Pergi ke kandungan

CKay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ckay
Nama lahirChukwuka Ekweani
KelahiranKaduna, Negeri Kaduna, Nigeria
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
Instrumen
  • Vokal
  • piano
  • dram
  • Guitar
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
Warner Music South Africa
Pengkarya berkait
M.I, Davido, Amaarae, KiDi, Ayra Starr, Blaqbonez, Dice Ailes, Ice Prince, Pryse, Koker, Kheengz

Chukwuka Ekweani[1] atau juga dikenali dengan nama pentasnya Ckay ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Nigeria. Muzik karya beliau merangkumi genre-genre Afrobeats, R&B dan dancehall.[2]

Chukwuka lahir di kota Kaduna terletak di barat laut Nigeria, beliau keturunan orang Igbo yang berasal dari negeri Anambra tenggara negara itu. Beliau berputik minat terhadap muzik pada usia 7 tahun.

Beliau menamatkan persekolahannya di Zamani College, kota Kaduna sebelum meneruskan pengajiannya di Universiti Lagos.

Kerjaya muzik

[sunting | sunting sumber]

Beliau berpindah ke Lagos pada 2014 setelah berjaya dalam uji bakat dalam label Loopy Music. Beliau melakukan kerjasama dalam label Chocolate City pada 2015;[3] penggabungan label itu menyerap Loopy Music setahun kemudian memasukkan beliau dalam barisan artis Chocolate City.[4]

Beliau mengeluarkan lagu singlenya "Love Nwantiti" pada tahun 2019 yang menjadi lagu carta hangat di Nigeria. Lagu tersebut menjadi masyhur melalui suatu remix oleh DJ Yo dan Axel dalam platform media sosial TikTok[5] sehingga mendapat perhatian antarabangsa menaiki kedudukan tertinggi carta muzik serata Afrika, Eropah malah Australasia: beliau menaiki tangga ke-23 dalam carta UK[6] serta berjaya mendapat tempat (tangga ke-31) dalam carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat.[7]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Who the Fuck Is CKay? (2017, Chocolate City)[8]
  • CKay the First (2019, Chocolate City)[9]
  • Boyfriend (2021, Warner Music South Africa)[10]
  1. ^ Ainsley, Helen. "Who is CKay? The Emo-Afrobeat artist flying up the charts with Love Nwantiti". Official Charts Company. Dicapai pada 1 October 2021.
  2. ^ "I'm the future of Afrobeat music – CKay". Vanguard News. 4 Jun 2019. Dicapai pada 12 Ogos 2020.
  3. ^ Olorunsola, Michael (2017-06-09). "Chocolate City's CKay discusses His New Single, Coming Projects & More on Exclusive Interview with BN Music". BellaNaija (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Ogos 2020.
  4. ^ "Ckay Signs To Chocolate City Music". Nigerian Voice. Dicapai pada 12 Ogos 2020.
  5. ^ C.J, Nelson (24 September 2021). "CKay's 'Love Nwantinti' Took Over TikTok -- But He's Only Now Getting Full Credit". Rolling Stone. Dicapai pada 2 Oktober 2021.
  6. ^ "Ckay's 'Love Nwantiti' charts at No. 23 on the official UK top 40". Pulse Nigeria (dalam bahasa Inggeris). 21 September 2021. Dicapai pada 2 Oktober 2021.
  7. ^ "The Hot 100 Chart: Week of October 23, 2021". Billboard. Dicapai pada 19 Oktober 2021.
  8. ^ Idowu, Tomi (2017-09-08). "Ckay Leverages The Publicity With Release of 'Who The Fuck Is Ckay EP'". The Culture Custodian (Est. 2014). Dicapai pada 2020-08-12.
  9. ^ BellaNaija.com (2019-09-06). "Ckay Releases new EP "Ckay the First" | Stream on BN". BellaNaija (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-12.
  10. ^ "Ckay releases new EP, 'Boyfriend'". Pulse Nigeria. Dicapai pada 1 October 2021.