Castle in the Sky (filem)
Istana di Langit | |
---|---|
Jepun | 天空の城ラピュタ |
Hepburn | Tenkū no Shiro Rapyuta |
Pengarah | Hayao Miyazaki |
Penulis | Hayao Miyazaki |
Dihasilkan oleh | Isao Takahata |
Dibintangi | Keiko Yokozawa Mayumi Tanaka Kotoe Hatsui Minori Terada |
Sinematografi | Hirokata Takahashi |
Disunting oleh | Takeshi Seyama Yoshihiro Kasahara |
Muzik oleh | Joe Hisaishi |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Toei Company |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 126 minutes |
Negara | Jepun |
Bahasa | Bahasa Jepun |
Istana di Langit (Jepun: 天空の城ラピュタ , Hepburn: Tenkū no Shiro Rapyuta) (tukar tajuk Laputa: Istana di Langit (" Laputa: Castle in the Sky") bagi terbitan di Australia dan New Zealand) ialah filem animasi pengembaraan Jepun 1986 yang ditulis dan diarah oleh Hayao Miyazaki dan juga merupakan filem pertama dihasilkan dan diterbitkan oleh Studio Ghibli. File mini diedarkan oleh Toei Kabushiki Kaisha.[1] Laputa: Istana di Langit' memenangi Animage Anime Grand Prix pada tahun 1986.
Plot
[sunting | sunting sumber]Dalam cerita latar filem itu, tamadun manusia membina bandar-bandar terapung, yang kemudiannya musnah akibat satu malapetaka yang tidak disebutkan, memaksa mangsa yang terselamat untuk tinggal di daratan dengan pengecualian tunggal Laputa yang kekal di langit, tersembunyi dalam ribut petir yang kuat. Pada pembukaan cerita, sebuah kapal udara yang membawa seorang gadis, Sheeta, dan penculik beliau Muska, seorang ejen rahsia yang bekerja untuk kerajaan, diserang oleh lanun-udara Dola dan anak-anaknya yang mencari azimat kristal Sheeta. Dalam pergelutan yang berlaku, Sheeta terjatuh dari kapal udara itu, tetapi diapung oleh azimat ketika jatuh. Terapung dengan selamat ke sebuah pekan perlombongan yang kecil, dia ditemui oleh seorang budak lelaki bernama Pazu, yang membawanya ke rumahnya untuk pulih. Apabila terjaga, Sheeta terkejut apabila mendapati Pazu sedang membina sebuah kapal terbang kecil, dengan niat mencari bandar Laputa yang hilang, kerana ayahnya telah mengambil gambar bandar itu semasa terbang. Sheeta memberitahu bahawa keluarganya tinggal di sebuah lembah kecil di utara bernama Gondoa, dan bahawa dia telah hidup bersendirian apabila neneknya meninggal dunia, sehingga dia diculik oleh Muska dan ejennya. Lewat hari itu mereka dikejar oleh lanun Dola, dan kemudian dikejar pula oleh tentera Muska. Akhirnya, mereka dua jatuh ke dalam lombong terbiar, di mana mereka berhadapan dengan 'Uncle Pomme' pendudk tempatan yang pelik, yang memberitahu mereka bahawa azimat Sheeta adalah salah satu kristal 'volucite' ('Aetherium' dalam siaran Amerika) yang sebelum ini digunakan bagi mengekalkan Laputa terapung.[2]
Ketika meninggalkan lombong, Sheeta mendedahkan nama penuhnya adalah 'Lusheeta Toel Ul Laputa'; dengan tidak semena dia ditangkap oleh Muska, dan apabila Pazu cuba untuk melindungi Sheeta, dia pengsan, dan dibawa ke benteng Tedis;Pazu dipenjarakan di menara kubu yang gelap, sejuk dan lembap, sementara Sheeta dipenjarakan di dalam bilik yang lebih mewah. Kemudian, Muska menunjukkan Sheeta robot Laputan yang tidak aktif dan mendedahkan pengetahuannya mengenai nama rahsia Sheeta, yang dia tafsirkan sebagaimana seorang keturunan raja Laputan. Muska kemudian mengancam membunuh Pazu oleh tentera jika Sheeta enggan bekerjasama. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, Sheeta memerintah Pazu pergi demi keselamatan sendiri, tetapi tidak sebelum Muska menawarkannya wang sebagai rasuah untuk tidak kembali dan melupai tentang mencari kebenaran tentang Laputa. Bingung, Pazu kembali ke rumahnya sendiri, hanya untuk diseret secara paksa dalam rumah dengan anak-anak Dola dan diikat. Selepas disoal dan diejek sebagai "budak kecil penakut yang melarikan diri," Dola menjelaskan kepada Pazu yang Sheeta terpaksa beritahunya sebagai usaha untuk melindunginya. Dia juga menjelaskan bahawa sebaik sahaja Muska dapat apa yang dia mahu dari Sheeta, dia kemungkinan besar akan membunuhnya. Apabila mendengar bahawa kapal udara Goliat akan berlepas bersama Sheeta untuk mencari Laputa, Dola dan anak-anaknya bersedia untuk memintas dan merampas kristal. Pazu meminta kebenaran Dola untuk menyertai pasukan lanun beliau untuk menyelamatkannya. Dola enggan tetapi setelah berfikir seketika, dengan berat hati bersetuju, dia membebaskan Pazu dan segera berlepas ke benteng Tedis. Sheeta, yang dipegang oleh Muska, membaca satu ayat apotropaik dan tidak disangka-sangka mengaktifkan azimat dan robot, yang bergerak dan memusnahkan kubu, manakala Pazu dan lanun Dola berlepas dengan 'flaptors' bersayap untuk menyelamatkan Sheeta sendiri. Sementara itu robot memegang Sheeta, tetapi apabila ditembak oleh meriam Muska, bertindak balas terhadap kubu, sehingga Sheeta memerintahkan untuk berhenti, tetapi kehilangan azimatnya ketika melakukannya. Robot itu kemudiannya diatasi oleh Goliat, dan Pazu menyelamatkan Sheeta, manakala Muska memperoleh azimat tersebut.
Lanun, yang disertai Pazu dan Sheeta, kembali ke kapal udara mereka Tiger Moth, dan Dola menempatkan Sheeta di dapur kapal dan Pazu untuk membantu juruteranya, dan mereka bergerak ke arah yang dikenal pasti oleh azimat Sheeta itu sebagai Laputa, manakala Muska mengekori pada arah yang sama dalam Goliat. Kedua-dua kapal udara itu tiba di Laputa pada hari berikutnya, di mana kedua-dua kanak-kanak, terpisah dari lanun Dola, menemui sebuah bandar yang tidak didiami manusia, tetapi mempunyai sebuah hutan seperti taman dengan "Pokok Kehidupan Abadi" gergasi, yang diselenggarakan oleh robot serupa dengan yang terdapat di kubu. Tentera Muska yang merompak khazanah di bandar ini, menawan lanun Dola yang setia, dengan niat untuk membunuh mereka. Kota purba itu didapati terdiri dari dua bahagian; puing sebuah istana indah yang hancur, diselitupi tumbuhan dibahagian di atas, dan kehebatan saintifik mengkagumkan yang sempurna terpelihara di bahagian bawah, menggunakan evolusi muktamad teknologi pengangkatan kristal seperti yang dipaparkan oleh azimat Sheeta, dan juga sebagai holografi, perpaduan magnet, senjata pseudo-nuklear dan tentera dipenuhi robot separa cerdik. Setelah dapat masuk ke sfera pusat bandar, Muska menawan Sheeta dan ejennya menembak Pazu, yang tercalar pada pipi kirinya; dengan itu Pazu membebaskan lanun Dola dan mengejar Muska.
Di tengah Laputa, terdapat kristal besar 'volucite' yang mengekalkan bandar terapung, Muska mengenal pasti dirinya sebagai "Romuska Palo Ul Laputa", satu lagi keturunan raja, dan menggunakan "kunci" kristal Sheeta itu untuk mengakses teknologi Laputian maju. Dia kemudian membunuh askar dan memusnahkan Goliat. Semasa kacau-bilau itu, Sheeta merampas azimat kristalnya dan melarikan diri, menyebabkan Muska mengejarnya. Bertembung dengan Pazu melalui liang di tembok, Sheeta memberinya azimat beliau, dan dirinya kemudian ditawan oleh Muska dalam balai rong terbiar. Bertengkar dengan Muska, Sheeta sedar dan menjelaskan bahawa rakyat Laputa meninggalkan istana kerana ia tidak mempunyai kehidupan. Muska enggan untuk mempercayainya dan menembak kedua tocangnya, mengancam untuk turut menembak telinganya kecuali azimat kristal itu diberikan kepadanya. Pazu kemudian masuk dan berkata dia akan memberi azimat kristal kepada Muska jika Pazu boleh berbual dengan Sheeta; Muska memberikan kedua mereka satu minit untuk berunding. Sheeta dan Pazu kemudian membaca "Mentera Kemusnahan", membutakan dan membunuh Muska dan memusnahkan sebahagian besar bandar. Setelah selamat dari keruntuhan, Pazu dan Sheeta bersatu semula dengan Dola dan lanunnya (yang mempunyai kesedaran untuk mencuri beberapa khazanah di bandar ini sebelum melarikan diri), dan bahagian berikut menunjukkan mereka terbang ke Gondoa sebagaimana dijanjikan oleh Pazu, di mana kredit berakhir menunjukkan tinggalan Laputa masih terapung, dengan robot penjaga yang masih menjaga taman, diselenggarakan oleh kristal volukite yang terbenam di akar pokok pusat, dalam orbit tinggi di atas bumi.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Watak | Jepun | Inggeris (Magnum/Tokuma Shoten/Streamline Pictures, 1986) | Inggeris (Buena Vista Distribution/Disney, 1998/2005) |
---|---|---|---|
Princess Sheeta (Lucita Toel Ur Laputa) |
Keiko Yokozawa | Lara Cody | Anna Paquin Debi Derryberry (young Sheeta) |
Pazu | Mayumi Tanaka | Barbara Goodson | James Van Der Beek |
Captain Dola | Kotoe Hatsui | Rachel Vanowen | Cloris Leachman |
Colonel Muska (Romska Palo Ur Laputa) |
Minori Terada | Jeff Winkless | Mark Hamill |
General Muoro | Ichiro Nagai | Mike Reynolds | Jim Cummings |
Uncle Pom | Fujio Tokita | Ed Mannix | Richard Dysart |
Charles (Shalulu) | Takuzo Kamiyama | Barry Stigler | Mike McShane |
Louis (Lui) | Yoshito Yasuhara | Dave Mallow | Mandy Patinkin |
Henri (Anli) | Sukekiyo Kamiyama | Eddie Frierson | Andy Dick |
Mr.Duffi (Boss) | Hiroshi Ito (pelakon suara) | Clifton Wells | John Hostetter |
Old Engineer | Ryuji Saikachi | Eddie Frierson | Matt K. Miller |
Okami | Machiko Washio | Lara Cody | Tress MacNeille |
Madge | Tarako (penyanyi) | Barbara Goodson | Debi Derryberry |
Litarbunyi
[sunting | sunting sumber]Laputa: Istana di Langit | |
---|---|
Fail:Laputa.jpg | |
Runut bunyi oleh Joe Hisaishi | |
Dilancarkan pada | 25 Ogos 1986 |
Tempat | Jepun |
Genre | Filem fantasi, romance anime and manga (en) , fantasy anime and manga (en) , adventure anime and manga (en) , filem pengembaraan, filem kanak-kanak, mecha, coming-of-age fiction (en) , action anime (en) , adventure anime (en) , fantasy anime (en) , science fiction anime (en) dan anti-war film (en) |
Panjang | 124:00 |
Bahasa | Bahasa Jepun |
Syarikat | Tokuma |
Pengedar | Toei Company dan HBO Max |
Pengarah | Hayao Miyazaki |
Penerbit | Isao Takahata |
sunting · sunting di Wikidata |
Semua karangan oleh Joe Hisaishi.
- "The Girl Who Fell from the Sky" – 2:27
- "Morning in Slag Ravine" – 3:04
- "A Fun Brawl (Pursuit)" – 4:27
- "Memories of Gondoa" – 2:46
- "Discouraged Pazu" – 1:46
- "Robot Soldier (Kebangkiatn semula/diselamatkan)" – 2:34
- "Carrying You" – 2:02 (Korus: Suginami Children's Choir)
- "Sheeta's Decision" – 2:05
- "On the Tiger Moth" – 2:32
- "An Omen to Ruin" – 2:18
- "The Sea of Cloud Under the Moonlight" – 2:33
- "Laputa: Castle in the Sky" – 4:36
- "The Collapse of Laputa" – 2:00 (Korus: Suginami Children's Choir)
- "Carrying You" – 4:07 (dinyanyikan oleh Azumi Inoue)
Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Nama 'Laputa' berasal dari novel Pengembaraan Gulliver karya Jonathan Swift, di mana Laputa Swift yang juga sebuah pulau terbang yang dikawal oleh rakyatnya. Anthony Lioi merasakan Laputa Miyazaki: Istana di Langit adalah sama dengan Swift Laputa, di mana keunggulan teknologi istana di langit digunakan untuk tujuan politik.[3]
Laputa dikreditkan oleh Kolonel Muska sebagai dimaklumkan melalui lagenda Bible dan Hindu - dengan itu mengikat dunia Laputa dengan Bumi kita (dan tamadun barat Eropah) - sebagaimana seni bina istana zaman pertengahan di tanah, senibina Gothic dan bangunan separa kayu di kampung berhampiran kubu; seni bina bandar-perlombongan Welsh, pakaian, dan kenderaan darat tanah air Pazu itu; dan dan kapal lanun suasana Viktorian. Anime turut juga membuat rujukan pada epik Ramayana Hindu, termasuk "panah Indra", sementara nama Sheeta mungkin merujuk kepada Sita, watak utama wanita dalam Ramayana.[4]
Sesetengah senibina yang kelihatan di dalam filem dicetusi oleh bandar perlombongan Wales. Miyazaki pertama kalu melawat Wales pada tahun 1984 dan menyaksikan mogok pelombong sendiri. Dia kembali ke negara itu pada tahun 1986 sebagai persediaan bagi Laputa, yang dikatakannya sebagai membayangkan pengalamannya di Welsh: "Saya berada di Wales sejurus selepas mogok pelombong. Saya benar-benar mengkagumi cara persatuan pelombong berjuang sehingga akhir bagi pekerjaan dan komuniti mereka, dan saya ingin membayangkan kekuatan komuniti tersebut dalam filem saya."[5] Miyazaki memberitahu akhbar The Guardian, "Saya mengkagumi mereka tersebut, saya mengkagumi cara mereka berjuang bagi menyelamatkan cara hidup mereka, sebagaimana pelombong arang batu di Jepun lakukannya. Ramai orang dalam generasi saya melihat pelombong itu sebagai simbol; golongan pejuang yang semakin pupus. Kini mereka tiada lagi."[6]
Judul
[sunting | sunting sumber]Sungguhpun tidak bermakna dalam bahasa Jepun, nama "Laputa" datangnya dari buku Pengembaraan Gulliver, Jonathan Swift. Laputa suntingan ke bahasa Inggeris telah dihasilkan di bawah tiga judul yang berbeza dengan tiga pengedar yang berasingan, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh persamaan dengan slanga Sepanyol "la puta" (secara harafiahnya "pelacur"), yang akan menyinggung banyak pihak.
Pada tahun 2003, judul filem ini telah dipendekkan daripada Laputa: Istana di Langit kepada Istana di Langit di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Mexico, dan Sepanyol. Di Sepanyol istana tersebut dinamakan Lapuntu. Perubahan ini telah dibawa ke beberapa negara berbahasa bukan Sepanyol, termasuk Britain dan Perancis, di bawah label Buena Vista Home Entertainment Disney. Sungguhpun perkataan "Laputa" telah dibuang daripada tajuk, ia muncul di kulit belakang DVD, dan digunakan di seluruh filem itu, tanpa pengubahsuaian.
Nama penuh filem itu kemudiannya dipulihkan di Britain, pada Februari 2006, apabila Optimum Asia - satu divisi yang berpangkalan di London Optimum Releasing - mendapat hak pengedaran UK bagi koleksi Studio Ghibli.
Selain itu, pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, dub asal bahasa Inggeris (yang lebih lama, bukan dub Streamline, atau dub pra-Disney) telah ditayangkan di UK, sebagai filem rumah seni, di bawah tajuk alternatif Laputa: Pulau Terbang. Ia telah telah ditayangkan sekurang-kurangnya dua kali di televisyen British, tetapi dengan beberapa adegan dipotong.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tenkû No Shiro Rapyuta". www.bcdb.com, May 13, 2012
- ^ "Tenkuu no Shiro Rapyuta – Synopsis". Nausicäa. The Hayao Miyazaki Web. Dicapai pada 2009-12-13.
- ^ The City Ascends: Laputa: Castle in the Sky as Critical Ecotopia
- ^ Ryoko Toyama, Laputa: Istana di Langit FAQ, Nausicaa.net
- ^ Gordon, David (May 2006). "Studio Ghibli: Animated Magic". Hackwriters.com. Dicapai pada 2008-12-30.
- ^ Brooks, Xan (September 14, 2005). "A god among animators". guardian.co.uk. Dicapai pada 2008-12-30.
- ^ "Tenkuu no Shiro Rapyuta FAQ". The Hayao Miyazaki Web. Dicapai pada 2008-12-30.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi
- Tenku No Shiro Rapyuta di Pangkalan Data Big Cartoon
- Laputa: Castle in the Sky di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Castle in the Sky di Allmovie
- Castle in the Sky (filem) (anime) di Ensiklopedia Anime News Network
- 天空の城ラピュタ (Tenkū no Shiro Rapyuta) at the Japanese Movie Database (Japanese)
- Detailed Laputa information on Nausicaa.net