Cangkir Suci
Cangkir Suci (bahasa Inggeris: Holy Grail , secara literal; Mangkuk Suci[1]) dalam mitologi Kristian merujuk kepada suatu bekas minuman, cawan atau mangkuk yang digunakan Yesus Kristus semasa kejadian Santapan Terakhir beliau bersama Hawari-Hawarinya. Artifak ini dikatakan memiliki kuasa ajaib setelah bekas sama ini digunakan Yusuf dari Arimatea untuk menatang darah Yesus sewaktu menanamnya; bekas ini kemudiannya dipercayai mendapat berkat pengutus ini. Maka, pemilik bekas tersebut menubuhkan sekumpulan penjaga yang memastikan keselamatannya.
Penyebaran lagenda ini telah dikaji-selidik oleh para sejarawan budaya yang menyimpulkan ia hasil mula-mula himpunana beberapa lagenda disatukan dalam bentuk penulisan romantis, mungkin sekali menerapkan beberapa bayangan budaya rakyat sebelum Kristian dan disatukan sebagai sebuah cerita baharu yang lebih umum diketahui. Sesetengah daripada lagenda ini menjalinkan lagenda bersama-sama Holy Chalice.
Bahan tumpuan dalam cerita ini turut menjadi kiasan kepada suatu benda didambakan dalam konteks bahasa Inggeris.[2]
Asal mula dalam sastera
[sunting | sunting sumber]Karangan Chrétien de Troyes
[sunting | sunting sumber]Pengembaraan Holy Grail tersebut merupakan sebuah segmen yang penting dalam kitaran Raja Arthur, pertama kalinya muncul dalam karya-karya oleh Chrétien de Troyes.[3] Lagenda ini mungkin mencampur-adukkan mitologi Kristian bersama-sama mitologi Celtic yang membabitkan sebuah kawah dengan kuasa-kuasa ajaib.
Adanya suatu "Piala", tanpa atribut "Suci", pertama kali muncul dalam buku roman Perceval, le Conte du Graal (Kisah suatu Piala) karya Chrétien de Troyes, yang menyatakan ia bekerja dari suatu buku sumber yang diberikan kepadanya oleh patronnya, Count Philip of Flanders. Dalam buku roman yang belum selesai ditulis itu, "Piala" itu adalah suatu cawan yang digunakan untuk menyajikan hidangan pada pesta.[3] Tulisan ini dianggap sebagai teks tertua dan paling berpengaruh dari semua karya mengenai bekas ini.
Karangan Robert de Boron
[sunting | sunting sumber]Robert de Boron mengarang suatu karya berkaitan bekas ini yang sungguh-sungguh menjadi bentuk paling dikenal oleh pembaca modern. Dalam roman sajak Joseph d'Arimathie digubah antara tahun 1191 dan 1202, Robert mengisahkan bagaimana Yusuf dari Arimatea memperoleh cawan yang digunakan oleh Yesus Kristus dalam Perjamuan Terakhir dan kemudian digunakannya untuk menampung darah Kristus yang tercurah ketika jasad-Nya diturunkan dari kayu salib. Yusuf kemudian dimasukkan ke dalam penjara, di mana Kristus (yang telah hidup semula) mengunjunginya dan menjelaskan misteri bekas yang diberkati itu.
Setelah Yusuf dilepaskan dari penjara, dia mengumpulkan keluarganya serta para pengikutnya untuk berangkat ke Barat - khsusnya Great Britain - dan mendirikan wangsa penjaga cangkir ini yang akhirnya termasuk Perceval.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Penterjemahan Inggeris-Melayu Dalam Talian" (dalam bahasa Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). 16 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-08. Dicapai pada 2008-07-16. Check date values in:
|date=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Definition of Holy Grail". Merriam-Webster. Dicapai pada December 18, 2017.
- ^ a b Loomis, Roger Sherman (1991). The Grail: From Celtic Myth to Christian Symbol. Princeton. ISBN 0-691-02075-2 [1] Diarkibkan 2020-04-07 di Wayback Machine
- ^ BBC History Gallery, Holy Grail
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Cangkir Suci |
- (Inggeris) The Holy Grail di Camelot Project
- (Inggeris) The Holy Grail di Catholic Encyclopedia
- (Inggeris) Holy Grail pada hari ini di Valencia Cathedral Diarkibkan 2017-07-28 di Wayback Machine
- (Inggeris) Holy Grail Museum Saint Sophia Diarkibkan 2009-03-12 di Wayback Machine
- (Inggeris) The Holy Grail, sebuah episod In Our Time (BBC Radio 4), iaitu perbincangan selama 45 minit sedia untuk dimainkan pada laman web ini.