari rancangan ini tetapi Mischa enggan memberi bahagian kepada mereka. Nyak langsung menunjukkan DVD Farel yang dituduh sedang membunuh Ferdy. Mischa membeli DVD itu. Nyak dan Babe berfikir untuk segera meninggalkan Jakarta. Ketika di stesen bas Nyak dan Babe melihat Saodah dan Farel mengejar bas yang ditumpangi Nyak dan Babe. Nyak dan Babe menjerit untuk meminta maaf kepada Saodah dan beritahu kalau Fitri itu Saodah.
Faiz merasa geram ketika Farrel menceritakan bahawa ketika ini Mischa sudah berjaya mengambil alih perusahaan. Faiz sangat kesal kerana Mischa sekali lagi menghancurkan keluarga Hutama. Sementara itu, Fitri menyalahkan dirinya sendiri kerana menurut Fitri, dialah penyebab kekayaan Hutama direbut oleh Mischa. Namun Farrel meyakinkan Fitri untuk tidak menyalahkan diri sendiri.
Hingga suatu hari, tibalah waktu dimana mereka semua harus pergi dari rumah keluarga Hutama. Fitri berusaha menenangkan Farrel yang nampak emosi kerana Mischa menghalau keluarga mereka dengan cara yang sangat rendah. Farel dan keluarganya pindah kerumah Aldo dan Moza. Dirumah Aldo dan Moza, mereka sangat gembira menerima kedatangan keluarga Hutama dirumahnya. Walaupun ada mata-mata Mischa iaitu Sita. Farel dan Fitri berdamai dengan Bram kerana Fitrilah selama ini yang membuat keluarganya bertikai. Farel tdak dapat berbuat apa-apa untuk melawan Mischa. Karena Mischa memiliki DVD berisi video pembunuhan palsu Farel terhadap Ferdy. Jika Farel melawan, maka Mischa akan membawa DVD itu ke polisi. Farel kemudian membuat rancangan untuk menjadi mata-mata Mischa. Sita yang tahu hal itu langsung memberitahu Mischa. Farrel segera merombak ulang rancangannya. Bram berpura-pura mengkhianati keluarga Hutama, dan kembali mengabdi kepada Mischa. Bram berjaya meyakinkan Mischa.
Usaha demi usaha dilakukan keluarga Hutama agar kembali mendapatkan DVD tersebut. Hal ini membuat Mischa lebih ekstra berhati-hati dalam menjaga DVD ini. Lia menceritakan kerisauannya tentang amarah Farrel kepada Mischa kerana Farrel akan melakukan apapun untuk membalas Mischa. Pingkan ikut risau. Farel yang terbakar emosi pergi mencari Mischa. Mischa berusaha menghindari Farrel tetapi Farrel berjaya menghentikannya dan meminta DVD yang selama ini dicari-cari olehnya. Desakan Farrel membuat Mischa semakin terpojok, apalagi Farrel mengetahui bahawa Mischa sedang membawa DVD yang sedang dicari-cari oleh Farrel. Mischapun berjaya lari dari Farel. Ketika Mischa ke hotel, Lia mengikuti Mischa dari belakang. Lia mengambil beg tangan Mischa yang berisi DVD dan lari masuk ke rumah yang sedang terbakar. Mischa mengejar Lia.
Maya bersumpah akan membunuh Mischa apabila terjadi sesuatu yang buruk kepada Lia. Polis mengkhabarkan kepada keluarga Hutama bahawa pihak polis tidak menemukan adanya korban di tempat kejadian dan mereka akan berusaha keras untuk mencari saksi-saksi agar Lia dapat ditemukan. Namun ternyata, Lia dikurung oleh Mischa. Sampai bila pun, Lia tidak akan menyerahkan DVD kepada Mischa meskipun Mischa berniat untuk membunuhnya.
Berhari-hari Lia dikurung, namun dia tetap tidak mahu memberi tahu keberadaan DVD itu. Mischa mencuba rancangan lain. Ia mengancam Lia dengan menculik Raffa. Berhari-hari Lia dikurung, namun dia tetap tidak mahu memberi tahu keberadaan DVD itu. Hingga suatu hari, Nadine, anaknya Mischa, pulang dari Singapura. Seluruh keluarga merasa terkejut dengan kedatangan Nadine. Farrel lalu menjelaskan siapa itu Nadine kepada Fitri. Nadine lalu menanyakan tentang mamanya. Farrel menjelaskan semuanya. Nadine sedikit terkejut mengetahui Lia dikurung oleh mamanya. Nadine lalu menelepon mamanya, dan mereka berjanji untuk berjumpa di sebuah tempat. Mischa takut mengetahui anaknya pulang. Di tempat tersebut, Nadine memujuk Mischa untuk membebaskan Lia. Namun Mischa tetap teguh pada pendiriannya, kerana ini semua dilakukannya juga demi kebaikan Nadine, dimana ia boleh hidup layak nantinya. Sementara itu Lia semakin tidak berdaya. Mischa lalu memanggil doktor. Farel mengetahuinya, dan bekerja sama dengan doktor itu.
Farrel lalu menyusun rancangan. Nadine menyamar jadi jururawat. Ketika sampai disana, doktor memeriksa Lia dengan pintu bilik yang dikunci. Sementara penyamaran Nadine terbongkar oleh Mischa. Doktor lalu membawa Lia melihat ditingkap. Lia lalu dibawa ke kereta. Nadine kemudian keluar dari rumah tersebut, dan ketika menuju kereta, ia terlanggar kereta lain. Doktorpun langsung pergi meninggalkan Nadine. Mischa lalu membawa Nadine ke hospital.
Ketika Nadine sedar, ia tidak mahu bercakap dengan Mischa. Mischapun sedih. Di rumah dia selalu memikirkan Nadine, hingga diapun terbatuk, dan mengeluarkan darah. Ketika diperiksa ke hospital, dia divonis doktor bahawa kankernya yang dulu (ketika musim 1) kembali tumbuh bahkan tergolong ganas. Mischa yang keadaan tubuhnya terus lemah disertai muntah dan batuk darah ingin bertaubat.
Nadine akhirnya memberi syarat Mischa harus mengembalikan semua hak keluarga Hutama jika ingin dia mengakui sebagai ibu. Sayang, Mischa yang kali ini benar-benar ingin bertaubat justru mendapat halangan dari Sita. Sita tidak sanggup jika semua harta yang telah direbut dari Farel dikembalikan begitu saja. Sita mengurung Mischa. Dalam keadaan lemah, Sita masih mengikat kaki dan tangan Mischa. Sita buru-buru menyiapkan dokumen untuk melegalkan harta atas nama Mischa menjadi miliknya. Mischa menolak memberikan tandatangan.
Fitri yang sudah mempercayai bahawa Mischa benar-benar ingin bertaubat akhirnya mulai merisaukan Mischa yang menghilang dari hospital. Farrel masih belum percaya akan Mischa yang bertaubat. Fitri mencari Mischa ke rumah lamanya, dan disana ia menemukan Mischa. Langsung saja Fitri menolong Mischa dan membawanya keluar dari rumah itu. Akibatnya Mischa kembali ditangkap oleh Sita sedang Fitri berjaya melarikan diri. Namun ketika sebelum itu Fitri sempat mengkhabari Farrel dan Farrel menyusulnya ke sana. Farrel dan Fitri berpapasan namun Farrel tidak menyedari kenderaan yang berpapasan dengannya itu kereta Fitri. Fitri yang menyedari hal itu segera berbalik. Dilain pihak Farrel melihat Mischa dalam sebuah kereta dan hendak melanggar kereta itu.
Ketika Farrel melanggar kereta itu ia banting stir sehingga kereta Sita yang didalamnya ada Mischa melanggar kereta Fitri yang berada tepat di belakang kereta Farrel. Farrel memeriksa kereta Mischa dan menanyakan dimana Fitri. Mischa lalu menunjukan bahawa kereta yang dilanggar oleh kereta Sita itu adalah kereta Fitri. Langsung saja Farrel membawa Fitri ke hospital, di luar dugaan kemalangan itu membuat ingatan Fitri kembali secara keseluruhannya. Farrel awalnya tidak percaya sampai Fitri mengatakan "East or West Cinta Fitri Farrel is The Best".
Mischa memberikan segala aset keluarga Hutama dan mengatakan bahawa DVD itu ada di tumpukan buku di Retro. Farrel segera kesana namun ia di dahului oleh Sita. Hal itu malah membuat Farrel dituduh membunuh Ferdi kerana DVD itu di serahkan ke polis. Fitri, Faiz dan Mischa yang mengetahui hal itu segera ke kantor polis, Fitri dan Faiz pergi bersamaan sedang Mischa meyusul belakangan. Mischa setibanya di balai polis segera menyerahkan diri dan mengakui bahawa ia yang telah memanipulasi DVD itu. Dan Farrel pun di bebaskan sedang Sita yang anak buahnya Mischa juga dimasukkan di penjara.
Aldo dan Mozza
Setelah beberapa tahun tidak berjumpa, Moza bertemu dengan kawan lamanya, Raymon. Dari dulu Raymon sangat mencintai Moza. Dan kini dia tidak mensia-siakan kesempatan untuk merebut Mozza. Raymon mengajak Moza untuk bertemu sebagai rasa rindu seseorang kepada seorang kawannya, di Diskotik. Kemudian Raymon memberi ubat tidur kedalam minuman Moza. Mozapun tertidur. Ketika bangun, Moza mendapati dirinya sedang bersama Raymon. Moza memohon kepada Raymon untuk merahsiakan semua ini.
Namun Moza selalu diteror oleh Raymon. Raymon mengancam akan menyebarkan foto-foto mesra mereka berdua. Kemudian Moza mengajak bertemuan di sebuah kafe, yang ternyata disana ada Mischa. Mischa mengetahui semua itu. Mischa lalu menemui Moza, dan mengatakan bahawa ia juga memiliki foto-foto tersebut. Namun pada kenyataannya tidak. Mischa memberi syarat agar foto-foto Moza tidak tersebar, dengan menjadi mata-mata atas semua rancangan Farel. Moza terpaksa setuju. Kini, setiap keluarga Hutama membuat suatu rancangan, Moza akan memberi tahunya kepada Mischa. Farel menjadi pelik, kerana Mischa selalu tahu semua rancangannya. Moza sudah tidak tahan dengan semua ini. Tapi dia takut jika berpisah dengan Aldo.
Hingga suatu hari Farel curiga dengan Moza. Ia mengatakan kecurigaan ini kepada Faiz. Faiz mencatat nomor telepon dari ponsel Moza secara diam-diam untuk mengetahui orang-orang yang sering dihubungi Moza. Saat Faiz bersama Farel menghubungi nomor-nomor tersebut mereka kaget karena salah satu nomor itu adalah nomor Mischa. Kemudian Fitri menanyakan kepada Moza, ada apa dengan dirinya. Kemudian Moza jujur kepada Fitri, dan meminta maaf. Fitri dan Farel memaafkannya.
Moza langsung menuju ke pejabat Raymon dan meminta foto-foto itu kerana Mischa semakin mengancam dirinya. Farel dan Fitri mengikutinya dari belakang. Moza memohon-mohon kepada Raymon untuk tidak mengganggunya lagi. Raymon tidak menghiraukannya dan malah ingin memperkosa Moza. Untungnya Farel dan Fitri segera menyelamatkan Moza. Farel langsung mengajar Raymon dan memberitahu Faiz kalau semua foto-foto itu ada di rumah Raymon. Faiz sampai dirumah Raymon langsung mencari foto-foto itu di bilik kerja Ramon. Foto-foto itu tersimpan di kamera dan laptop Raymon. Tiba-tiba saja Mischa datang ke pejabat Raymon mendapati Ramon sedang dihajar habis-habisan oleh Farel. Mischa membebaskan Raymon dan Faiz berjaya menghapus semua foto Moza dengan Raymon. Farel, Fitri, Moza pun tersenyum bahagia. Mischa sangat kesal dengan ulah mereka.
Namun ternyata Raymon masih memiliki foto-foto tersebut. Raymon masih meneror Moza. Namun Moza tidak tahu dimana keberadaannya. Faiz menghampiri Moza yang takut kerana Raymon. Faiz akan brusaha membantu Moza, tapi Aldo mendengar percakapan mereka. Faiz dan Moza bergegas pergi ke hotel tempat Raymon tinggal. Aldo mengikuti Faiz dan Moza. Ketika dihotel Faiz meminta orang untuk membuka bilik Raymon. Aldo ikut masuk. Aldo melihat foto Raymon dengan Moza yang terletak dimeja. Aldo terus marah setelah melihatnya. Moza sangat sedih dan meminta maaf kepada Aldo. Faiz mencuba menjelaskan semuanya. Aldo sangat kecewa kepada Moza. Raymon mengirimkan sms kepada Moza dan menertawakannya. Aldo sedih kerana Moza sudah menghancurkan hatinya. Sementara Aldo berniat menceraikan Moza.
Mozza tertekan. Dalam situasi ini, Aldo dan Mozza selalu sensitif. Ketika Aldo bertemu wanita lain, Mozza menganggapnya bermain kayu tiga. Begitu sebaliknya. Dan ketika Mozza bertemu rakan kerjanya, Aldo semakin mencurigai Mozza. Lalu Aldo bertemu dengan rakan kerjanya Mozza tadi di sebuah kafe dan menuduh bahawa dia bermain kayu tiga Mozza. Rakan kerja Mozza tersebut menjelaskan semuanya, bahkan mengatakan bahawa Mozza selalu sedih kerana suaminya yang akan menceraikannya. Aldo tersentuh. Kamudian dia berlari keluar kafe dan menelepon Mozza. Sambil menjerit ia mengatakan aku cinta kamu, kepada Mozza dan meminta maaf. Mereka lalu berjanji di suatu tempat. Namun ketika mereka selesai bertelefon, Raymon datang menculik Mozza.
Hadi dan Kayla
Kayla masih merasa bahawa Hadi lebih memikirkan Rita dari pada dirinya. Suatu hari, Kayla mendapati dirinya sedang hamil. Hadi sedang mendengarnya. Dan ketika bersamaan dia melihat Rita yang sedang muntah-muntah. Kayla mengira Rita juga hamil, dan berfikir mengapa Rita selalu merebut perhatian Hadi, yang kali ini dengan cara Rita hamil. Ternyata Rita terkena kanker rahim. Kerana tidak ingin menyusahkan Hadi dan Kayla, ia lalu pergi dari rumah. Kayla sedikit gembira. Namun pada akhirnya tersebar bahawa Rita terkena kanker. Abelpun marah pada Kayla, kerana menganggap Kayla sudah membuat Rita pergi dari rumah, padahal dia dalam keadaan sakit. Kaylapun akhirnya sedar, dan ikut membantu mencari Rita. Keesokan harinya, ketika Kayla ke hospital, ia bertemu Rita. Rita terkejut dan langsung lari. Kayla mengejarnya, dan di jalan Rita merasa pening. Motor datang hampir melanggar Rita, dan Kayla datang menghindari Rita dari motor tersebut. Mereka berdua jatuh di piggir jalan. Ritapun pingsan, sementara Kayla mengalami pendarahan dan pingsan.
Keluarga Pak Iman
Norman bermimpi dimana ia akan mati jika tidak meminta maaf kepada perempuan-perempuan yang ia sakiti selama ini. Dan ketika terbangun ia meminta bantuan Koko, Cecep dan Beta untuk mencari orang-orang yang ada didaftar yang telah dibuat Norman. Normanpun satu persatu bertemu dengan perempuan-perempuan yang ada bersamanya di masa lalu. Norman berjaya menemui Salsabila, mantan isterinya. Yuga akirnya bertemu dengan ibu kandungya, Sherlin. Namun Norman sudah membenci Sherlin dan tidak ingin bertemu dengannya.
Cinta Fitri Finale
[sunting | sunting sumber]Cinta Fitri | |
---|---|
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit (21.00 - 22.00 WIB) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Indosiar |
Siaran asal | Ahad, 8 Mei 2011 |
Cinta Fitri Finale merupakan episod terakhir dari Cinta Fitri, yang merupakan Episode ke 109 dari musim 7, dan Episode ke 1002 dari seluruh musim Cinta Fitri.
Nadine yang melihat Mischa benar-benar menyerahkan diri ke penjara dan menyerahkan seluruh aset Keluarga Hutama, merasa terharu dan kemudian memaafkan ibunya itu. Mischa yang telah di sidangi dan dijatuhi hukuman 15 tahun sekarat di penjara, segera di bawa ke hospital. Sementara itu, ada kemungkinan Kayla dan bayinya tidak boleh di selamatkan, namun semua hal itu dapat di tepis. Kayla selamat juga bayinya. Namun Rita meninggal ketika mendoakan Kayla selepas solat. Kayla hidup bahagia bersama Hadi, Abel, Dewa, juga dengan calon bayinya.
Sementara itu, Aldo berjaya mendapatkan alamat Raymon mengurung Mozza melalui pembantu Raymon yang memegang handphone Mozza. Aldo segera menyelamatkan Mozza dengan membawa polis hingga Raymon di tangkap dan dimasukkan di penjara. Aldo dan Mozza pun rujuk dan mereka hidup bahagia dengan keluarga kecilnya.
Kemudian, Sherlin meminta Salsa untuk menjauhi Norman dan terdengar oleh Yuga sehingga Yuga membenci Sherlin. Sherlin berubah fikiran dan akhirnya membuat pernikahan kejutan untuk Norman dan juga Salsa. Pernikahan itu berlangsung bahagia dan Sherlin di terima menjadi ibu untuk Yuga tapi Yuga masih tetap berada di bawah asuhan Norman dan juga Salsa.
Sementara itu, Fitri segera menyusul Mischa dan di sana ternyata juga ada Sita yang berpura-pura bunuh diri agar boleh larikan diri. Mischa sempat mati suri di hadapan Fitri, setelah itu Sita datang dan segera menyergap Fitri dan berniat membunuhnhya. Ketika itu Farrel datang dan Fitri dengan sedaya upayanya berjaya lari dari Sita. Sita hendak Menikam Farrel namun Mischa segera menerjang dan ia yang tertikam. Sita kembali di tangkap dan dihadapkan agar tidak dapat bebas lagi, dan Mischa segera di tangani doktor. Ketika Mischa sedar ia mengajak Fitri solat berjemaah bersama Fitri.
Ketika solat Farrel yang menjadi imamnya. Selesai solat Farrel memaafkan Mischa, dan Mischa meninggal ketika mencium tangan Farrel. Lengkap sudah kebahagian Farrel dan Fitri, mereka kembali kerumahnya bersama Nadine juga. Beberapa waktu kemudian di laksanakan majlis ulang tahun pernikahan Fitri dan Farrel di mana semua anggota keluarga hadir dan juga keluarga Iman. Majlis berlangsung dengan bahagia dan semuanya berakhir dengan kehidupan masing masing yang bahagia.
Tiba-tiba ada seorang wanita yang mirip dengan Mischa datang dan semuanya terkejut. Ternyata dia bukan Mischa, melainkan Dinda Kanyadewi yang mengucapkan terima kasih atas perhatian peminat yang menonton Cinta Fitri dari Musim 1 hingga Musim 7.TAMAT.