Pergi ke kandungan

Chloé Zhao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chloé Zhao
Chloé Zhao pada 2015
Kelahiran
Zhao Ting

(1982-03-31) 31 Mac 1982 (umur 42)
Beijing, China
WarganegaraChina
Pusat pendidikan
PekerjaanPengarah, penerbit filem, penulis skrip
Tahun aktif2008–kini
Chloé Zhao
Tulisan Cina Ringkas赵婷
Tulisan Cina Tradisional趙婷

Chloé Zhao (lahir 31 Mac 1982)[1] merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip China. Beliau dikenali sebagai pengarah filem Amerika Syarikat Songs My Brothers Taught Me (2015) dan The Rider (2017).

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Chloé Zhao dilahirkan sebagai Zhao Ting dan dibesarkan di Beijing, Tiongkok, kepada pasangan Zhao Yuji, bekas pengurus am sebuah syarikat baja milik negara.[2][3] Ibu bapanya kemudian berpisah dan bapanya berkahwin lagi dengan pelakon Song Dandan. Sewaktu masih remaja, beliau memberontak dan tertarik pada pengaruh dari budaya popular Barat.[4] Beliau melanjutkan pendidikan di sekolah asrama di London sebelum berpindah ke Los Angeles untuk menghadiri sekolah menengah.[5] Beliau belajar di Kolej Mount Holyoke dan memperoleh ijazah sarjana dalam sains politik.[6] Beliau mempunyai pekerjaan sampingan sebagai promoter acara, hartanah dan barista sebelum mempelajari penerbitan filem di Tisch School of the Arts Universiti New York.[2][7]

Beliau kini menetap di California, Amerika Syarikat.[2]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Filem Pengarah Penulis skrip Penerbit Catatan
2015 Songs My Brothers Taught Me Ya Ya Ya Sebagai penyunting
2017 The Rider Ya Ya Ya
2020 Nomadland Ya Ya Ya Sebagai penyunting
2021 Eternals Ya Tidak Tidak
  1. ^ Sam Fragoso (April 15, 2018). "Talk Easy with Sam Fragoso" (Audio siar). Talk Easy. Dicapai pada May 11, 2018.
  2. ^ a b c Powers, John (March 23, 2018). "How Chloé Zhao Reinvented the Western". Vogue. Condé Nast. Dicapai pada April 28, 2018.
  3. ^ "赵婷(华语影视女导演)". Baidu Baike (dalam bahasa Cina). Baidu. Dicapai pada April 11, 2019.
  4. ^ Mullen, Matt (April 13, 2018). "THE RIDER IS AN EARLY CONTENDER FOR BEST FILM OF 2018". Interview. Dicapai pada April 28, 2018.
  5. ^ Gardiner, Margaret (May 23, 2017). "Chloé Zhao: A Woman Telling a Cowboys' Tale". Golden Globes. Dicapai pada April 28, 2018.
  6. ^ "Chloé Zhao". Filmmaker. Dicapai pada 7 December 2015.
  7. ^ Cohen, Sandy (March 2018). "Filmmaker Chloé Zhao is the Accidental Realist". American Way Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2018. Dicapai pada April 28, 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]