Pergi ke kandungan

Che Puan Besar Kalsom Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Che Puan Besar Kalsom Abdullah

Che Puan Besar Pahang
15 Ogos 2019 - kini
Pelantikan 15 Ogos 2019
Negeri Pahang
Pendahulu Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah (sebagai Tengku Ampuan Besar)

Sultanah Pahang
30 September 1992 - 15 Januari 2019
Pelantikan 30 September 1992
Negeri Pahang
Pendahulu Tengku Ampuan Afzan (sebagai Tengku Ampuan)
Pengganti Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (sebagai Tengku Ampuan)

Pasangan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Anakanda Tengku Fahad Mua’adzam Shah
Dilahirkan (1951-09-12) 12 September 1951 (umur 73)

Taftan, Balochistan, Pakistan, Raj British

Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah, dahulunya dikenali sebagai Sultanah Hajjah Kalsom (nama asal Anita; lahir 12 September 1951 di Taftan, Balochistan, Pakistan) adalah mantan Sultanah Pahang dan isteri perkahwinan kedua kepada Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan Pahang era moden ke-5.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Baginda dilahirkan pada 12 September 1951 di Taftan, Balochistan, Pakistan serta berketurunan Parsi dan Pakistan.

Baginda khabarnya pernah berkhidmat sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa yang terkemuka.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah pada 14 Mac 1991.

Baginda dan Tuanku Sultan mempunyai seorang anakanda lelaki iaitu Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah.

Gelaran diraja

[sunting | sunting sumber]

Setelah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Ahmad Shah pada 14 Mac 1991, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Berbahagia Che Puan Kalsom Abdullah.

Pada 30 September 1992, baginda telah dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah oleh paduka suaminya KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.

Selepas kemangkatan suaminya pada 22 Mei 2019, anakanda tirinya Al-Sultan Abdullah telah berkenan mengurniakan gelaran Yang Amat Mulia Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah kepada baginda pada 15 Ogos 2019.[1] Gelaran ini diperuntukan kepada balu Almarhum Sultan yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa).

Sumbangan

[sunting | sunting sumber]

Che Puan Besar Hajjah Kalsom telah menggunakan kedudukannya sebagai permaisuri untuk lebih bergiat aktif dalam menangani isu-isu masalah sosial. Baginda juga merupakan penaung diraja dari pelbagai organisasi. Hasil kerja kebajikannya amat memberikan inspirasi kepada mereka yang terlibat dalam menguruskan organisasi-organisasi yang berkaitan terutama sekali organisasi yang menguruskan isu permasalahan sosial.

Yayasan Sri Kencana Kalsom

[sunting | sunting sumber]

Yayasan Sri Kencana Kalsom, dinamakan bersempena namanya yang mana yayasan ini menyediakan tempat tinggal untuk golongan ibu-ibu tunggal dan juga wanita yang telah menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga. Yayasan ini juga membantu golongan wanita-wanita ini untuk membina semula kehidupan mereka seperti membantu mencarikan pekerjaan yang membolehkan mereka hidup berdikari serta menjalani kehidupan yang dihormati oleh masyarakat sekeliling.

OrphanCARE

[sunting | sunting sumber]

Baginda juga merupakan Penaung OrphanCARE Foundation, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang bertujuan untuk membantu anak-anak yatim untuk menemui keluarga yang sudi mengambil mereka sebagai anak angkat. OrphanCARE juga merupakan tempat perlindungan untuk bayi yang pertama di Malaysia bagi para ibu yang baru melahirkan bayi supaya bayi yang tidak mahu dijaga oleh mereka boleh ditinggalkan di pertubuhan tersebut sebagai anak angkat. Hal ini bagi mengurangkan isu gejala pembuangan bayi. Baginda juga telah memberikan sokongan yang penuh kepada organisasi ini yang berada di bawah pantauan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai rakan kongsi pintar.

Soroptimist Club Kuantan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai penaung diraja Kelab Soroptimist Kuantan, Che Puan Besar Hajjah Kalsom sentiasa memberikan kerjasama yang cukup baik dalam membimbing pergerakan itu dengan pandangannya yang kuat tentang pemerkasaan. Keprihatinannya terhadap golongan wanita disebabkan oleh falsafah peribadinya bahawa setiap impian mesti dikejar sepenuhnya dan wanita mesti diberi setiap peluang untuk merealisasikan bakat dan kemahiran mereka. Kelab ini berfungsi sebagai persatuan golongan-golongan wanita profesional yang di mana mereka berkongsi bakat dan kemahiran serta kemampuan mental dan fizikal mereka untuk membantu golongan yang memerlukan.

The Sorority

[sunting | sunting sumber]

Baginda juga merupakan Ahli Kehormat kelab The Sorority, kelab ahli eksklusif untuk wanita profesional yang memberi inspirasi yang berpangkalan di London, objektif kelab ini untuk melahirkan lebih ramai golongan wanita ikonik yang memberikan inspirasi serta mewakili wanita moden dan profesional yang membentuk masa depan dengan gaya dan ekspresi seseorang individu.

Kiwanis Club of Kuantan

[sunting | sunting sumber]

Baginda juga merupakan penaung diraja bagi kelab Kiwanis Malaysia di Kuantan sejak dari tahun 2004.

Penghormatan

[sunting | sunting sumber]

Berikutan kerja-kerja kebajikan baginda yang luar biasa serta memberi inspirasi dalam kemajuan pembangunan sosial masyarakat, pihak Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing telah menganugerahkan baginda Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pembangunan Sosial.[2]

Terasul dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi
Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tuanku
Gaya pilihan Che Puan Besar
  • 12 September 1951 - 14 Mac 1991: Cik Anita
  • 14 Mac 1991 - 30 September 1992: Yang Amat Berbahagia Che Puan Kalsom Abdullah
  • 30 September 1992 - 11 Januari 2019: Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah
  • 11 Januari 2019 - 15 Ogos 2019: Duli Yang Amat Mulia Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah
  • 15 Ogos 2019 - kini: Yang Amat Mulia Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  •  Pahang :
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K I) (24 Oktober 1999)

Ijazah kehormat

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan Sultanah Hajjah Kalsom kini dikenali dengan gelaran Cik Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah". Sinar Harian. 18 August 2019. Dicapai pada 4 September 2023.
  2. ^ "DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom DK | Leaders | Limkokwing University of Creative Technology". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2011. Dicapai pada 31 Julai 2011.