Pergi ke kandungan

Celengan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Celengan (dari bahasa Jawa celengan) merupakan nama yang biasa digunakan untuk kotak akumulasi atau penabungan syiling. Biasanya, celengan digunakan oleh anak-anak. Celengan biasanya terbuat dari seramik atau porselin. Celengan digunakan untuk mengajari budak kecil untuk menabung. Pada celengan tradisional, wang dapat dengan mudah dimasukkan, tetapi jika ingin mengambil uangnya, celengan tersebut harus dipecahkan. Tapi celengan moden memiliki lubang getah pada bagian bawahnya, untuk memudahkan dalam mengambil wang yang disimpan dalam celengan tersebut.

Kata celengan sebenarnya berasal dari nama binatang celeng, perkataan bahasa Jawa yang bermaksud babi hutan, kerana bentuk celengan memang banyak yang berbentuk begitu, tetapi dalam perkembangannya bentuk celengan bermacam ragam dan tidak terbatas pada bentuk haiwan-haiwan sahaja.