Pergi ke kandungan

COOLPIX P500

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nikon Coolpix P500
Gambaran eseluruhan
Jeniskamera digital padat
Sensor/Bahantara
Resolusi maksimum12.1 juta piksel (Anggaran.)
Dedahan/Pemeteran
Meter dedahanPelbagai-ruas, penekanan di tengah, Sukan
Umum
Dimensi2.3 X 4.06 X 1.26 inci (HWD)
BeratAnggaran. 1.1 lb (0.50 kg) (dengan bateri dan kad ingatan)

Nikon Coolpix P500 adalah kamera digital padat yang dikeluarkan oleh Nikon pada bulan Februari, 2011. Ia mempunyai penderia imej CCD dengan 14 juta piksel berkesan dan mempunyai 7 warna menarik: hitam, biru, merah jambu, ungu, kuning, merah dan perak. . S3100 mempunyai badan yang langsing dan mod scene yang lebih menarik daripada pendahulu S3000.

Nikon Coolpix P500 memiliki ciri zum yang mengkagumkan. Ia memiliki julat zum dari 22.5mm sehingga 810mm. Pada masa yang sama ia memiliki lens sudut luas. Untuk membantu zum jauh, ia memiliki 7 ciri bagi menghalang gambar kabur. Ia juga memiliki mengambil gambar pada keupayaan cahaya rendah.

Pada bahagian belakang ia memiliki paparan LCD yang boleh disengetkan bagi mengambil gambar atas kepala. Ia juga memiliki keupayaan mengambil video HD.

12.1-megapixel Nikon Coolpix P500 dengan lens zum 36x menawarkan kualiti gambar yang baik, kepantasan, dan ciri keseluruhan. Badannya agak besar bagi menampung lensnya yang besar, bagaimanapun ia memiliki penderia yang biasa tidak seperti kamera lens boleh tukar atau SLR Digital.

Sungguhpun P500 memiliki ciri zum 36x, paparan LCD 3 inci dan cengkaman padu seperti SLR, ia agak ringan dengan berat sekadar 1.1 paun. Bersaiz 2.3 X 4.06 X 1.26 inci (HWD), ia agak besar dan tidak muat di dalam poket. Saiznya yang besar adalah bagi memuatkan lens zumnya yang besar. Tempat memegang pada sebelah kanan memberikan tempat berpegang yang padu ketika mengacu kamera, dengan kedudukan butang kawalan yang memberikan kawalan yang baik; kamera ini mudah dipegang. Terdapat butang khas bagi mengambil gambar berterusan dan bagi rakaman video, dan rota berputar bagi penetapan tatarajah insani bagi apertur/pengatup.

Kantanya memiliki jarak fokus setara bagi julat 22.5 hingga 810mm (setanding 35mm), memberikannya capaian mengkagumkan dan sudut amat luas. Aperture P500 setara f/3.4-f/5.7 tidaklah terlalu pantas, walaupun f/5.7 adalah kepantasan yang baik apabila anda membesarkannya keseluruhan 36x. Anda mungkin perlu menggunakan monopod atau tripod sekiranya ingin benar-benar mahu menggunakan keseluruhan keupayaan zumnya. Apabila membesarkan sehingga ke 36x, kanda menjadi amat sensitif pada gegaran, dengan itu memerlukan kepatasan pengatup amat pantas bagi mengstabilkan kamera.

Bagi satu kamera yang bersaiz besar, P500 memiliki penderia 28.5mm2 agak kecil berbanding kamera kanda boleh tukar yang lain. P500 menawarkan tiga ciri mennjol bagi membantu meniru pengalaman rasa kamera D-SLR. Pertama ia memiliki pemidang tilik ("viewfinder") digital (EVF), terletak di atas LCD. Ia kelihatan seperti pemidang tilik optik seperti pada D-SLR, tetapi disebalik gambar pantulan melalui kanta kamera, ia memiliki LCD 240k-titik yang dipasang seperti pemidang tilik yang memaparkan maklumat yang sama seperti pada LCD 3 inci dibelakang. Terdapat juga picu zum pada laras kanta. Selain picu biasa pada bahagian atas kamera, picu tambahan pada laras membenarkan anda menggunakan ibu jar untuk mendekat dan menjauhkan gambar. Ia meniru rasa memutar laras kanta SLR untuk zum. Ciri terakhir adalah roda ibu jari kawalan insani yang dengan pantas mengawal kelajuan pengatup dan apertur pada mod insani atau kepentingan. Dengan satu jentikan boleh menata tatarajah gambar dalam mod ini. Sama seperti D-SLR pengambaran automatik dengan pengesan muka juga tersedia, sebagaimana juga pilihan biasa mod pemandangan.

Skrin LCDnya adalah terbaik; ia sebesar dan setajam apa yang ada pada kamera SLR yang mahal. Dengan resolusi 921K titik., ia adalah tiga kali berbanding kamera acu dan ambil. Paparan ini dipasang pada lengan yang boleh ditarik keluar dan disendengkan ke atas atau ke bawah. Ia berguna bagi mengambil gambar di atas atau di bawah paras kepala.

Kamera P500 amat pantas, dihidupkan dan mengambil gambar dalam tempoh purata 2 saat, dengan hanya 1.5 saat kitaran antara penggambaran. Lewat pengatup, tempoh dari butang ditekan ke gambar di ambil, sekadar 0.5 saat. Dari segi ketajaman, kamera ini memberikan penekanan di tengah amat tajam purata 1,894 baris setiap tinggi gambar. Dan P500 mampu mengendali cahaya malap dengan mudah denganpengubahan kesensitifan ISO sehingga ISO 3200 dan gangguan kekal di bawah 1.5-peratus tahap boleh diterima. Mengambil gambar pada ISO setinggi ini bererti anda mampu mengambil gambar dalaman tanpa flash dan situasi cahaya malap yang lain dan masih mendapat gambar yang baik.

P500 menawarkan peranti rakaman video yang berkuasa dengan 30 bingkai sesaat pada definisi tinggi samaada pada 1080p atau 720p. Video kelajuan tinggi kecil (240p pada 240 fps dan 120 pada 120 fps) boleh dirakam, yang apabila dimainkan semula pada kelajuan normal bagi kesan gerak perlahan. Anda boleh zum dan tumpu kembali kanta zum 36x yang besar ketika merakam, tetapi kedua tindakan menghasilkan bunyi dengung dan klik yang turut dirakam.

Nikon memasukkan port HDMI mini yang boleh dipalam masuk ke HDTV bagi memainkan semula video dan gambar pegun. Port USB proprietari (dengan kabel dibekalkan) membenarkan anda menyambung kamera kepada komputer. Oleh kerana kamera merakamkan pada kad SD, SDHC, dan SDXC, pembaca kad juga boleh digunakan bagi memindahkan gambar ke komputer.

Sekiranya zum besar merupakan tarikan nombor satu, 36x Nikon Coolpix P500 memenuhinya. Sungguhpun ia agak mahal bagi kamera acu dan tangkap kanta tunggal, tidak ada kanta capaian lebih jauh dalam julat harganya. Juga dengan kelajuan, kualiti gambar yang baik dan prestasi cahaya malap yang padu.