Chia Chin Shin
Yang Berhormat Datuk Sri Chia Chin Shin A.B.S, P.N.B.S. | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Miri, Sarawak | |
Dalam jawatan 1969–1983 | |
Digantikan oleh | George Chan Hong Nam |
Majoriti | 365 (1969) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 4 November 1922 Miri, Kerajaan Sarawak |
Mati | 2005 | (umur 82–83)
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Perikatan (1969-1974) Barisan Nasional - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (1974-1983) |
Kediaman | Miri, Sarawak |
Yang Berhormat Datuk Sri Chia Chin Shin (Cina: 谢晋新; 4 November 1922 – 2005)[1] ialah seorang ahli politik Malaysia.[2] Beliau juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan DUN Miri setelah menang dalam pilihan raya negeri Sarawak 1969.[3] Chia Chin Shin telah menjadi ADUN Miri selama tiga persidangan pilihan raya di Sarawak.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Selepas pembetukan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Singapura dan Sarawak, Chia Chin Shin telah terpilih menganggotai Dewan Rakyat bermula Mei 1964, mewakili Sarawak[4].
Chia Chin Shin mula bertanding atas tiket Parti Perikatan pada tahun 1969 di kawasan pilihan raya negeri Miri dengan status menang dan telah menewaskan empat calon yang bertanding di kawasan tersebut iaitu Lau Siu Wai dan Kepol Samat dari parti Bebas, Yang Siew Siang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan John Leong Chee Yun dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).[5] Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1974 dan 1979, beliau kekal menang dalam kawasan Miri tetapi berlainan parti iaitu Barisan Nasional (SUPP).[6][7] Chia Chin Shin telah tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak 1983 dan kerusi DUN Miri berjaya dirampas oleh Datuk Patinggi George Chan Hong Nam.[8]
Beliau juga menyertai pilihan raya umum Malaysia 1978. Chia Chin Shin bertanding atas tiket parti Barisan Nasional di kawasan Parlimen Lambir (sebelum ini dikenali sebagai Miri-Subis dan kini dikenali sebagai Miri), sungguhpun begitu beliau telah tewas oleh peguam muda, Raymond Szetu Mei Thong dari Sarawak People Organisation (SAPO).[7][9]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 4 November 1922 di Miri, Sarawak dan kediamannya juga terletak di tempat kelahirannya.[10][11]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya umum Malaysia 1978: Lambir. | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Parlimen | Bil. | Calon | Parti | Undian | Peratus | Status | Majoriti |
Lambir | 1 | Chia Chin Shin | Barisan Nasional | 9,278 | 47.76 | Tewas | |
2 | Raymond Szetu Mei Thong | SAPO | 10,150 | 52.24 | Menang | 872 | |
Jumlah pemilih berdaftar: 30,026 | |||||||
Jumlah undian sah: 19,428 | |||||||
Pilihan raya negeri Sarawak 1969: Miri | |||||||
DUN | Bil. | Calon | Parti | Undian | Peratus | Status | Majoriti |
Miri | 1 | Chia Chin Shin | PERIKATAN | 2,876 | 41.4 | Menang | 365 |
2 | John Leong Chee Yun | SNAP | 1,256 | 18.7 | Tewas | ||
3 | Yang Siew Siang | SUPP | 2,511 | 36.1 | |||
4 | Kepol Samat | Bebas | 116 | 2.4 | |||
5 | Lau Siu Wai | Bebas | 142 | 2.0 | |||
Jumlah pemilih berdaftar: 9,946 | |||||||
Jumlah undian sah: 6,901 | |||||||
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia,[5] Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum.[12] |
Penghormatan
[sunting | sunting sumber]- Perak
- Pingat Peringatan Malaysia (P.P.M) (1965).[13]
- Sarawak
- Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Liew, Li Mui (4 November 2022). “拿督斯里謝晉新路”路牌啟用 銘記已故謝晉新貢獻. 联合日报 WeAreUnited (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 9 Jun 2023.
- ^ "Dewan Ra'ayat Kedua Malaysia" [Dewan Rakyat Kedua Malysia] (PDF). Parlimen Malaysia. 6 Jun 1968. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-08-08. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
- ^ "Barisan chalun2 pilehanraya: Dua belas parti bertanding" [Barisan calon-calon pilihan raya: Dua belas parti bertanding]. Berita Harian. 6 April 1969. m/s. 3. Diperolehi pada 13 Disember 2020.
- ^ "Dewan Ra;ayat Official Report" (PDF). Parlimen Malaysia. 18 Mei 1964. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
- ^ a b "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
- ^ Peter Searle (1983). Politics in Sarawak, 1970-1976: The Iban Perspective [Politik di Sarawak, 1970-1976: Perspektif Orang Iban] (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 19. ISBN 9780195825251.
- ^ a b "The makings of a political career" [Penciptaan kerjaya politik] (dalam bahasa Inggeris). 2. Kuala Lumpur: New Straits Times. 22 November 2003.
- ^ "Kegagalan pembangkang bawa kemajuan perlu dijadikan iktibar - Rosey". Utusan Borneo Online. Utusan Borneo. 7 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-08. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
- ^ John M. Chin; Yuēhàn Chén (1981). The Sarawak Chinese [Cina Sarawak] (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 130. ISBN 9780195804706 – melalui Buku Google.
- ^ John Victor Morais (1967). The Who's who in Malaysia [Siapa di Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). Solai Press. m/s. 61 – melalui Buku Google.
- ^ A.C. Ho (1996). Sarawak Historical Events in 1966 [Peristiwa Bersejarah Sarawak pada 1966] (dalam bahasa Inggeris). 2–3. Ah Chon Ho. m/s. 77. ISBN 9789839172157.
- ^ Maznah Awang (2004). Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum: Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959–1999. Shah Alam: Anzagain Sdn. Bhd. m/s. 2-425. ISBN 9789830371528. OCLC 60605342.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 20 Februari 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "The makings of a political career" [Penciptaan kerjaya politik] (dalam bahasa Inggeris). 2. Kuala Lumpur: New Straits Times. 22 November 2003.
- "Kerajaan Pusat sedia membantu". Berita Harian. 3 Mac 1965. m/s. 5.