Pergi ke kandungan

Capoeira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Permainan capoiera semasa keraian Hari Kesedaran Kulit Hitam di São Paulo tahun 2017.

Capoeira ([ka.pwéi.rĕ]) merupakan sejenis seni bela diri yang khusus ada di Brazil menggabungkan unsur-unsur tarian,[1][2][3] akrobatik,[4] dan muzik.[5][6] Ia dicirikan oleh pergerakan yang cekap serta rumit terutamanya dengan imbangan tangan serta tendangan libas yang menonjol, seni ini juga berkait rapat dengan paranawe, sejenis tarian tradisional di negara tersebut. Seni ini mula dikembangkan abdi-abdi yang dibawa dari benua Afrika ke Brazil[7] pada awal abad ke-16 ketika Brazil masih sebuah jajahan Portugis.[8]

Capoeira tidak saja menjadi dihadkan sebagai suatu acara kebudayaan sahaja malah juga menjadi suatu sukan olahraga nasional di Brasil: guru-guru serata negara tersebut menggiat dalam seni ini sehingga menjadi terus menerus lebih internasional melalui pengajaran di kelompok-kelompok mahasiswa, bermacam-macam pusat sukan, organisasi-organisasi kecil dan sebagainya. Seni ini turut dimasyhurkan oleh pelbagai filem dan permainan komputer serta ditonjolkan oleh muzik pop moden.

Seni tarian ini diberikan status sah sebagai suatu warisan budaya tidak ketara oleh UNESCO pada 26 November 2014.[9]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Keasalan perkataan capoeira sangat dipertikaikan: ada yang mengatakan perkataan ini daripada gabungan bahasa Tupi ka'a ("hutan") dan paũ ("bulat"),[10] merujuk kepada kawasan hutan renek yang menjadi tempat perlindungan hamba yang melarikan diri. Bagaimanapun, cendekiawan Afro-Brazil Carios Engenio percaya bahawa perkataan ini merujuk kepada capa, sejenis bakul besar dan bulat yang dijunjung oleh abdi bandar yang menjual barang-barang; menurut beliau, capoeira merujuk kepada orang yang menjunjung capa. Sebaliknya, K. Kia Bunseki Fu-Kiau, seorang cendekiawan Kongo, menggangap bahawa capoeira merupakan kecacatan perkataan kipura dalam bahasa Kikongo yang membawa maksud "mengepak-ngepak, bergerak pantas dari tempat ke tempat, bergelut ataupun bertumbuk". Khususnya, istilah ini digunakan untuk memerikan pergerakan ayam jantan dalam pertempuran.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]
Gambaran kerumunan masyarakat abdi menari Capoeira.
[lukisan Jogar Capoëra - Danse de la guerre karya Johann Moritz Rugendas (1802–1858)]

Hamba-hamba abdi yang bekerja di ladang dan perkebunan besar tebu di Brazil banyak datang dari kawasan Angola yang turut dijajah Portugis pada ketika ini; orang asal kawasan tersebut sering mengadakan suatu tarian khusus bernama Engolo- tarian ini diiringi mainan alat muzik tradisional (seperti berimbau dan atabaque) dengan tujuan berhubung dengan roh-roh nenek moyang mereka. Tarian ini turut dikembangkan menjadi satu-satunya seni mempertahankan diri yang berkesan lagi-lagi untuk para hamba yang melarikan diri daripada "pemburu" profesional bersenjata yang bernama capitães-do-mato ("kapten hutan"). Mereka yang sempat melarikan diri berkumpul di desa-desa yang dipagari dan dikawal kuat bernama quilombo - antara petempatan ini ialah Palmares yang berpendudukan sampai berjumlah sepuluh ribu pimpinan seorang pahlawan terkenal iaitu Zumbi.

Ketika undang-undang menghapuskan perhambaan dimaktubkan Empayar Brazil, penguasa negara mula mengimport pekerja buruh kulit putih dari negara-negara seperti Portugal, Sepanyol dan Italia untuk bekerja di pertanian. Banyak bekas hamba yang telah dibebaskan ini terpaksa berpindah tempat tinggal ke kota-kota dan mula terlibat dalam kegiatan jenayah kerana hilangnya pekerjaan mereka. Capoeira di sini mulai dipelajari oleh orang-orang kulit putih, di kota-kota seperti Rio de Janeiro, Salvador da Bahia dan Recife, namun prasangka umum terhadap permainan ini sangat kuat sehingga munculnya undnag-unnnag untuk melarang Capoeira. Sepertinya pada waktu itulah mereka mulai menggunakan pisau cukur dalam pertarungannya, ini merupakan pengaruh dari pemain capoeira yang berasal dari Portugal dan menyanyikan fado (muzik tradisional Portugis yang mirip dengan keroncong). Pada waktu itu juga beberapa sektor yang rasis dari kaum elit Brasil berteriak melawan pengaruh Afrika dalam kebudayaan negara, dan ingin “memutihkan” negara mereka. Setelah kurang lebih setengah abad berada dalam klandestin, dan orang-orang mepelajarinya di jalan-jalan tersembunyi dan di halaman-halaman belakang rumah.

Mestre Bimba group, 2022

Manuel dos Reis Machado, Sang Guru (Mestre) Bimba, mengadakan sebuah pertunjukan untuk Getúlio Vargas, presiden Brasil pada waktu itu, dan ini merupakan permulaan yang baru untuk capoeira. Mulai didirikan akademi-akademi, agar publik dapat mempelajari permainan capoeira. Nama-nama yang paling penting pada masa itu adalah Vicente Ferreira Pastinha (Sang Guru Pastinha), yang mengajarkan aliran “Angola”, yang sangat tradisional, dan Mestre Bimba yang mendirikan aliran dengan beberapa inovasi dinamakan “Regional”. Sejak masa itu hingga masa sekarang capoeira melewati sebuah perjalanan yang panjang. Saat ini capoeira dipelajari hampir di seluruh dunia, dari Portugal sampai ke Norwegia, dari Amerika Serikat sampai ke Australia, dari Indonesia sampai ke Jepang. Di Indonesia capoeira sudah mulai dikenal banyak orang, disamping kelompok yang ada di Yogyakarta, juga terdapat beberapa kelompok di Jakarta. Banyak pemain yang yang berminat mempelajari capoeira karena lingkungannya yang santai dan gembira, tidak sama dengan disiplin keras yang biasanya terdapat dalam sistem bela diri dari Timur. Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penulis besar dari Brasil Jorge Amado, ini “pertarungan yang paling indah di seluruh dunia, karena ini juga sebuah tarian”. Dalam capoeira teknik gerakan dasar dimulai dari “ginga” dan bukan dari posisi berhenti yang merupakan karateristik dari karate, taekwondo, pencak silat, wushu kung fu, dll...;

Unsur dan tatacara

[sunting | sunting sumber]

Ia terdiri daripada dua gaya yang utama:

  • Angola: dicirikan oleh pergerakan yang lambat dan menumpukan kepada upacara amal serta tradisi capoeira;
  • Regional (disebut heh-jeeh-oh-nahl): dicirikan oleh pergerakan akrobat dengan penumpuan kepada teknik dan strategi.

Kedua-dua gaya ditandakan dengan penggunaan helah dan pergerakan berpura-pura serta gerak kaki yang meluas seperti ayunan, tendangan dan sondolan.

Roda - ujian cabaran diri diadakan selewat permainan pertandingan, di tengah lingkaran yang dibuat oleh para pemain muzik dengan alat-alat muzik Afrika dan menyanyikan bermacam-macam lagu, dan pemain lainnya bertepuk tangan dan menyanyikan bagian refrein.

  • Ginga - gerakan tubuh yang berkelanjutan dan bertujuan untuk mencari waktu yang tepat untuk menyerang atau mempertahankan diri; ia sering kali adalah menghindarkan diri dari serangan.

Mainan muzik lazim dalam kegiatan sei ini. Lirik lagu-lagu itu tentang sejarah kesenian tersebut, guru besar pada waktu dulu dan sekarang, tentang hidup semasa zaman perhambaan serta erlawanan mencapai membebaskan diri mereka. Gaya bermain muzik mempunyai perbedaan irama untuk bermacam-macam jenis permainan di mana ada yang perlahan dan ada juga yang cepat.

  1. ^ Capoeira, Nestor (2012). Capoeira: Roots of the Dance-Fight-Game. North Atlantic Books. ISBN 978-1-58394-637-4.
  2. ^ Ancona, George (2007). Capoeira: Game! Dance! Martial Art!. Lee & Low Books. ISBN 978-1-58430-268-1.
  3. ^ Goggerly, Liz (2011). Capoeira: Fusing Dance and Martial Arts. Lerner Publications. ISBN 978-0-7613-7766-5.
  4. ^ Poncianinho, Mestre; Almeida, Ponciano (2007). Capoeira: The Essential Guide to Mastering the Art. New Holland. ISBN 978-1-84537-761-8.
  5. ^ Dils, Ann; Cooper Albright, Ann (2001). Moving History/Dancing Cultures: A Dance History Reader. Wesleyan University Press. m/s. 165. ISBN 978-0-8195-6413-9.
  6. ^ Cachorro, Ricardo (2012). Unknown Capoeira: A History of the Brazilian Martial Art. 2. Blue Snake Books. ISBN 978-1-58394-234-5.
  7. ^ "Estado é exaltado em festa nacional" (dalam bahasa Portugis). Ministério da Cultura. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2018. Dicapai pada 17 November 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Assunção, M. R. (2005). Capoeira: A history of an afro-brazilian martial art. New York, NY: Routledge. m/s. 5–27. ISBN 978-0-203-58260-2.
  9. ^ "BBC News - Brazil's capoeira gains UN cultural heritage status". BBC News. 26 November 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ "Definition of CAPOEIRA". www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mei 2019-. Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]