Pergi ke kandungan

Charalampos Mavrias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Charalampos Mavrias
Mavrias bermain untuk Panathinaikos pada tahun 2011
Maklumat peribadi
Nama penuh Charalampos Mavrias
Tarikh lahir (1994-02-21) 21 Februari 1994 (umur 30)
Tempat lahir Zakynthos, Greece
Ketinggian 1.77 m (5 ka ​9 1116 in)
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sunderland
Nombor 18
Kerjaya remaja
2007–2010 Panathinaikos
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 Panathinaikos 54 (3)
2013– Sunderland 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2009–2011 Greece B17 7 (0)
2011–2012 Greece B19 14 (3)
2011– Greece B21 16 (3)
2012– Greece 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 Januari 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Oktober 2014

Charalampos "Charis" Mavrias (Yunani: Χαράλαμπος (Χάρης) Μαυρίας; lahir 21 Februari 1994) merupakan pemain bola sepak Greece yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Sunderland dan pasukan kebangsaan Greece sebagai pemain sayap.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Panathinaikos

[sunting | sunting sumber]

Mavrias menyertai akademi belia Panathinaikos pada tahun 2007, ketika berumur 13 tahun, dan dinaikkan ke skuad pasukan utama pada tahun 2010, selepas menandatangani kontrak profesional pada tahun sebelumnya. Pada 20 Oktober 2010, dia membuat penampilan pasukan utama dan Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali, bermain 12 minit terakhir perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 0–0 di tempat sendiri menentang Rubin Kazan,[1] menjadikannya pemain termuda Greece dalam sejarah beraksi dalam pertandingan itu, dan yang kedua termuda secara keseluruhan (hanya dibelakang Celestine Babayaro, sebelum diatasi oleh Alen Halilović dan Youri Tielemans).[2] Empat hari kemudian dia membuat penampilan liga buat kali pertama, sebagai pemain gantian ketika kekalahan 0–1 kepada AEK.

Mavrias menjaringkan gol profesional pertamanya pada 18 Februari 2012, ketika kemenangan 2–0 ke atas Ergotellis; dia menjaringkan gol Eropah pertamanya pada 31 Julai 2012, ketika kemenangan 2–0 ke atas Motherwell dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara, satu minit selepas masuk ke padang sebagai pemain gantian.[3]

Sunderland

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos 2013, Mavrias menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Sunderland mengikat kontrak selama tiga tahun, dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan,[4] dikatakan £3 juta.[5] Walau bagaimanapun, dia tidak disenaraikan dalam skuad untuk menentang Southampton kerana kurang cergas.

Mavrias membuat penampilan sulungnya lima hari kemudian, masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika kemenangan 4–2 di tempat sendiri ke atas Milton Keynes Dons dalam kempen Piala Liga Inggeris.[6] Dia menjaringkan gol pertamanya pada 25 Januari tahun berikutnya, menjaringkan gol kemenangan ke atas Kidderminster Harriers dalam pusingan keempat Piala FA Inggeris.[7]

  1. ^ "Stalemate frustrates Panathinaikos and Rubin". UEFA.com. 20 October 2010. Dicapai pada 8 April 2014.
  2. ^ "The UEFA Champions League's youngest players". UEFA.com. 2 October 2013. Dicapai pada 8 April 2014.
  3. ^ "Motherwell 0–2 Panathinaikos: Champions League party gatecrashed by Greeks – SPL". Scotsman.com. Dicapai pada 2012-08-02.
  4. ^ "Greek international signs". Sunderland A.F.C. 22 August 2013. Dicapai pada 22 August 2013.
  5. ^ "Sunderland sign Greece winger Charis Mavrias from Panathinaikos". Sky Sports. 23 August 2013. Dicapai pada 8 April 2014.
  6. ^ "Sunderland 4 – 2 MK Dons". BBC. 27 August 2013. Dicapai pada 27 August 2013.
  7. ^ "Sunderland 1-0 Kidderminster Harriers". BBC. 2014-01-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]