Pergi ke kandungan

Kembar seibu Leda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Castor dan Pollux)
Patung Kastor dan Polydeukes

Dalam mitologi Yunani dikisahkan Leda (Bahasa Yunani Purba: Λήδα), seorang bangsawan asal Aitolia yang mengandungkan anak kepada suaminya Tundáreos (Τυνδάρεος) raja Sparta. Walau bagaimanapun, dewa Zeus datang kepadanya menjelma sebagai seekor swan yang mencabar seekor helang untuk dikejar agar berpura-pura dalam bahaya. Leda kasihan akan "swan" ini dan membawanya ke rumahnya. Namun, pada malam sama, Zeus yang masih berbadan burung ini mengambil kesempatan merogol Leda dalam tidurnya. Secara kebetulannya juga badan Leda menghasilkan lebih banyak ovum dari yang biasa dialami perempuan, maka benih perkosaan Zeus masih menghasilkan anak. Leda pun melahirkan kembar (Yunani: Διόσκουροι, rumi: Dióskouroi) iaitu Kastor (Κάστωρ Kástōr) anak Tundareos dan Polideukes (Πολυδεύκης Polydeúkēs) anak Zeus.[1]

Mitologi Rom turut mempercayai kisah ini (Latin: Dioscūrī) di mana adik-beradik ini dinamai Castōr dan Pollūx. Unsur cerita ini turut dinampakkan dalam mitologi Hindu (kerana pertalian purba yang sama) melalui betara-betara Aswin;[2][3] betara-betara inilah yang diseru ibu kembar Nakula dan Sadewa yang berperanan dalam Hikayat Pandawa Lima.

  1. ^ "Dioscuri." Bloomsbury Dictionary of Myth. London: Bloomsbury Publishing Ltd, 1996.
  2. ^ Roberts, John, penyunting (2007), "Dioscūri", Dictionary of the Classical World, Oxford: Oxford University Press
  3. ^ West, Martin L. (2007). Indo-European Poetry and Myth. Oxford University Press. m/s. 186–91. ISBN 978-0-19-928075-9.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]