Pergi ke kandungan

Cinta Batu Belah (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Batu Belah
GenreDrama,
Ditulis olehSharifah Faniza Saiyed Yeop
PengarahEmi Suffian
Mohd Zaharizan
Dibintangi oleh
Elly Mazlein
Linda Hashim
Ku Faridah
Amyza Adnan
Lagu pembukaanAda Untukmu - Nubhan
Lagu penutupAda Untukmu - Nubhan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Din
PenerbitIda Rahayu Mohd Noor
Tempoh siaranIsnin hingga Khamis, 4:30 petang (TV3)
8:30 malam (TV9)
Syarikat penerbitan
Eurofine Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lagenda)
Siaran asal13 Oktober 2008 – 13 November 2008
Kronologi
MengikutiLara Rindu Mahsuri
Diikuti olehPuteri Salju

Cinta Batu Belah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2008 dibintangi Elly Mazlein, Linda Hashim, dan Ku Faridah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 13 Oktober 2008 hingga 13 November 2008 menggantikan Lara Rindu Mahsuri.

Cinta Batu Belah ini bermula dengan pertemuan antara Safiya dan Sufian yang menerbitkan bibit percintaan yang mendapat tentangan keluarga apabila Naemah, ibu Safiyyah mula memasang angan-angan hendak menjodohkan Safiyyah dengan Nik Hisyam. Namun, Safiyyah nekad untuk membelakangkan keluarganya dan menikahi Sufian walaupun natijahnya, dia dibuang keluarga.

Berazam untuk memulakan hidup baru, Safiya tinggal bersama Sufian dan ibu mertuanya yang sudah uzur di sebuah rumah kecil yang disewa. Sufian bekerja keras menyara keluarga mereka sementara itu Safiya terpaksa menjaga ibu mertuanya yang semakin tenat. Kehadiran cahaya mata pertama mereka, Natrah menyerikan rumahtangga mereka. Namun, badai mula melanda apabila Sufian bertemu kembali dengan Kamariah rakan sekampung yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan membangkitkan perasaan cemburu di hati Safiah.

Ketika sedang mengandungkan anaknya yang kedua, Safiya mengidamkan daging rusa dan demi memenuhi permintaan isterinya itu, Sufian pergi ke hutan untuk memburu rusa. Malangnya, kemalangan telah berlaku dan menyebabkan Sufian terkorban. Tertekan dengan tragedi yang menimpa hidupnya, Safiya cuba untuk kembali berbaik dengan Naemah namun ibunya tetap tidak mahu menerima mereka anak-beranak. Terpaksalah Safiya mengharungi pelbagai derita dan tohmahan demi menyara kedua anak- anaknya yang masih kecil itu.

Suatu hari, Safiya membeli sate daging rusa yang telah ditempah seminggu awal. Dia membawa pulang sate daging rusa tersebut dan menyuruh Natrah menyimpan secucuk untuknya sementara dia pergi bersolat. Selesai bersolat, dia dikejutkan oleh jiran dengan keadaan Opah Uteh yang sesak nafas. Dalam keadaan tergesa-gesa Safiyah meninggalkan rumah dan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak menghabiskan makanan tersebut. Sekembalinya di rumah, Safiya terduduk lesu apabila dikhabarkan oleh Natrah bahawa Fikran begitu tamak menghabiskan semua sate daging rusa tersebut walaupun telah ditegah. Sayu mengenangkan sikap anak-anaknya, Safiya terus merajuk dan keluar dari rumah.

Kisah menyayat hati dan penuh dengan pengajaran ini berterusan dengan babak-babak yang meruntun perasaan seterusnya. Kemuncaknya di mana Safiya akhirnya telah tergelincir dan jatuh ke dalam lombong. Maka tinggallah dua beradik ini dengan penyesalan di atas sikap mereka sehingga menyebabkan ibu yang dicintai terkorban.