Pergi ke kandungan

Carcharhinidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yu requiem
Julat zaman: Valanginian–Recent
Yu harimau, Galeocerdo cuvier
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Superorder: Selachimorpha
Order: Carcharhiniformes
Keluarga: Carcharhinidae
D. S. Jordan & Evermann, 1896

Carcharhinidae ialah sebuah keluarga dalam order Carcharhiniformes yang terdiri daripada ikan yu laut panas yang berpindah-randah dan melahirkan anak, misalnya ikan yu harimau, ikan yu biru, ikan yu lembu, dan ikan yu susu.

Ahli-ahli keluarga ini memiliki sifat lazim Carcharhiniformes, iaitu bermata bulat dan sirip pektoralnya berada di belakang kelima-lima liang insang sekali. Kebanyakan spesies melahirkan anak, yang mana anak ikan yu ini kembang sepenuhnya apabila lahir. Ikan yu ini terdapat dalam pelbagai besar kecilnya, dari sekecil 69 sentimeter (2.26 ka) pada ikan yu hidung tajam Australia dewasa hingga sebesar 5.5 meter (18 ka) pada ikan yu harimau dewasa.[1]

Ikan yu Carcharhindae banyak menyerang manusia, tetapi oleh sebab sukarnya mengenal pasti spesies individu, maka rekod serangan mengalami banyak ketidaktepatan.[2]

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

52 spesies Carcharhinidae digolongkan dalam 12 genus:[1]

Keluarga Carcharhinidae

  1. ^ a b Compagno, L.J.V. Family Carcharhinidae - Requiem sharks in Froese, R. and D. Pauly. Editors. 2010. FishBase. World Wide Web electronic publication, version (05/2010).
  2. ^ "ISAF Statistics on Attacking Species of Shark". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-31. Dicapai pada 2013-01-30.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Carcharhiniformes Templat:Carcharhinidae