Cabinda (wilayah)
Cabinda ialah sebuah wilayah dan exclave milik Angola yang terpisah dari wilayah Angola lainnya oleh Republik Congo, yang membatasi wilayah itu di sebelah selatan dan timur. Di sebelah barat Cabinda ialah Republik Congo, dan juga Laut Atlantik. Menurut banci penduduk 1991, penduduknya berjumlah 163.000 orang dengan luas wilayah 7.270 km².
Penjelajah asal Portugis, mubaligh Kristian dan pedagang tiba di hulu Sungai Congo pada pertengahan abad ke-15 dan berhubungan dengan Raja Kongo yang bernama Manikongo. Manikongo menguasai sebahagian besar wilayah yang kini bernama Cabinda melalui afiliasi dengan kerajaan kecil seperti Kerajaan Ngoyo, Loango, dan Cacongo.
Selang beberapa tahun, bangsa Portugal, Belanda dan Britania mendirikan pos dagang, kem penebangan kayu dan pabrik pemroses minyak sawit di Cabinda. Perdagangan berlanjut dan kehadiran kaum Eropah semakin terasa hingga menimbulkan konflik antara ketiga-tiga penjajah tersebut.
Angola tadinya merupakan wilayah yang utuh, tetapi pada 1885, hasil Persidangan Berlin menyatakan perluasan wilayah Congo Free State (sekarang Republik Congo) sepanjang Sungai Congo hingga mulut sungai, sehingga Cabinda terpisah dari Angola daratan.
Cabinda menghasilkan komoditi kayu balak, kopi, koko, getah dan minyak kelapa sawit. Produksi minyak dimulai pada 1968 dan kini merupakan majoriti komoditi Angola.
Gerakan Pembebasan Enklaf Cabinda (Frente para a Libertacao do Enclave de Cabinda/FLEC) telah melancarkan tindakan ketenteraan untuk memerdekakan Cabinda sejak Angola mendapat kemerdekaan pada tahun 1975.
FLEC menguasai sebahagian besar wilayah Cabinda pada 1975 dan mendirikan pemerintahan sementara yang dipimpin Henriques Tiago. Kemerdekaan diisytiharkankan pada 1 Ogos 1975, dan Luiz Branque Franque terpilih menjadi presiden. Setelah kemerdekaan Angola pada November 1975, Cabinda diserbu oleh pasukan Gerakan Popular untuk Pembebasan Angola (Movimento Popular de Libertacao de Angola/MPLA) dengan bantuan daripada tentera Cuba. Pasukan MPLA menguasai keseluruhan wilayah Cabinda pada 4 Januari 1976, sedangkan FLEC melarikan diri ke hutan.