Pergi ke kandungan

Call of Duty: Black Ops Cold War

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Call of Duty: Black Ops Cold War
Pembangun
PenerbitActivision
SiriCall of Duty
PlatformMicrosoft Windows
PlayStation 4
PlayStation 5
Xbox One
Xbox Series X
Pelepasan13 November 2020
GenrePenembak diri pertama
ModPemain tunggal
Multipemain

Call of Duty: Black Ops Cold War ialah sebuah permainan video penembak diri pertama oleh Treyarch dan Raven Software yang dilancarkan pada 13 November 2020.[1][2] Permainan video ini ialah permainan video keenam dalam siri Black Ops serta permainan video Call of Duty ke-17. Seperti dalam tajuk permainan ini, latar masa dan tempat permainan video ini adalah berdasarkan Perang Dingin dengan babak-babak yang 'diinspirasikan daripada kisah-kisah benar.'[3][4]

Permainan video ini mengisahkan seorang pegawai CIA bernama Russell Adler yang sedang memburu Perseus, seorang yang disyaki sebagai seorang perisik Soviet yang ingin menjatuhkan Amerika Syarikat dan menganjakkan keseimbangan kekuasaan terhadap Kesatuan Soviet ketika zaman Perang Dingin pada 80-an.

  1. ^ Call of Duty: Black Ops Cold War Officially Revealed, Out in November - IGN (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2020-08-26
  2. ^ "Call of Duty: Black Ops — Cold War arrives with cross-generation, cross-platform play on November 13". VentureBeat (dalam bahasa Inggeris). 2020-08-26. Dicapai pada 2020-08-26.
  3. ^ "Call of Duty: Black Ops: Cold War Is The Next Call Of Duty". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2020. Dicapai pada 19 Ogos 2020.
  4. ^ Hollister, Sean (August 19, 2020). "Call of Duty Black Ops: Cold War is official, will be 'inspired by actual events'". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2020. Dicapai pada 19 Ogos 2020.