Pergi ke kandungan

Carta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Carta (pinjaman bahasa Portugis, bahasa Inggeris: chart) ialah suatu grafik yang dibuat untuk mewakili data dalam bentuk rajah, jadual atau graf[1][2] di mana setiap bahagian maklumat yang ditonjolkan berserta simbol[1] memberi maksud data bentuk nombor atau fungsi pelbagai. Rajah-rajah grafik ini digunakan untuk memudahkan pemahaman terhadap data yang terkumpul serta hubungan antara dua jenis data ini, memandangkan manusia lebih senang menafsirkan maklumat yang disampaikan secara bergambar berbanding teks.

Dimensi yang diberikan terhadap data-data asas diberikan dalam paksi dengan skala tertentu yang ditetapkan dengan saiz rajah. Grid garisan adakala diberikan sebagai membantu membaca data terkumpul. Setiapp data tunggal ditanda dengan bentuk atau warna baik secara bergabungan atau berasingan, teks dipakai seminimumnya untuk melabel datum tersendiri. Data yang mempunyai banyak pembolehubah akan membeza dari segi penandaan yang boleh ditunjukkan pada suatu panduan khas.

Terdapat pelbagai jenis carta yang dirajahkan mengikut kesesuaian ia mewakili data yang dihimpunkan dan disimpulkan,

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Cary Jensen, Loy Anderson (1992). Harvard graphics 3: the complete reference. Osborne McGraw-Hill ISBN 0-07-881749-8 p.413
  2. ^ "'carta' - Maklumat Kata". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 22 Jun 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.