Pergi ke kandungan

Charklik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Charklik merupakan salah satu pusat kerajaan Shanshan yang terletak di selatan Lembangan Tarim di barat China. Ia bermula sebagai koloni tentera, diasaskan semasa penguasaan Han Barat China ke atas “daerah barat” bagi memastikan laluan bebas perdagangan sepanjang laluan sutera. Ia kemudian berkembang menjadi Bandar oasis Shan-shan semasa kurun ke dua dan ketiga C.E.

Charklik pernah dikunjungi oleh Sir Aurel Stein buat kali pertama pada 1901 dan beberapa kali selepas itu. Dia turut mencatatkan mengenai tapak stupa Buddha dan tembok kota silam.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Encyclopedia of Ancient Asian Civilizations, © 2004 by Charles F. W. Higham, VB Hermitage