Pergi ke kandungan

Chaturanga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chaturanga

Asal-usul catur moden mula dikenal dengan nama Chaturanga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbezaan buah catur dengan kekuataan yang berbeza, dan kemenangan bergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern dengan menumbangkan sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau lebih.

Asal Usul Chaturanga

[sunting | sunting sumber]

Permainan Chess atau Catur di zaman moden ini sebenarnya berasal dari India dan mula tersebar ke Parsi.Apabila orang-orang Arab menakluki Parsi, chess atau catur telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya merebak ke Eropah Selatan. Di Eropah, chess berubah bentuk semasa dalam abad ke-15. Perkataan "catur ataupun chess" itu sendiri berasal dari perkataan "Chaturanga" dari bahasa Sanskrit yang bermaksud Empat Bahagian Ketenteraan.

Pada awal abad 19, satu pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahawa duhulu catur dimainkan oleh 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga. Dalam puisi kepahlawanan mengatakan ia bermaksud tentera. Nama itu terjadi dari pertempuran dalam ketenteraan Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang yang memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]