Christopher Wan Soo Kee
Penampilan
Datuk Christopher Wan Soo Kee (lahir 1951) merupakan seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina. Beliau adalah persara pegawai polis malaysia dan jawatan akhirnya ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di dalam Polis Diraja Malaysia
Biodata ringkas
[sunting | sunting sumber]- Nama: Datuk Christopher Wan Soo Kee
- Jawatan: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
- Umur: 60 tahun
- Asal: Ayer Hitam, Pulau Pinang
- Tempat tinggal sekarang: Petaling Jaya, Selangor
- Kelulusan:
- Diploma Pengurusan Sains Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)
- Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Institut Teknologi Diraja Melbourne, Australia
- Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Newport, Amerika Syarikat
- Jawatan pernah disandang:
- Pegawai Staf Cawangan Khas Bukit Aman (1970-1997)
- Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman (1997-2000)
- Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur (2000-2002)
- Ketua Polis Melaka (2002-2005)
- Ketua Polis Pulau Pinang (2005-2006)
- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2006-2008)
- Anugerah yang diterima
- Oktober 2002 - Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Syed Ahmad Shahabuddin Syed Mahmud membawa gelaran Datuk
- Julai 2006 - Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas membawa gelaran Datuk
- Jun 2007 - Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membawa gelaran Datuk
- Buku pernah dihasilkan:
- Developing Crime Prevention Strategies - The Melaka Experience
- Crime Prevention the Sun Tzu Way - bersama Khoo Kheng-Hor