Cik Serba Tahu
Cik Serba Tahu | |
---|---|
Genre | Drama, cinta |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Cik Serba Tahu2 karya Syamnuriezmil |
Ditulis oleh | Shida Zali |
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh | Remy Ishak Sari Yanti Zarul Umbrella Iedil Putra Mona Allen Aishah Ilias |
Lagu pembukaan | "Cinta Apa Adanya" - Tasha Manshahar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato' Sadupal Singh Vareen Kaur |
Penerbit | Dato' Sri Jaspal S. Korotana |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria Astro Ria HD (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 27 Mac 2017 – 21 April 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Dia Bidadariku |
Diikuti oleh | Hikayat Cinta Si Pematah Hati |
Cik Serba Tahu ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Shuhaimi Zulkefli. Dibintangi oleh Remy Ishak, dan Sari Yanti. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 27 Mac 2017 menggantikan Dia Bidadariku. [1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.
Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.
Dan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Cik Serba Tahu ialah drama kedua arahan Suhaimi selepas Imam MudaKu Romantik. Pengarahnya juga memberitahu drama ini agak sukar dihasilkan memandangkan jalan cerita dari novelnya yang agak pendek untuk disesuaikan dengan drama berepisod, sehingga mengambil masa hampir dua bulan bagi menyiapkan skripnya.[2] Namun, beliau sangat berpuas hati dengan pelakon utamanya, Remy Ishak yang membawa watak sebagai Carl Adham.[2]
Menurut Zarul, walaupun ini ialah lakonannya yang kedua,[3] dan penampilan sulungnya dalam drama berepisod panjang,[4] namun dia telah berjaya mendapat pujian banyak pihak.[3] Beliau juga mengakui dunia lakonan lebih mencabar berbanding nyanyian.[4] Begitu juga Syazuwan yang menganggap watak Ridzuan sebagai lelaki psiko yang dipegangnya adalah sangat "memenatkan".[5]
Sari Yanti membawakan watak utama sebagai Aerna bagi menggantikan Mira Filzah yang menarik diri pada saat-saat akhir,[2] disebabkan jadual penggambarannya yang bertindan dengan beberapa program lain.[6]
Penggambaran drama ini dijalankan bermula Januari sehingga Februari 2017 di sekitar Kuala Lumpur.[7]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Remy Ishak sebagai Carl Adham
- Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee
- Zarul Umbrella sebagai Bunyamin
- Iedil Putra sebagai Benjamin
- Mona Allen sebagai Maira
- Aishah Ilias sebagai Dylaila
- Isyariana Che Azmi sebagai Sarah
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Nadia Brian sebagai Fazlin
- Dynas Mokhtar sebagai Kak Chaq
- Ilya Buang sebagai Pak Ismail
- Sharisa Chong sebagai Mira
- Syazuwan Hassan sebagai Ridzuan
- Ako Mustapha sebagai Dato'Azli
- Liza Othman sebagai Datin Halizah
- Sherie Merlis sebagai Datin Azlia
- Radhi Khalid sebagai Sham Interpol
- Idris Khan sebagai Huzair
- Badrul Muhayat sebagai Dato Cairil
- Halimatun (Tok Wan) sebagai Mak Siti
- Liza Zain sebagai Faridah
- Khairuddin sebagai Sulaiman
- Che Mat Butang sebagai Jiran Ismail Interpol
- Liza Habib sebagai Orang Gaji Dato’ Azli
- Michael Ang sebagai dirinya sendiri
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Cinta Apa Adanya" | Tasha Manshahar | -- | |||||||
2. | "Iya Iya" | Eleena Haris | -- | |||||||
3. | "Segalanya" | Haqiem Rusli | -- | |||||||
4. | "Ini Yang Ku Mahu" | Ernie Zakri | -- | |||||||
5. | "Setiaku" | Hez Hazmi | -- | |||||||
6. | "Bukan Aku" | Tasha Manshahar | -- | |||||||
7. | "Linangan Terakhir" | Forteen | -- | |||||||
8. | "My Crush" | Hashtag | -- | |||||||
9. | "Seindah Mimpi" | Jaclyn Victor | -- | |||||||
10. | "Semua Untuk Cinta" | Indah Ruhaila | -- | |||||||
11. | "Tanda Tanya" | Aishah Aziz | -- | |||||||
12. | "Di Amarah Mama" | Hazama | -- | |||||||
13. | "Istana" | Nina Nadira | -- | |||||||
14. | "Bohong" | Firman | -- | |||||||
15. | "Pencuri Hati" | Ayda Jebat | -- | |||||||
16. | "Jangan Pernah" | Zarul | -- | |||||||
17. | "Terakhir" | Sufian Suhaimi | -- | |||||||
Jumlah masa: -:-- |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Cik Serba Tahu. MyInfoTaip. Dicapai 26 Mac 2017
- ^ a b c "Simpan rahsia anak majikan". Harian Metro. 16 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-03. Dicapai pada 2 Mei 2018.
- ^ a b "Lakonan Dapat Pujian". Mstar. 18 April 2017. Dicapai pada 2 Mei 2018.
- ^ a b "Zarul tak serik berlakon". Utusan Online. 15 April 2017. Dicapai pada 2 Mei 2018.
- ^ "Syazuwan mahu jadi pelakon serba boleh". Berita Harian. 4 Mac 2017. Dicapai pada 2 Mei 2018.
- ^ Kemalia Othman (4 Januari 2017). "Mira Filzah Kesal Terpaksa Tarik Diri Dalam 'Cik Serba Tahu'". Mstar. Dicapai pada 2 Mei 2018.
- ^ "Zarul Seronok berlakon". Utara News. 5 Januari 2017. Dicapai pada 2 Mei 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tonton drama dalam talian Cik Serba Tahu
- Pautan mengenai drama Cik Serba Tahu
- Dapatkan novel dalam talian Cik Serba Tahu
: Slot MegaDrama, Setiap Isnin - Khamis , 10:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Cik Serba Tahu | Berikutnya |
Dia Bidadariku | Hikayat Cinta Si Pematah Hati |