Pergi ke kandungan

Haruan todak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Channa gachua)

Haruan todak
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Anabantiformes
Keluarga: Channidae
Genus: Channa
Spesies:
C. gachua
Nama binomial
Channa gachua
(F. Hamilton, 1822)
Peta julat
Sinonim[2]
  • Ophicephalus gachua Hamilton, 1822
  • Ophiocephalus aurantiacus Hamilton, 1822
  • Ophicephalus marginatus Cuvier, 1829
  • Ophicephalus limbatus Cuvier, 1831
  • Ophicephalus apus Canestrini, 1861

Haruan todak (Channa gachua),[3] turut dikenali sebagai haruan kedak atau haruan kerdil,[4] ialah spesies ikan dalam keluarga Channidae. Nama "haruan kerdil" turut dipakai pada beberapa spesies haruan kecil yang lain. C. gachua berasal dari habitat air tawar di Asia Selatan, di mana ia tersebar luas dari Iran hingga Indonesia. Ikan ini dianggap sebagai kompleks spesies, iaitu kumpulan beberapa takson yang berkait rapat dengan satu nama. Kemungkinan terdapat sekurang-kurangnya tiga hingga empat spesies berbeza, dan mungkin dapat dibezakan melalui penyelidikan lanjut.[1] Beberapa spesies seperti Channa harcourtbutleri telah dipisahkan daripada kompleks ini dalam dekad-dekad kebelakangan.[5] Populasi paling timur C. gachua sering diakui sebagai spesies terpisah C. limbata, sedangkan populasi terasing di Sri Lanka sering dianggap sebagai C. kelaartii.[6][7]

Haruan todak boleh didapati di sungai berjeram dan berair jernih. Diet utamanya adalah anak-anak udang dan serangga kecil. Warna badan haruan todak juga mempunyai variasi yang luas, daripada coklat hingga kelabu-biru. Ia mempunyai sirip berwarna biru dengan sempadan merah. Channa gachua boleh mencapai saiz maksimum sekitar 18 hingga 36 cm. Namun, saiz ini boleh berbeza-beza bergantung kepada faktor seperti persekitaran dan makanan yang tersedia.[8]

  1. ^ a b Chaudhry, S. (2010). "Channa gachua". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2010: e.T166123A6179047. doi:10.2305/IUCN.UK.2010-4.RLTS.T166123A6179047.en. Dicapai pada 20 November 2021.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama fb
  3. ^ Amang (28 Mac 2018). "Info Spesies : Kenali Keluarga Toman dan Haruan". Umpan.
  4. ^ Channa gachua. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/23449. [Didapatkan kembali 3 September 2024].
  5. ^ Ng, H. H., P. K. Ng, and R. Britz. (1999). Channa harcourtbutleri (Annandale, 1918): a valid species of snakehead (Perciformes: Channidae) from Myanmar. Journal of South Asian Natural History 4(1): 57-63.
  6. ^ Templat:Cof genus
  7. ^ Conte-Grand, C., Britz, R., Dahanukar, N., Raghavan, R., Pethi-yagoda, R., Tan, H.H., Hadiaty, R.K., Yaakob, N.S. & Rüber, L. (2017). Barcoding snakeheads (Teleostei, Channidae) re-visited: Discovering greater species diversity and resolving perpetuated taxonomic confusions. PLoS ONE, 12 (9): e0184017.
  8. ^ Ikan Channa Gachua: Asal Usul, Karakteristik, dan Faktanya - idnzoo. Diakses tanggal 2023-05-26.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]