Pergi ke kandungan

Cabaran demokrasi di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cabaran demokrasi bermaksud rintangan atau sebarang halangan yang perlu dihadapi rakyat untuk terus memacu perubahan terutamanya di Malaysia. Dalam wawasan untuk membawa perubahan kepada negara, sistem demokrasi memberi ruang untuk pemain medan politik untuk berpegang teguh pada prinsip-prinsip asas demokrasi. Oleh yang demikian, perlunya pemilihan seseorang wakil rakyat dalam pilihan raya bagi memastikan pemimpin benar-benar mewakili kehendak atau kemahuan rakyat yang memilihnya. Dalam bergerak ke arah Malaysia yang maju, sesebuah demokrasi perlu mengharungi cabaran dan rintangan terutamanya apabila pemimpin yang dipilih tidak mewakili suara rakyat dan ada yang terpilih bertindak untuk melompat daripada satu parti ke parti lain selepas pilihan raya yang boleh membawa kepada pertukaran pemerintah. Hal ini merupakan sebuah perkara yang jelas sebuah pencabulan kepada hasrat dan kehendak rakyat yang memilih dalam sistem tersebut.

Cabaran dalam kebebasan media

[sunting | sunting sumber]

Kebebasan media adalah salah satu aspekyang sangat penting dalam membangunkan sebuah demokrasi yang berfungsi sebagai penjaga bagi pelaksanaan hak kebebasan bersuara dan akses kepada maklumat. Cabaran dalam bidang ini termasuk tekanan politik terhadap media, sensoran, dan pengawalan media oleh kerajaan atau pihak yang berkuasa. Cabaran kebebasan media di Malaysia boleh mencakupi beberapa aspek yang berkaitan dengan kebebasan media. Walaupun terdapat peningkatan dalam kebebasan media di Malaysia dalam beberapa tahun yang lalu, tetapi masih terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani. Berikut adalah beberapa cabaran yang sering dikaitkan dengan kebebasan media di Malaysia:

Undang-undang yang ketat

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Deklarasi sejagat Hak Kemanusiaan. Dalam artikel 19, telah diiktiraf kebebasan untuk mencari, menerima dan menyebarkan maklumat tanpa batas negara.[1] Walau bagaimanapun, undang-undang yang ketat di dalam sesebuah negara menyebabkan ruang untuk bersuara dan menyebarkan maklumat melalui media disekat oleh pihak-pihak tertentu. Malaysia berada di tangga ke-73 tentang Indeks Kebebasan Media Dunia menunjukkan negara kita kurang bersedia untuk kebebasan media dalam menyampaikan maklumat dan suara.[2] Terdapat beberapa undang-undang yang boleh mengehadkan kebebasan media di Malaysia, seperti Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan Akta Komunikasi dan Multimedia. Undang-undang ini boleh digunakan untuk menekan kebebasan media dan mengawal penyebaran maklumat yang digunakan oleh mereka yang sengaja ingin menyekat kebenaran terhadap sesuatu perkara.

Campur tangan pihak ketiga

[sunting | sunting sumber]

Kebebasan media juga boleh terjejas oleh campur tangan pihak ketiga yang mempunyai kepentingan politik atau kewangan. Terdapat kepemilikan media yang terpusat pada beberapa syarikat atau individu, yang boleh mengakibatkan pembatasan dalam liputan media dan kurangnya pluralisme dalam pandangan. Terdapat regulasi perlu ditambah baik tetapi apa yang menjadi harapan kepada masyarakat khususnya kita mahu akta itu bersifat berpusat pada seseorang, berkepentingan masyarakat dan ia harus adil.[3]

Penindasan dan intimidasi

[sunting | sunting sumber]

Wartawan dan aktivis media di Malaysia sering menghadapi penindasan dan intimidasi dari pihak berkuasa. Tindakan seperti penahanan tanpa bicara, ugutan, dan gangguan fizikal boleh menyekat kebebasan media dan menghalang wartawan daripada melaporkan isu-isu sensitif atau kritis.

Cabaran dalam isu hak asasi manusia

[sunting | sunting sumber]

Walaupun Malaysia telah membuat kemajuan dalam perlindungan hak asasi manusia, masih terdapat cabaran dalam memastikan hak-hak asasi manusia yang lengkap dan menyeluruh bagi semua rakyat Malaysia. Cabaran ini termasuk isu-isu seperti perlindungan hak minoriti, hak LGBT, hak buruh, dan hak wanita. Di Malaysia, terdapat beberapa cabaran dalam hak asasi manusia yang telah diperbincangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa cabaran tersebut termasuk.

Kebebasan bersuara dan hak menyatakan pendapat

[sunting | sunting sumber]

Walaupun kebebasan bersuara dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia, terdapat beberapa kes di mana individu dan aktivis menghadapi tindakan penguatkuasaan undang-undang yang membataskan hak mereka untuk menyuarakan pendapat dan kritikan terhadap kerajaan. Penggunaan Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) telah menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan bersuara di negara ini.[1]

Hak kesamarataan

[sunting | sunting sumber]

Malaysia menghadapi cabaran dalam memastikan kesamarataan hak kepada semua individu tanpa mengira agama, etnik, atau orientasi seksual mereka. Diskriminasi berdasarkan agama dan etnik masih berlaku dalam beberapa bidang, termasuk peluang pekerjaan, pendidikan, dan akses kepada perumahan.

Hak gender

[sunting | sunting sumber]

Walaupun terdapat kemajuan dalam mempromosikan kesetaraan gender di Malaysia, masih terdapat cabaran dalam memastikan hak-hak perempuan, termasuk kesetaraan dalam bidang pekerjaan, keganasan gender, dan akses kepada pendidikan dan kesihatan yang setara.[2]

Cabaran dalam isu ketelusan dan akauntibiliti

[sunting | sunting sumber]

Ketelusan dan akauntabiliti merupakan prinsip asas demokrasi. Cabaran dalam bidang ini termasuk ketiadaan undang-undang yang kuat untuk melindungi pemecah rasuah, kurangnya akses awam kepada maklumat kerajaan, dan kekurangan pengawasan terhadap penggunaan dana awam.

Di Malaysia, terdapat beberapa cabaran dalam ketelusan dan akauntabiliti yang masih perlu ditangani. Berikut adalah beberapa contoh cabaran tersebut:

Rasuah dan penyelewengan

[sunting | sunting sumber]

Rasuah dan penyelewengan dana merupakan isu yang serius di Malaysia. Penyelewengan dana awam, seperti dalam pembangunan infrastruktur atau pengurusan kewangan, merugikan negara dan menghalang pembangunan yang mampan. Memerangi rasuah dan meningkatkan akauntabiliti dalam penggunaan dana awam adalah cabaran yang berterusan.

Akses kepada maklumat

[sunting | sunting sumber]

Ketelusan dan akauntabiliti bergantung kepada akses kepada maklumat yang mencukupi. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang kebebasan maklumat, masih terdapat cabaran dalam melaksanakan hak ini sepenuhnya. Adalah penting untuk memperkukuhkan mekanisme akses maklumat dan memastikan kebebasan media dan kebebasan bersuara dalam meningkatkan ketelusan.

Sistem perundangan yang kurang mapan

[sunting | sunting sumber]

Kekurangan dalam perundangan boleh menghalang pelaksanaan ketelusan dan akauntabiliti. Pindaan perundangan dan penyempurnaan proses kebijaksanaan yang memadai diperlukan untuk memastikan perlindungan hak asasi manusia dan memaksimumkan keberkesanan ketelusan dan akauntabiliti. Akauntabiliti perlulah berifat holistik dan sistem perundangan hendaklah berpaksikan matlamat yang jelas.

Untuk mengatasi cabaran ini, kerajaan dan institusi Malaysia perlu melaksanakan langkah-langkah yang berterusan untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti. Ini termasuk penguatan perundangan, peningkatan sistem pemantauan dan pengawasan, pelaksanaan kod etika yang ketat, melindungi hak saksi dan pelapor, serta memperbaiki akses kepada maklumat dan pematuhan terhadap prinsip-prinsip akauntabiliti yang baik.

  1. ^ a b Safiyyah, Ahmad Sabri (-). "KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA DARI KONTEKS SOSIAL" (PDF). -. -: 219 – melalui -. Check date values in: |year= (bantuan)
  2. ^ a b BERNAMA (3 Mei 2023). "Malaysia berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 - RSF".
  3. ^ Fareez, Azman (20 Februari 2023). "Pinda Akta 588: Perlu 'People-Centric, tidak menekan kebebasan bersuara-Penganalisis".