Chausie ialah satu bakabela jinakkucing yang dikembangkan melalui pembiakbakaan beberapa individu daripada spesies tidak bela jinak Felis chaus sehingga bilangan jauh lebih besar bagi kucing bela jinak (Felis catus). Chausie diiktirad pertama kali sebagai baka bela jinak oleh Pertubuhan Kucing Antarabangsa (TICA). Sesama baka bela jinak, chaussie dikategorikan sebagai baka sumber kacukan tidak bela jinak.[1] Baka bela jinak lain dalam kategori ini termasuk kucing Benggala dan kucing savana. Oleh sebab chausie kebanyakannya diturunkan daripada kucing bela jinak, menjelang kira-kira generasi keempat, ia sepenuhnya subur dan sepenuhnya bela jinak dari segi perangai. Ia hanya kelihatan liar. Chausie sepatutnya tinggi, panjang, dan kurus, dengan tungkai sangat panjang dan tetulangan sederhana. Torsonya berdada dalam dengan sisi rata. Telinganya lebar, tinggi, dan terletak tinggi pada kepala, kira-kira terpisah sejauh dua jari. tulang pipinya prominen dengan ketara, panjang, dan kurus—dan matanya merata di atas dan membentuk bujur separuh di bawah. Bulunya pendek, dan kucing ini terdapat dalam tiga warna: hitam padu, tabi hitam beruban, dan tabi berbintik hitam (perang). Warna mata emas atau kuning lebih dipilih, tetapi warna lebih kuning dan lebih cerah hijau dibenarkan.
Bird, C. "The Chausie: The Cat That Came Up From the Reeds." In: TICA Trend. Harlingen, TX: The International Cat Association, Inc., Disember 2009/Januari 2010, Jil. 31 No. 1.